Saturday, December 13, 2025

DAY 10 : CHOLPON ATA & CHUNKURCHAK, KYRGYZSTAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua yang terkesan dengan apa jua dugaan, konflik dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik. 


Cuaca memang sejuk. 2-3'C Celcius. View dari balcony bilik kami. Kemas barang, nak check out.


Breakfast pukul 8. Omelette lupa snap. Simple tapi sangat kenyang, Alhamdulillah. 

Yang bulat leper tu, nama nya “Syrniki” Russian sweet cheese fritters. Ada nama lain untuk tempat/negara berlainan. Russia ada, Eastern Europe, Poland pun ada yang hampir sama. Dibuat dari cheese, macam pancake yang kecil.


Bye bye B&B yang awesome. Owner memang baik sangat.


Bandar Cholpon Ata. Mostly tepi jalan, tepi tasik saja. Sebab ke selatan nya tasik, ke utaranya kawasan pergunungan.


Bila memandu, dapat tengok masjid dll dengan agak lebih jelas.


Cuaca memang sejuk, suhunya 3'C. Cafe Dolinka tu halal, cuma semalamnya tutup.


Stop dan snap, untuk kenangan.



Tasik Issyk-Kul

...ialah sebuah tasik masin yang besar dan berbukit tinggi di pergunungan Tian Shan di timur Kyrgyzstan, dikenali sebagai "mutiara Tian Shan". Namanya bermaksud "tasik yang hangat" dalam bahasa Kyrgyz kerana kemasinannya yang tinggi menghalangnya daripada membeku, walaupun di tengah-tengah musim sejuk.


Keseluruhan kawasan berhampiran Tasik Issyk Kul memang popular terutama pada musim panas. 


Cuaca sejuk, kami snap foto dari jauh saja.


Banyak guest house, holiday home, resort yang dalam pembinaan. Juga yang sedia ada termasuk kawasan perkhemahan. Musim panas memang ramai pengunjung. Banyak aktiviti nya. 

Musim panas di Issyk-Kul, Kyrgyzstan, menawarkan percutian gunung yang sejuk dengan air tasik yang hangat (20-28°C), sesuai untuk berenang, bersantai di pantai, dan sukan air, di samping mendaki di sekitar puncak Tian Shan, meneroka mata air panas seperti Altyn-Arashan, dan menikmati penginapan yurt tradisional, dengan North Shore (Cholpon-Ata) menjadi lebih sibuk dan South Shore lebih tenang, semuanya dalam cuaca sederhana dan berangin sesuai untuk pelbagai aktiviti luar.

Pantai Utara (Cholpon-Ata): Popular untuk pusat peranginan, pantai berpasir, aktiviti air (jet ski, parasailing), kincir ria dan lebih banyak infrastruktur pelancongan.

Pantai Selatan: Lebih tenang, kurang membangun, menawarkan pantai yang tenang, kem yurt (seperti Bel Tam), dan pemandangan gunung yang menakjubkan.

Mendaki & Alam Semula Jadi: Terokai gaung yang indah seperti Altyn-Arashan (berhampiran Karakol) untuk mata air panas dan aktiviti trekking.

Pengalaman Budaya: Menginap di yurt tradisional, nikmati pertunjukan helang dan lawati pasar tempatan. 

Kalau ada peluang, datang lah ketika musim panas. Menarik kan.


One for the album.


Selagi sempat, snap je.


Bye bye Cholpon Ata.


Sepanjang perjalanan memang akan ada kuda-kuda di kiri kanan jalan. 

Kuda mempunyai nilai budaya yang sangat besar di Kyrgyzstan, yang sering digambarkan oleh peribahasa seperti "kuda adalah sayap orang Kyrgyz"

Kehidupan Nomad: Selama berabad-abad, kuda penting untuk cara hidup nomad, membolehkan perjalanan merentasi kawasan pergunungan yang sukar dan berfungsi sebagai satu bentuk mata wang atau hadiah berharga dalam rundingan perkahwinan (kalym).

