Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
KEDAI KOPI ATOK, KUANTAN.
Sabtu. Macam biasa weekend, isi perut dulu sebelum brisk walk. Lalu banyak kali, macam ramai je customer. Sampai kedai, adik tu kata buka 7.30am. Tak apa kami tunggu.
Vintage.
Tak sempat nak order sebab lambat sikit je siapnya. Next time Insyaa Allah.
Ada jemputan kenduri kawin. So tak boleh makan kenyang sangat. Order ROTI BAKAR PEANUT BUTTER. Rupa roti begini ada kacang tumbuk. Alahai kita peminat tegar peanut butter. Mengandung 2 kali di Ho Chi Minh City dulu, memang kuat makan roti dengan peanut butter. Alhamdulillah tak mengidam yang pelik2 sebab jauh. Tapi makan je lah, roti tu garing dia memang best. Hubby order ROTI TELUR GOYANG.
MANTOU + SAMBAL BILIS. Sedap walaupun bilis agak hancur dan cuma sambal tu sikit. Boleh mintak lebih kot next time. Kopi O ATOK tu, hubby kata sedap. Pagi tu minum Teh O panas sebab perut kurang enak.
Memang nak repeat sebab tengok customer lain order Mee Goreng atau Kuetiaw Goreng panas2. Bau semerbak sedap sangat.
Hujan gerimis. Sejuk sangat pagi Sabtu.
Mendung cuacanya.
Tak ramai sebab hujan maybe.
Kami bawa payung.
Selesai kenduri kawin di Kuantan, terus drive balik Putrajaya. Singgah GERAI TEPI JALAN UNITEN. Dah banyak kali lalu tapi tak singgah.
Beli MURTABAK FROZEN. Belum cuba, dalam freezer lagi. Resepi PAHANG + KELANTAN kata adik yang jual tu. Nampak bendera kiri kanan tu hehe.
Beli jugak.
Memang banyak gerai nya. Rambang mata.
UBI REBUS + SAMBAL BILIS. Sedap. Hubby beli.
PUTU BAMBU PB PANDAN. Sedap jugak cuma gula melaka berketul2 bila digigit.
POPIA CHE ABANG. Sedap. Boleh repeat. Dinner kami lah tu petang Sabtu.
AHAD pagi. RESTORAN ZNI BANGI. Gugel lepas Subuh nak makan pagi.
Sumber Foto : FB Restoran ZNI
Serius banyak betul menu nya. Lama betul nak pilih.
Tak sempat snap foto semua makanan. Bayangkan lah berapa banyak nya menu.
Hubby makan NASI DAGANG. Sedap katanya kuah pekat.
Saya ambil BOTOK BOTOK. Sebab first time jumpa. Nak jugak rasa. Makan dengan nasi putih. Sedap. Macam OTAK2 PANTAI TIMUR cuma dimasak dengan banyak jenis daun dan dibungkus dalam daun Pisang. Ikan pula seketul2, bukan dihancur kan seperti OTAK2 PANTAI TIMUR.
Memang tak tau. Rupanya RESTORAN ZNI ni berdekatan sangat dengan RESTORAN MAK KIMBONG yang viral jugak. Banyak outlet nya berdekatan. Ok Insyaa Allah next trip. Best ni jumpa port breakfast.
Siap makan, ke TAMAN TASIK CEMPAKA.
Mendung cuaca.
Hubby terjumpa kawan sekerja dulu.
Dari sini, langitnya nampak kebiruan di sana.
Nama CEMPAKA diambil dari tanaman pokok CEMPAKA yang banyak ditanam ketika awal pembinaan Taman Tasik ini.
Dari tasik, kami ke DEWINA HOLDINGS, Bangi. Nak borong sikit ready to eat (RTE) food ni. Sebelum travel memang selalu borong di sini. Cuma sebelum ke Taiwan tahun lepas, terlepas pandang cuti umum 1 January memang tutup. Dibuka tiap hari Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum. Lamb Curry packing warna cokelat tu, produk baru yang kami beli. Katanya makanan untuk warga tentera negara Timur Tengah, Oman kalau tak silap.
Beli untuk kiriman ahli keluarga yang nak travel. Harga memang murah dari pasaran luar.
AHAD lepas Zohor, ambil anak solehah yang baru mula cuti semester. Singgah TAJ HADRAMAWT Taman Melati untuk lunch. Memang lama betul tak masuk restoran Arab.
HUMMUS favorite anak solehah. Makan dengan roti Arab.
FAHSA. Stew daging berempah yang dikatakan berasal dari Yemen. Dimakan dengan roti Arab. Sedap. Favorite kami.
NASI MAQLUBAH. Hubby punya. Nasi ni katanya berasal dari PALESTINE, juga dari beberapa negara ARAB lain. Sedap tak berminyak. Nasi banyak, tapau separuh.
Mummy punya. CHICKEN GRILL with CHEESE. Terpaksa tapau ayam ni sebab kenyang. Tak berusik pun. Siap makan, terus drive balik Kuantan. Ayam ni masuk freezer.
Sampai rumah, hadiah 3 TOP COMMENTATOR dari BLOGGER UJIE dah sampai. Alhamdulillah dan Terima Kasih Ujie. Moga dimurahkan rezeki selamanya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
SA dah sarapan kat Restoran Mak Kimbong tu 2 kali dah...Restoran ZNI x pernah explore lagi..boleh la pergi nanti
ReplyDeletebelum pernah masuk lagi kedai kopi atok...dulu kedai cendol gula kabung selalu juga singgah
ReplyDeleteBanyaknya makanan! Hehe...
ReplyDeleteAlhamdulilah atas segala nikmat yang Allah berikan. Moga Allah limpahkan rezeki berlipat ganda buat akak sekeluarga Aamin...
Botok botok tu makanan Jawa. Arwah Bapak saya suka makan, mak/kakak selalu buat.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai hadiahnya. Sama-sama 💙
sedapnya menu-menu kampung , kedai pun bertema klasik menarik sangat dik :)
ReplyDeletekafenya nuansa vintage
ReplyDeleteenak sepertinya ngopi disitu
Sukanya ada tulisan jawi dekat kedai kopi tu 👍🏻
ReplyDeleteBanyak betul pilihan makanan dekat kedai tu, mmg rambang mata
Macam best je Restoran Arab tu... Dekat boleh pi try :)
Skrool.... skrool......
ReplyDeleteRamainya gambar makanan