Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat SUMATERA, MALAYSIA dan semua yang terkesan dengan banjir dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik.
19/11/2025. Breakfast yang sama tapi kami makan di dalam. Sebab sambil nak kemas barang. Leceh makan di luar nak kena pakai jacket, stokin, sarung kasut semua. Meja makan ni pun di luar bilik kami saja. Nak snap foto segan sebab ada seorang tetamu German, sama2 makan di meja. Baik mesra berborak. Seorang doktor, pernah bekerja di Kelantan selama 3 bulan.
Siap makan, siap kemas barang, kami keluar. Pokok persimmon di perkarangan guest house. Belum masak. Boleh je petik kalau masak.
Hubby book Yandex/Grab. Kami ke MINOR MOSQUE.
Jalan2 persekitarannya dulu. Cantik bersebelahan sungai.
Angin tak kuat boleh pacak tripod.
Keseluruhan masjid telah dibina menggunakan batu marmar putih, jadi pada hari yang cerah masjid kelihatan menakjubkan dengan latar belakang biru biru. Reka bentuknya adalah gabungan kedua-dua tradisional, yang boleh dilihat pada pintu pagar utama, yang mempunyai corak reka bentuk seperti masjid bersejarah lain di kawasan kejiranan, tetapi dengan marmar putih, reka bentuknya kelihatan menakjubkan. Tanah sekitar masjid telah dibaik pulih sepenuhnya dengan landskap yang cantik.
(Sumber : indianvagabond.com)
Hubby menjengok ke dalam masjid.
Pintu utama masjid.
Cantik.
Terjumpa tetamu German yang breakfast sama2 di guest house. Bersungguh dia nak tolong ambilkan foto.
Ada hajat nak ke Hazrati Imam Complex yang lebih tersohor, namun masa agak terhad. Lagipun senibina dan reka bentuk hampir sama dengan yang pernah kami ziarahi. Cuma sejarahnya berlainan.
MINOR MOSQUE, terserlah warna putih marmar nya.
Cuaca tak sangat terang namun cantik sangat.
Tak lama di Minor Mosque, kami berlalu pergi.
Hubby book Yandex/Grab, kami stop di CHORSU BAZAAR. Memang dekat dengan area guest house.
Geram dengan pelbagai hasil tanaman sayurannya yang segar. Singgah beli magnet untuk adik beradik.
Jumpa akak Uzbek jual roti ni, masih panas2. Beli 2.
Hubby ni kan, asyik tanya tak nak beli carpet ke. Thanks lah. Carpet di rumah pun nak dikurangkan.
Geram. Saya pengumpul pinggan mangkuk seramik dulu2. Pindah randah banyak kali, tak larat dah tengok. Dah stop hobi nya.
Last but not least. Bye bye CHORSU BAZAAR.
Hubby jumpa penjual jus delima. 2 botol dibelinya. Berjalan pulang ke guest house.
Kami book Yandex/Grab untuk ke Tashkent Airport. Lepak di level atas, dekat dengan surau. Alhamdulillah airport tak jauh sangat dengan guest house. Menahan wuduk sebab khuatir tempat wuduk tiada atau cuma dalam tandas. Untuk solat Zohor/Asar sebab Kami check out awal sebelum masuk waktu Zohor. Flight pukul 3 petang, kami akan cuba sampai airport 3 jam sebelum flight time. Surau wanita, ada pulak kaum lelaki lepak dan baring. Solat je lah di hujung, jauh2 sikit. Ada juga jemaah wanita lain.
Alhamdulillah flight on time.
Bye bye Tashkent, bye bye Uzbekistan. Sedih jugak. 6 malam di sana.
Tashkent - Bukhara - Samarkand - Tashkent.
Alhamdulillah cuaca cantik. Kami naik Uzbekistan Airways.
BISHKEK AIRPORT, KYRGYZSTAN. Negara jirannya.
Hubby tukar duit. Bawa USD senang nak tukar.
Sunset. Maghrib jam 5 lebih.
Rupanya Yandex atau taxi tak dibenarkan masuk. Kalau masuk maybe kena bayar. Maka berjalan kaki lah kami ke perkarangan menunggu. Tak jauh pun, heret je bag. Actually airport ni dalam renovation untuk extend rasanya. Maka jalannya ada ditutup sebahagian nya.
Terus ke homestay. Book di bookingdotcom. Asalnya unit lain di apartment lain, tapi owner offer yang ini sebab ada isu dengan unit yang kam book awalnya. Takut jugak kena scam sebab owner suruh cancel booking dengan bookingdotcom. Tapi owner ni, respon cepat dengan semua mesej. Instructions semua jelas. Ada kunci kena diambil pada kotak yang ada password di pintu masuk. Ada nombor yang perlu dimasukkan untuk masuk ke lobby apartment. Semuanya diberitahu dengan jelas.
Cuma nak buka pintu je problem. Ingat kan salah apartment atau bilik. Rupanya pintu kena tarik dengan kuat.
Apartment 1 bilik. Luas bersih kemas. Harga RM150 rasanya untuk 1 malam tapi definitely tak lebih RM200.
Dapur lengkap sangat. Lupa snap foto bilik air utama yang siap ada mesin basuh. Siap basuh satu load.
Kami keluar ke kedai berhampiran.
Macam 7E. Cari yang ada logo halal. Banyak sangat pilihannya.
Jeles betul tengok owner letak gula macam tu je dalam mangkuk tanpa penutup. Kalau di Malaysia ni, sekejap je kena harung semut. Kalau rumah kami lah. Kena lagi banyak kali baca doa Nabi Sulaiman.
Ada smart TV, bestnya. Dapat la tengok berita live TV3, Awani dll.
View dari balcony apartment. Tak sure bangunan apa. Macam residents apartment jugak kot.
Dari Uzbekistan kami tiba di Kyrgyzstan.
Alhamdulillah smooth semuanya.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.










































No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com