Tuesday, December 16, 2025

DAY 12 : RONDA-RONDA ALMATY, UZBEKISTAN


23/11/2025. Almaty, Kazakhstan. Negara ke 3 percutian kami.
Hubby share foto ini. Lepas Subuh dia pergi jogging.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua yang terkesan dengan apa jua dugaan, konflik dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik. 

Jaga diri semua. Di Kuantan/Pahang hujan turun berterusan sudah 3-4 hari. Banyak tempat dah naik air. Risau dengan mak, dah ajak tidur di rumah, kata dia air longkang belum pun separuh. Sebab kawasan berdekatan, di belakang perumahan mak, ada yang dah naik air. Moga semua dalam lindungan Allah. 


CENTRAL PARK


Foto yang hubby share.


Minta dia belikan makanan untuk breakfast. Banyak kedai umpama 7E berdekatan. Sedap crepe gulung berinti daging ni. Makan dengan garlic sauce. Ada roti juga, lupa snap foto. Lapar. Hampir tiap hari makan daging. Lepas tu mencari lah jus delima.


Suasana playground di kawasan apartment ini. Macam di Malaysia juga kan.


Pagi tu, bermalasan saja. Tunggu lepas Zohor baru keluar. Zohor pun awal. Rasanya sebelum pukul 12. Hubby tengok KDrama di tablet nya. Kita pun tengok Astro dll di YouTube, di smart tv.


Lepas Zohor kami keluar.


Wahhh ada Mixue juga.



Almaty Central Mosque

...ialah mercu tanda seni bina yang terkenal di Almaty, Kazakhstan, yang terkenal dengan kubah emas yang besar dan dinding marmar putihnya.


Besar betul periuk masak PLOV ni.

Plov (juga dieja pilau atau pilaf dan dikenali sebagai palov atau osh di Asia Tengah) ialah hidangan nasi satu periuk yang mengenyangkan yang popular di seluruh Asia Tengah, Caucasus, dan RusiaIa secara meluas dianggap sebagai hidangan kebangsaan Uzbekistan, di mana ia mempunyai kepentingan budaya dan tradisional yang ketara. 

Bahan-bahan Utama : Hidangan tradisional ini menampilkan nasi yang dimasak dengan daging (biasanya kambing atau daging lembu berlemak), sejumlah besar lobak merah yang dipotong dadu, bawang besar, dan selalunya bawang putih dan rempah ratus.

Di Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan ni, merata2 akan jumpa PLOV.


Excited betul jumpa ikan. 


GREEN BAZAAR 
...atau Zelyony Bazaar dalam bahasa Rusia, Kök bazar dalam bahasa Kazakh) ialah sebuah pasar awam yang bersejarah dan meriah di Almaty , Kazakhstan, yang terletak di ulitsa Zhibek Zholy 53Ia merupakan hab pusat bagi penduduk tempatan dan pelancong, menawarkan pelbagai jenis hasil segar, makanan tradisional, rempah ratus, pakaian dan cenderahati.


Jalan2 dalam GREEN BAZAAR yang tersohor ini. Hubby beli stokin dari bulu unta untuk dia dan anak2 soleh solehah. Kita pun tumpang sepasang. Beli kekacang untuk kudapan je dulu.


Lunch di kedai makan berdekatan Green Bazaar. Order PLOV juga sepinggan saja. Memang dah tau, banyak portion nya. Dah kenyang, tengok dessert pun tak boleh nak order.


Qurt (atau Kurt)

Snek keju utama (foto atas) di Kazakhstan, iaitu keju keras, masin, dan kering yang diperbuat daripada susu yang ditapai (biri-biri, kuda betina, atau lembu), yang secara tradisinya dibentuk menjadi bebola kecil, menawarkan rasa yang kuat, protein tinggi, dan jangka hayat yang panjang, dinikmati begitu sahaja sebagai snek kaya kalsium, dilarutkan dalam air untuk minuman, atau ditambah kepada sup. Ia merupakan bahagian penting dalam warisan nomad Kazakhstan, yang terkenal dengan rasa masam dan mudah dibawa, dengan versi moden yang menawarkan rasa seperti cili atau selasih. 


