Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.
Seawal pagi 7am kami check out dan jalan menuju ke ODAWARA STATION. Kalau tak jumpa Janet, plan kami mungkin lain. Namun dengan izinnya kami ziarah Janet di Kamakura, baru kami tau banyak tempat menarik di sana. Moga berkesempatan ke Kamakura lagi Insyaa Allah. Breakfast macam biasa onigiri, pancake, melonpan dan French Toast baru jumpa yang halal dari Family Mart/7E. Hotel ni best sebab macam2 coffee, tea, honey lemon tea dll semua free flow dari machine nya, ada microwave dll lagi. Bye bye ODAWARA TERMINAL HOTEL.
Besar ODAWARA STATION ni, bersambung dengan shopping mall. Macam biasa pagi2 memang sama sibuk dengan warga tempatan ke tempat kerja. Namun tak seramai di Tokyo.
Tiket kami pukul 8am. Hubby dah awal2 beli online siap2. Bagpack dah kurang beratnya sebab dah pass souvenir pada Janet. Sambal Ikan Bilis, pes rempah sup, pes Tomyam, Teh Tarik, Kopi O dll lagi. Suka dia.
SHINKANSEN. One for the album. Panjang muncungnya.
Shinkansen
( Jepun :新幹線, [ ɕiŋkaꜜɰ̃seɴ] menyala) , dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai bullet train, ialah rangkaiankereta api berkelajuan tinggidiJepun. Ia pada mulanya dibina untuk menghubungkan wilayah Jepun yang jauh denganTokyo, ibu negara, untuk membantu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Di luar perjalanan jarak jauh, beberapa bahagian di sekitarkawasan metropolitan terbesardigunakan sebagai rangkaian rel komuter. (Wikipedia)
Bullet train kami dah sampai. Beg tarik tu cabin size. 1 je bawaknya.
Dalam tiket ada mention naik ikut platform mana. Hubby beli seat paling belakang sebab ada ruang letak bagpack belakang seat.
Suasana dalam train, macam train biasa juga.
Ruang belakang seat kami, bagpack dan bag2 kami.
Ada juga overhead compartment cuma bagpack kami memang tak muat. Takut pulak jatuh atas kepala passenger lain.
Tak ada entertainment dalam train tapi banyak tempat hang jaket dll. Ada meja kecil boleh dijatuhkan.
Duduk tepi tingkap, Alhamdulillah boleh snap foto. Dari dalam, tak terasa lajunya SHINKANSEN ni.
Train stop di NAGOYA untuk menurun dan mengambil penumpang.
Sebahagian BANDAR NAGOYA. Di Malaysia ada kedai kain Nagoya kan.
Perumahan tempatan. Nun di sana, ISE BAY.
Next stop, KYOTO.
Sebahagian Bandar KYOTO dari dalam train.
Hampir sampai.
Ramai penumpang sudahpun turun.
Kami juga.
Alhamdulillah sampai SHIN OSAKA STATION.
Mommy nya bawa bagpack 35l dan heret bag aje nya.
Woww ada SHINKANSEN COFFEE.
Lupa snap foto. Kami dah simpan 2 bagpack besar dan beg tarik dalam locker. Sebab check in pun dari pukul 4. Jepun ni, tu lah ramai juga komplen, rata2 check in nya lambat 3-4pm, check out nya pula cepat 10-11am. Namun begitu di Jepun banyak locker di train station. Sampai awal, boleh juga simpan bag di hotel/homestay/apartment. Tanya property tu dulu. Bagi kami senang di train station. Sebab apartment kami dekat dengan OSAKA STATION ni. Masing2 bawa daypack 35l lepas simpan nag dalam locker.
Kami ke JAPANEID di tingkat 9.
Sumber : website japaneid
Bermacam2 ada dijual di JAPANEID ni. Instant ramen, chocolate, cookies, keropok matcha, keropok dari bunga Sakura, Mochi pelbagai perisa dan macam2 lah. Bawa duit je. Kami beli sikit2 untuk ahli keluarga.
The best part ialah ada tempat solat. Maka nya kami tak perlu rushing check in apartment untuk solat. Tempat wuduk pun ada. Toilet je tak ada, tapi maybe ada berdekatan. Terus solat gilir2 sambil shopping, sebab baru pulak masuk waktu Zohor. Alhamdulillah.
Siap selesai di JAPANEID, kami sambung jalan2.
HALAL RAMEN NANI WAYA.
Perut dah lapar. 450m saja dari JAPANEID. Semua pun decide makan dulu.
MENU.
MISO CHICKEN RAMEN
2 SHOYU CHICKEN RAMEN. Dua2 pun sedap. Ada saiz M, L, XL.
Alhamdulillah sedap, kenyang. Orang pun tak ramai lagi, tak perlu beratur. Ada tempat solat juga di pintu kecil berlangsir cokelat tu. Cuma tak sure berapa besar.
Selang sebuah kedai, ada PHO ME HALAL RESTAURANT juga.
Jalan2 lepas kenyang.
DOTONBORI, OSAKA.
Kalau ke OSAKA, tak sah tak ke sini kot. Famous sangat kan.
Alhamdulillah cuaca terang cantik.
Dōtonbori atau Dōtombori
(道頓堀, disebut [doːtomboɾi] ) ialah sebuah daerah di Osaka, Jepun. Dikenali sebagai salah satu kawasan pelancongan dan hiburan malam utama Osaka, kawasan ini berjalan di sepanjang terusan Dōtonbori dari Jambatan Dōtonboribashi ke Jambatan Nipponbashi di daerah Namba di wad Chūō di bandar itu. Dari segi sejarah daerah teater, ia kini menjadi kawasan hiburan malam dan hiburan yang popular dengan ciri suasana eksentrik dan papan tanda bercahaya besar.
Salah satu ciri yang paling menonjol di kawasan itu ialah papan iklan bercahaya untuk syarikat gula-gula Glico yang memaparkan imej seorang pelari yang melintasi garisan penamat, yang sering dilihat sebagai ikon Osaka di Jepun. (Wikipedia)
Alhamdulillah suasana agak tenang, tak ramai dan tak sesak.
Perjalanan kami dari ODAWARA STATION ke OSAKA STATION dengan menaiki SHINKANSEN. Memang tepat waktu, pergi dan tiba Osaka.
Alhamdulillah smooth semuanya.
Till later. Thanks singgah, baca& komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com