Thursday, December 25, 2025

DAY 15 & 16 : BIG ALMATY LAKE & BYE BYE KAZAKHSTAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Post yang terakhir ni, untuk percutian kami November lepas. 


DAY 15

Seawal 6.30 pagi kami berjalan ke pick up point. Ada trip ke tasik lagi. Sejuk sangat pagi tu.


ALMATY HOTEL. Berdekatan pick up point.


ARBAT (ALMATY) WALKING STREET


Abay Kazakh State Academic Opera and Ballet Theater

...ialah mercu tanda budaya terkenal yang terletak di Almaty, Kazakhstan, terkenal dengan seni bina yang menakjubkan dan pelbagai repertoir persembahan klasik kebangsaan dan dunia. Teater ini ditubuhkan pada tahun 1934 dan dinamakan sempena nama penyair dan ahli falsafah Kazakhstan yang hebat, Abay Kunanbayev pada tahun 1945. Bangunan semasa, gabungan seni bina gaya klasik dan kebangsaan, dibuka secara rasmi pada tahun 1941.

Di sini lah pick up point yang sebenar. 


Cantik sangat daun2 yang disaluti ais yang nipis. Snap satu tatkala menunggu van, juga terpaksa bergerak sana sini untuk melawan rasa sejuk. Serius memang sejuk ketika itu. Alhamdulillah bawa glove tangan. Sebenarnya tak bawa dari Malaysia pun, tapi hubby kata kena beli dan bawa untuk standby. Asalnya rasa macam tak sejuk sangat. Hehe lesson learned.


Driver yang membawa kami pagi itu, laju betul. Friendly sangat. Kami beli pakej tour ini juga dengan Trip Advisor. Review nya bagus lagipun kami agak last minute. Harga berpatutan dengan servisnya.


Di sini, van berhentikan kami. Kami diarahkan berjalan sedikit ke hadapan, untuk menaiki kenderaan lain iaitu pacuan 4 roda (4x4).


Masih awal pagi, lengang tempatnya.


Di dalam kereta 4x4. Hanya kenderaan yang tertentu dibenarkan di dalam kawasan tasik ini. Licin kan jalannya.


Semua dilitupi salji.


BIG ALMATY LAKE 

...ialah sebuah takungan alpine glasier yang menakjubkan di pergunungan Trans-Ili Alatau Kazakhstan, berhampiran Almaty, terkenal dengan airnya yang berwarna biru kehijauan (berubah menjadi seperti susu pada musim bunga) yang terletak di puncak yang dilitupi salji, berfungsi sebagai sumber air yang dilindungi untuk bandar, memerlukan pendakian atau tunggangan untuk diakses disebabkan oleh peraturan taman, dan menawarkan pemandangan altitud tinggi yang menakjubkan dari bulan Jun hingga Oktober. 
Sumber AI

Sebenarnya kami pergi terlalu awal. Maka warna tasik tidak menampakkan warna biru hijau cantik yang sering diperkatakan, mentari pun belum keluar. Juga trip yang ada ketika itu sangat limited. Namun kami tetap sangat bersyukur kerana diizinkan ke sini. Di depan mata memang cantik, terapi di dalam foto, warna agak gelap. Malas nak edit.


Hubby ni kan, memang ke sana ke sini.







Ada adik Filipina tolong snapkan foto. Group kami pagi itu ada 7 orang, group yang pertama sampai lake ni agaknya. Sebab tiada orang lain. Best sebab sunyi cuma bunyi angin dan binatang seperti burung. Tenang sangat.


Bila mentari mula menyinar.


Subhanallah.


Dapatlah menyaksikan sebahagian tasik dengan warna biru firus nya.


Rasanya trip sebelah petang lagi baik sebab matahari menyinar dari belakang, terus menyinari tasik. Kami dapat melihat warna tasik yang cantik namun di dalam gambar, warna nya tidak kelihatan sebagaimana yang kami lihat. Setelah 45 minit seperti waktu diberi, kereta 4x4 kami tiba.


Kami diturunkan di lokasi kami diambil awalnya. Berjalan ke van asal. 


Guide membawa kami ke sini. Air dari gunung. Boleh diminum terus. Guide sendiri membawa botol kosong 5 liter untuk diisi dan dibawa pulang. 


Hubby yang memang selalu bawa botol kosong, juga memenuhkan botolnya.


Segar dan sejuk.


Berjalan ke van.


Walaupun cuaca terang namun terasa sejuknya.


Dikatakan November adalah low season di sana. Maka memang tak ramai sangat pelancung tapi rata2 tour guide lebih tenang dan seronok sebab group yang dibawa lebih kecil. Lagi mesra katanya. Kalau group besar, ada kala terpaksa menggunakan bas. 


Jeram kecil yang hampir membeku.


Hubby yang laju dah pun sampai ke van. Big Almaty Lake ni tak jauh dari kota Almaty berbanding Charyn Canyon, Kolsay Lake dll yang kami pergi sebelumnya. Ada yang cuma menaiki Yandex/Grab namun tak pasti kenderaan untuk ke dalam. Maybe lah kena bayar lain. Rasanya ada bayaran ke sini namun tak lah mahal.


