Friday, December 05, 2025

DAY 3 : CHOR MINOR & ARK OF BUKHARA, UZBEKISTAN

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat SUMATERA, MALAYSIA dan semua yang terkesan dengan banjir dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik.


Breakfast yang tak berat tapi banyak pilihannya. Memang kenyang, Alhamdulillah.

Ketika booking hotel, boleh check samada breakfast disediakan halal atau tak. Ada tertera pada detail hotel atau boleh direct message pada hotel untuk sebarang pertanyaan. 


Hotel tak besar, tempat makan pun tak besar tapi perfect buat kami. Bersih kemas, makanan banyak pilihan. Alhamdulillah.


Ruang legar ke bilik hotel. 


Bermula lah perjalanan kaki ke destinasi pertama. Lintas lalu JOME MOSQUE OF BUKHARA CITY. 


CHOR MINOR

Chor Minor, atau Madrasah Khalif Niyaz-kul , ialahsebuah rumah gerbang bersejarah yang tersendiri dan unik dari segi seni bina yang terletak di bandar purba Bukhara, Uzbekistan. Namanya bermaksud "empat menara" dalam bahasa Parsi dan Tajik, merujuk kepada empat menara yang menarik dengan kubah biru. 
(Sumber Ringkas AI)


ANTIQUE STORE, betul2 berhadapan CHOR MINOR. 


Kebanyakan dari zaman era Soviet. Dijual tapi tiada tanda harga. Antique Store ni dikelilingi rumah2. Kalau berminat untuk membeli, maybe kena tanya penghuninya. Ada je yang keluar masuk dari rumah, tapi tak pulak menyapa bertanya samada kami ingin membeli. Kami pun hanya membelek, namun interesting jugak dengan barang lama ni. 


Ciri dan Kepentingan Utama

Seni Bina Unik : Tidak seperti kebanyakan madrasah besar di Uzbekistan, Chor Minor adalah struktur yang agak kecil, padat dan unik. Reka bentuk, dipercayai diilhamkan oleh struktur serupa yang dilihat oleh pedagang kaya Khalif Niyaz-kul di India (kemungkinan Char Minar di Hyderabad), adalah luar biasa untuk Asia Tengah.

Empat Menara : Empat menara itu adalah unsur hiasan, bukan menara berfungsi tempat azan dilaungkan. Setiap menara mempunyai motif hiasan yang berbeza.
Beberapa tafsiran mencadangkan hiasan melambangkan empat agama dunia utama (Kristian, Buddha, dll.), bersatu di bawah satu kubah pusat yang besar (melambangkan satu Tuhan).

Fungsi Sejarah : Dibina sekitar 1807, struktur ini berfungsi sebagai pintu gerbang untuk kompleks madrasah yang termasuk masjid dan bilik pelajar. Selebihnya kompleks madrasah itu telah runtuh, hanya meninggalkan pintu gerbang, masjid kecil, dan beberapa asas.

Status Terkini : Bangunan ini adalah monumen warisan budaya yang dilindungi dan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO Pusat Bersejarah Bukhara. Hari ini, kawasan pedalaman sering menempatkan kedai cenderamata, dan pengunjung kadangkala boleh membayar sedikit bayaran untuk naik ke bumbung untuk pemandangan unik. 

Monumen ini terletak sedikit dari laluan pelancongan utama di kawasan kejiranan yang tenang di timur laut kompleks Lyab-i Hauz, menawarkan pengalaman yang lebih damai dan tempatan. 
(Sumber Ringkas AI)


Ada kedai souvenir di dalamnya. Juga ada bayaran untuk naik ke atas.


4 Menara nya.


Tak pasti simbol 2 burung di atas salah satu Menara.


One for the album.


View dari atas. Mungkin MADRASAH di salah satu bilik yang terdapat di bawah sana.


Gambar dari jauh. Kami berlalu pergi setelah hampir sejam di sini. 


Terserempak dengan gerai jual roti dan puff. Panas2 sedap nya.


Jalan2 ikut kaki si dia. Dah cakap kalau penat, book Yandex Go (Grab) hehe. Pass by kedai kekacang, rempah, chocolate dll. Beli sikit2 untuk makan. Kena check jugak sebab ada chocolate atau jelly manisan yang ada gelatin. Tak pasti sumbernya.


Nampak MEGA MARKET. Terus lah masuk. Nak beli gunting/pengepit kuku. Wahh biskut jual lambak. Ya lah, cuaca kering di sana. Tak akan biskut jadi lemau agaknya. Paling geram, manti/dumplings yang frozen tu, mostly halal. Rasa nak bawa balik semua.


Jalan balik, jumpa pintu unik lagi.


Bertembung lagi. Memang itu je jalan nya, yang paling dekat.



Lintas lalu area LYAB I HAUZ juga. Hubby beli jus delima lagi. Balik terus ke hotel. Hubby nak solat Jumaat. Kita pun tergolek lah penat heret kaki. Dapat lah 2 jam begitu hehe.


Pukul 3 petang kami ke cafe favorite lagi. Order PLOV (pilaf) dan Ayam lupa nama menu nya. PLOV ada delima..!! Teh di Uzbekistan ni, dihidang dalam mangkuk kecil, kisahnya. Sedap tehnya, walaupun kami coffee addict yang tegar. 