Wah kedai JALAN JALAN JAPAN pun ada di Almaty.


Monument Bauyrzhan Momyshuly

Monumen kepada wira lagenda Kazakh WWII, Bauyrzhan Momyshuly, berdiri di beberapa bandar Kazakhstan seperti Almaty, sering berhampiran Panfilov Park, menggambarkan beliau secara heroik dalam gangsa dengan pendirian dan pedang yang teguh, meraikan keberaniannya dalam mempertahankan Moscow, dan di Astana (Nur-Sultan) dan Shymkent, menghormati legasi beliau sebagai "Wira Rakyat Kazakhstan" dan peranan pentingnya dalam Divisyen Senapang ke-316. Monumen-monumen ini, yang sering memaparkan meriam atau melambangkan kepimpinan ketenteraannya, berfungsi sebagai peringatan penting tentang pengorbanan dan kebanggaan negaranya. 


Antara attraction di Almaty.


 Ascension Cathedral 

..(juga dikenali sebagai Katedral Zenkov ) ialahsebuah katedral Ortodoks Rusia yang bersejarah dan meriah yang terletak di tengah-tengah Taman Panfilov di Almaty, KazakhstanIa merupakan mercu tanda seni bina yang menakjubkan yang terkenal kerana dibina sepenuhnya daripada kayu tanpa menggunakan sebarang paku dan didakwa sebagai gereja kayu kedua tertinggi di dunia.

Katedral ini merupakan monumen unik yang diperbuat daripada pokok cemara Schrenk dan direka bentuk untuk tahan gempa bumi, yang terbukti semasa gempa bumi dahsyat tahun 1911, hanya mengalami kerosakan kecil.


Malas nak masuk, ronda2 luar sahaja.



28 Panfilov Guardsmen Park

...ialah sebuah taman bandar utama yang terletak di tengah Almaty, Kazakhstan, yang didedikasikan untuk memperingati 28 askar yang terkorban ketika melawan Nazi semasa Perang Dunia IITerdapat juga sebuah taman yang dinamakan serupa di Bishkek, Kyrgyzstan


Zhibek Zholy Station. Naik metro nak balik apartment.


Kedalaman: Seperti kebanyakan stesen lain di Almaty Metro, Zhibek Zholy ialah stesen aras dalam, yang terletak jauh di bawah tanah.

Kebolehcapaian: Stesen ini merupakan mod pengangkutan yang bersih dan cekap, walaupun pengunjung harus ambil perhatian bahawa eskalator yang dalam mungkin tidak boleh diakses oleh kerusi roda.


Zhibek Zholy Station

 ...stesen di Laluan 1 Almaty Metro di Almaty, Kazakhstan. Dibuka pada 1 Disember 2011, namanya diterjemahkan sebagai " SILK ROAD," dan seni bina serta reka bentuk stesen ini memberi penghormatan kepada laluan perdagangan bersejarah ini. 




Reka Bentuk Seni Bina: Stesen ini terkenal dengan reka bentuk gaya Timurnya yang rumit, menampilkan lantai marmar yang digilap dan dinding mozek.

Mural: Dewan tengah platform ini menampilkan panel seramik hiasan yang besar dan mural yang menggambarkan simbol dan pemandangan dari laluan perdagangan kuno, termasuk karavan di padang rumput Kazakhstan.




Cantik kan semua design nya.


Exit.


Jam menunjukkan 4pm.


Singgah mini market. Sausage banyak betul, halal pulak tu. Kurma chocolate tu macam yang kami beli sewaktu di Madinah/Mekah. Dah banyak jual di pasaran. Macam2 jenis roti dan biskut dijual. Tapi mostly dalam kuantiti yang agak banyak untuk kami berdua. Puff/pastry pun ada, dibakar fresh di dalam ovennya. 


Kami singgah DEGIRMEN. Nak tapau saja. DEGIRMEN ni, kedai yang kami makan sewaktu lunch tapi kedai nya yang berhampiran Green Bazaar. 


Hubby dengan hasil tapau kami.


Sikit lagi nak Maghrib, ketika itu waktu Maghrib 4.30pm rasanya. 

Alhamdulillah smooth semuanya. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com