Kami diturunkan di tempat pick up. Berjalan melalui Walking Street ke train station berhampiran. 




Balik ke apartment untuk solat. 


Keluar semula untuk lunch. 


ALMATY CENTRAL MOSQUE memang berdekatan apartment.


BAUYRDA. Ternampak resto ini dengan logo halal juga menu lokal. Hubby ajak lunch di sini. Menu yang sangat menarik, ada daging kuda dll. Dessert nya, fried noodles + condensed milk (susu pekat). Nak try tapi dah kenyang. Malas nak tapau.


Saya order Burger Hati Lembu. Sedap. Something different. Ada sup sekali.


Hubby punya. Noodles dengan shredded daging kuda. Sedap.


Macam biasa, teh disajikan di dalam mangkuk.


Antara ruang di resto ini. Alhamdulillah memang sedap.


Resto juga berdekatan Almaty Central Mosque.


Almaty ialah bandar terbesar di Kazakhstan, merupakan ibu negara sehingga tahun 1997. Dikenali sebagai "Ibu Negara Selatan," ia kekal sebagai hab komersial, budaya dan kewangan utama negara. Terletak di kaki bukit pergunungan Trans-Ili Alatau di tenggara Kazakhstan. Bahasa Kazakh ialah bahasa negeri, tetapi bahasa Rusia kekal sebagai "bahasa komunikasi antara etnik" yang dituturkan secara meluas.


GREEN BAZAAR ALMATY 

....ialah sebuah pasar awam yang terkenal yang terletak di tengah-tengah Almaty, Kazakhstan, terkenal dengan suasananya yang meriah dan pelbagai jenis barangan, daripada hasil segar hinggalah makanan tempatan dan cenderahati. Memang besar GREEN BAZAAR ni. 


Hari dah senja ketika kami tiba di kawasan apartment. Malam terakhir di Kazakhstan.


DAY 16

Hari terakhir kami. Seawal pagi kami breakfast di apartment. Kemas barang2 dan timbang luggage. Alhamdulillah masih ada ruang. Kami cuma ke hypermarket di belakang apartment. Sambil bawa keluar semua sampah yang kami kumpul selama 4 hari. Senang sebab tempat sampah berdekatan dan agak sistematik.


MAGNUM CASH & CARRY HYPERMARKET 

Macam2 ada yang geram sosej semua halal. Juga KURT  yang putih2 tu. Ianya cheese keras. Beli sikit untuk anak2 rasa.

KURT @ KASHK

...ialah snek keju tradisional yang keras dan masin yang diperbuat daripada susu yang ditapai, makanan ruji untuk nomad, dibentuk menjadi bebola kecil dan dikeringkan sehingga keras seperti batu, menawarkan rasa masam yang kuat yang sama ada dimakan begitu sahaja, dilarutkan dalam air untuk minuman atau ditambah ke dalam sup, berfungsi sebagai sumber makanan berkhasiat dan tahan lama. 


Kami ke resto semalamnya BAUYRDA. Belek menu lain. Macam2 ada semua menarik tapi tak ter order semuanya. 


Hubby order susu kambing. Hhmmm agak berbau, masin dan sedikit masam. Cuba jugak minum sikit. Hubby habiskan, dia semua ok.


Hubby order nasi dengan daging kuda menu lokal. Sedap.


Saya order ini, lupa nama. Lupa nak snap foto. Barli dalam sup daging kuda. Memang sedap.


Kalau tak ada pokok, nampak terus masjid.


Siap lunch balik apartment. Flight kami balik Malaysia pukul 7 malam. Kami book extra 1 malam sebab check out kan selalu pukul 12. Mana nak lepak dengan luggage semua. Apartment tak mahal sangat, 100 lebih. Pukul 3.30 kami naik Yandex Grab ke airport. 30 minit je. Dapat naik kereta Haval baru, best. Yandex Grab pun murah di sana.


Cantiknya airport dengan view pergunungan.


Dapat solat Maghrib Isyak dengan selesa. Berakhir lah percutian kami selama 16 hari ke bumi Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan. Memang seronok sangat. Syukur Alhamdulillah, diizinkanNya.

CONTEST JOM TEKA (ke negara mana Mulan bercuti), tiada yang teka dengan tepat. Ada few yang hampir tepat. Habis entri ni, tiba2 rasa sayu, rasa sedih. Bumi Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan tak akan kami lupakan. Apalagi bumi yang majoritinya umat Islam. Tenang, cantik, halal, murah. Hubby kata boleh pergi lagi. Nanti free, entri untuk ITINERARY trip ni akan menyusul Insyaa Allah. Thanks tau pada semua yang mengikuti kisah holiday kami ni.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

1 comment:

  1. Ni salah satu negara dalam bucket list saya 😍 semoga ada rezeki ke sana.

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com