Lagi lintas lalu di TRADING DOMES. Jengok area dan kedai lain pula.


Makin petang, makin meriah dan ramai pengunjungnya.



Unik.


Mungkin ada event di dalamnya. Namun, hiasan luar dengan warna pink, sangat menambat mata.


ARK OF BUKHARA

...ialahsebuah kubu purba yang besar di Bukhara, Uzbekistan, yang merupakan kediaman pemerintah Bukhara selama berabad-abad dan berfungsi sebagai "bandar dalam bandar". Asasnya bermula pada abad ke-5 CE, dengan struktur semasa sebahagian besarnya dibina pada abad ke-16, walaupun ia telah dimusnahkan dan dibina semula beberapa kali. Hari ini, ia adalah tapak bersejarah dan tarikan pelancong popular yang menampilkan muzium, masjid, dan tinggalan bangunan diraja dan kerajaan. 
(Sumber Ringkas AI)


Pintu masuk utama. Perlu beli tiket.

Ciri dan sejarah utama

Lokasi: Terletak di bandar lama bersejarah Bukhara, di bekas dataran "Registan".

Fungsi: Ia berfungsi sebagai pusat kuasa bagi pemerintah Bukharan dan menempatkan populasi lebih 3,000 orang, termasuk pegawai, penyair, dan ulama.

Struktur: Kubu ini adalah kubu besar tanah dengan dinding antara 16 hingga 20 meter tinggi dan perimeter hampir 800 meter.

Pemusnahan dan pemulihan: Kubu ini telah rosak teruk pada tahun 1920 apabila Tentera Merah menawan bandar itu. Kebanyakannya terletak dalam runtuhan, tetapi bahagian telah dipulihkan dan kini digunakan sebagai muzium untuk memaparkan sejarah Tabut dan rantau ini.

Tarikan dalam tapak: Pelawat boleh melihat peninggalan istana diraja, pejabat kerajaan, mahkamah pertabalan dan beberapa muzium yang mempamerkan sejarah tempatan dan penemuan arkeologi dari tapak Jalan Sutera yang berdekatan. 
(Sumber Ringkas AI)


Binaan di dalamnya.


Apakah yang ada di bahagian atas Ark Of Bukhara?

Pemandangan panoramik: Tembok tinggi menyediakan sudut pandang untuk pemandangan bandar, termasuk menara berdekatan kompleks Po-i-Kalyan.

Tapak arkeologi: Beberapa bahagian puncak masih dalam penggalian, memberikan gambaran seperti berada di tengah-tengah padang pasir.

Struktur: Walaupun kebanyakan kubu telah musnah akibat pengeboman pada tahun 1920, pengunjung dapat melihat sisa istana, kamar dan tempat ibadat diraja.

Melihat matahari terbenam: The Ark dilaporkan adalah salah satu tempat terbaik untuk menonton matahari terbenam.

(Sumber Ringkas AI)




One for the album.





Sunset.



Cuba zoom. 


The Water Tower Bukhara

.....juga dikenali sebagai Menara Shukhov, ialah struktur kerja kekisi inovatif yang terletak di pusat bersejarah Bukhara, Uzbekistan. Pada asalnya dibina untuk membekalkan air ke bandar, ia kini berfungsi sebagai tarikan pelancong dengan dek pemerhatian yang menawarkan pemandangan panoramik. 

Gambaran keseluruhan menara

Lokasi: Menara ini terletak di pusat bersejarah di Dataran Registan, bertentangan dengan pintu masuk ke kubu Ark Of Bukhara.

Sejarah: Direka oleh jurutera Soviet Vladimir Shukhov, menara itu dibina antara 1927 dan 1929. Ia berfungsi sebagai bekalan air utama bandar sehingga ia rosak akibat kebakaran pada tahun 1975. Selepas pemulihan, ia dibuka semula sebagai tarikan pelancong.

Kejuruteraan: Struktur setinggi 25 meter ialah contoh reka bentuk hiperboloid inovatif Shukhov, yang menggunakan rangka keluli kekisi terbuka yang ringan. Reka bentuknya stabil, cekap dan tahan angin. 
(Sumber Ringkas AI)


Cantik view nya. Memang kurang elok keluar sewaktu sunset ni, namun tiada masa lain lagi.


Sebelum keluar dari ARK OF BUKHARA, singgah ke salah satu ruang lain. Lupa info nya.


Jalan kaki pulang ke hotel. Lintas lalu di depan MASJID KALON. Cantiknya lighting pada waktu malam.


Begitu juga MENARA KALON ini. Keemasan warnanya pada waktu malam.


Memang ramai pengunjung pada waktu malam walaupun cuaca sejuk.



Pencahayaan yang cantik, menarik lebih ramai pengunjung.


Ada berbagai acara di perkarangan TRADING DOMES ni. Meriah.


Lapar dah pun waktu nya 7pm. Order Mee Daging dan Open Mushroom Sandwich (macam Spanish Tapas).


Patut lah pun. 17,226 steps. Ketika balik hotel, memang mengesot heret kaki. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com