Identiti Kebangsaan: Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, kuda telah diterima semula sebagai simbol warisan Kyrgyz dan identiti kebangsaan.

Masakan: Daging kuda dianggap sebagai makanan berprestij, digunakan dalam hidangan kebangsaan beshbarmak , dan susu kuda betina ditapai untuk menghasilkan minuman tradisional yang sedikit beralkohol, kymyz.

Tradisi dan Permainan: Menunggang kuda sangat dihargai, dengan kanak-kanak sering belajar menunggang sebelum mereka boleh berjalan. Permainan berkuda tradisional, seperti Kok-Boru (sejenis polo yang dimainkan dengan bangkai kambing).


Di sepanjang perjalanan. Zebra crossing di sana memang sangat banyak. Wajib berhenti untuk pejalan kaki. Andai kata ada pejalan kaki yang akan/sedang melintas jalan dan kereta kita agak hampir, tekan HAZARD BUTTON dengan segera, untuk alert kereta di belakang bahawa kita akan break sebelum/menghampiri zebra crossing.




Perjalanan ke destinasi seterusnya.


Keretapi lama, mengangkut barang, bukan penumpang. Panjang betul.



Tak pasti monumen apa, tak cukup masa untuk berhenti.



Kuda di bandar kecil memang pemandangan yang biasa.


Ternampak kedai makan halal, juga sewaktu makan tengahari, stop lah kami. Paling best dapat guna toilet bersih. Order PLOV lagi, Nasi Pilaf. Juga daging. Sedap Alhamdulillah. Sepinggan memang banyak. Daging pulak ada kentang. Terpaksa tapau sebab tak habis. Lunch kami kalau order PLOV (macam nasi Pilaf/Arab) ni, tak sampai RM40. Portion besar.


Teruskan perjalanan.


Ke kawasan pergunungan.


Hubby drive, kita ikut je. Alhamdulillah cuaca terang cantik.


Bahagian di sana sudah menampakkan litupan salji pada puncak pergunungan nya.


Berlainan dengan bahagian di sini.



Stop dan snap sebentar.


Di dalam kawasan resort yang masih tutup. Mungkin dibuka ketika musim salji.


Berhampiran kawasan bermain ski.


Sunyi dan semuanya tutup. Belum tiba masa puncak dibuka, mungkin. 


Cantiknya, Subhanallah.

Chunkurchak Valley

...ialah kawasan semula jadi yang menakjubkan terletak di banjaran gunung Tian Shan, kira-kira 40–60 minit di selatan Bishkek, ibu kota Kyrgyzstan.


Berfoto lah kami dengan selfie stick.


Model saya.


Ralit sangat di sini. Tak sejuk sangat sebab kami di tanah tinggi dan matahari sangat terik.


Jeram yang mengalir airnya, juga ais di tepi nya.


Antara tarikan nya :

Mendaki Gunung : Lembah ini menyediakan pelbagai laluan untuk semua peringkat kemahiran, daripada berjalan santai hinggalah trek yang lebih mencabar, memberi ganjaran kepada pengunjung dengan pemandangan panorama puncak yang dilitupi salji.

Resort Etno : Kawasan ini menempatkan kompleks budaya tradisional seperti resort etno "Supara Chunkurchak", di mana pengunjung boleh merasai layanan dan budaya Kyrgyz dalam persekitaran pergunungan yang indah.

Aktiviti Pengembaraan : Peluang untuk pengembaraan termasuk menunggang kuda, bermain zip-lining dan melintasi "Sky Bridge" sepanjang 125 meter yang tergantung pada ketinggian 2,400 meter.

Sukan Musim Sejuk : Pada musim sejuk, pangkalan ski lembah (pangkalan ski Tatyr) popular untuk bermain ski, papan luncur salji dan tiub salji.

Keajaiban Semula Jadi : Kawasan ini menampilkan Air Terjun Pidgeon (air terjun Kara-Bulak), formasi tanah merah yang unik dan hutan pokok cemara yang jarang ditemui, menyumbang kepada landskapnya yang pelbagai dan meriah.

Walaupun hanya datang untuk menikmati kecantikkannya, tanpa melakukan aktiviti seperti di atas, namun ianya sangat indah ketika berada d Chunkurchak ini.


 Tak puas memandang nya.


One for the album.


Yang mengalir dan yang membeku.


Memang ralit di sini.


Dalam pada ke sana sini, kami kata elok solat di area sini sebab tak ada orang lain. Elok2 drive, ternampak Pondok ini. Surau rupanya, Alhamdulillah. Tak berkunci pun. Memang ada sejadah dan penanda kiblat. Alhamdulillah syukur diketemukan surau ini dan dipermudah kan. 


Tempat wuduk terletak di hadapan tepi jalan. Ada sumber air yang limited. Jug2 di atas ini, banyak terdapat di bilik air di Uzbekistan juga di Kyrgyzstan ini. Digunakan untuk bersuci. Ada beberapa jug ini di depan pintu surau. Namun hubby ajak wuduk dengan salji sebab katanya kurang yakin dengan sumber air di tempat wuduk. Terlalu sikit dan limited, agak kurang menyenangkan dengan bau. Maka berwuduk lah kami dengan salji yang putih bersih berhampiran. Sebab cuaca bukan terlalu sejuk, maka mudah dengan salji yang mudah mencair bila terkena kulit.


View dari surau.


Pondok2 kecil di depan surau, adalah tempat melepaskan hajat. Memang agak kurang selesa. Outdoor, tiada saliran sepatutnya. Tak dapat imagine bila ramai orang ketika musim puncak. Malas nak snap foto. Gugel lah pasti jumpa.


Sudah puas di Chunkurchak, kami pun memandu pergi. Suspen jugak sebab jalannya tiada penghadang di tepi. Kawasan tanah yang sangat tinggi pulak nya.


Luar biasa bentuk nya. Nampak tak lingkaran jalan nya. Alhamdulillah tak mabuk.


Bye bye Chunkurchak. Kami enjoy sangat.


Tanah perkuburan Islam di Kyrgyzstan,

.....sering dirujuk sebagai "Bandar Orang Mati" ("Cities of the Dead"), terkenal dengan gabungan unik pengaruh seni bina Islam, nomad, dan kadangkala Soviet. Kubur-kubur ini adalah tapak budaya yang penting, bukan sekadar tempat pengebumian. 

Maklumat kubur Islam di Kyrgyzstan:

Seni Bina Unik : Banyak kubur, terutamanya di kawasan luar bandar dan pergunungan, menunjukkan struktur yang rumit yang kelihatan seperti yurt (kediaman khemah nomad tradisional Kyrgyzstan) atau bangunan kecil berbanding batu nisan biasa. Beberapanya dihiasi dengan kubah, menara kecil, dan kerja jubin hiasan.

Simbolisme : Batu nisan sering menggabungkan simbol Islam seperti bulan sabit dan bintang, tetapi di kawasan yang kurang pengaruh Islam, motif haiwan atau tanduk mungkin digunakan, mencerminkan tradisi pra-Islam.

Lokasi : Perkuburan ini sering terletak di lereng bukit atau dataran tinggi, kerana tempat tinggi dianggap suci dalam kepercayaan tempatan.


Subhanallah cantiknya. Melepasi jambatan kecil.


Alhamdulillah sampai Bishkek sebelum Maghrib (gelap).

Alhamdulillah smooth semuanya. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.


2 comments:

  1. Cantik sangat view. Luas mata memandang.

    ReplyDelete
  2. W’salam sis Mulan..
    Seronok baca trip sis Mulan ke Kyrgyzstan.. Bersih sungguh dengan pemandangan yang sangat indah.. LZ teruja betul dengan negara mesra Muslim begini. Makanan tak yah kata semua pun nampak sedap.

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com