Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.
Dari MASJID FUJIKAWAGUCHI, kami teruskan perjalanan. Subhanallah autumn masih di udara, bisa kami menikmatinya. Di mana2 ramai je yang bergambar dengan pokok2 yang masih menyala merah dedaunnya.
OISHI PARK ( 大石公園) terletak di pantai utara tasik Kawaguchiko. Taman dengan pemandangan tasik dan Mt.Fuji yang menakjubkan sekaligus. Pelbagai bunga mekar di persiaran sepanjang tepi tasik mengikut musim.
(Sumber : sweetripjapan.com/oishi)
OISHI PARK terkenal sebagai tempat Festival Herba Kawaguchiko, acara awal musim panas yang terkenal. Membentang seperti permaidani ungu merentasi taman dengan Bunga Lavender . Padang lavender di taman dengan latar belakang Gunung Fuji memang menarik untuk dilihat. Dan, memang untuk mengatakan itu, Flower Street, dengan bunga bermusim yang mekar, juga pada musim luruh Kokia menutupi kawasan itu dan bertukar menjadi merah. Di samping itu, walaupun pada musim sejuk terdapat pencahayaan musim sejuk, juga popular. Jadi anda boleh menikmati sepanjang tahun.
Taman ini mempunyai tiga kawasan bunga. Yang Semua kawasan mempunyai keindahannya. Dan boleh melihat Mt.Fuji dengan baik.
(Sumber : sweetripjapan.com/oishi)
CHUREITO PAGODA
(忠霊塔, Chūreitō) ialah pagoda lima tingkat di lereng gunung yang menghadap ke Bandar Fujiyoshida dan Gunung Fuji dari kejauhan. Pagoda adalah sebahagian daripada Kuil Arakura Sengen dan dibina sebagai peringatan keamanan pada tahun 1963 hampir 400 anak tangga mendaki gunung dari bangunan utama kuil .
Lokasi ini menawarkan pemandangan Gunung Fuji yang menakjubkan dalam kombinasi dengan pagoda, terutamanya semasa musim bunga sakura pada pertengahan April apabila terdapat ratusan pokok yang mekar dan semasa musim warna musim luruh yang biasanya berlaku pada separuh pertama bulan November. Tempat ini sangat popular di kalangan jurugambar kerana ia membolehkan beberapa gambar stereotaip Jepun yang mengagumkan.
(Sumber : japan-guide.com)
400 ANAK TANGGA...!!!
UBI JALAR PANGGANG. RASA MANIS ALAMI.
Sedapnya sangat sebab cuaca sejuk.
Teruskan perjalanan lagi. Asal nampak MT FUJI, memang snap selagi dapat.
Nampak tasik, ajak hubby stop.
TASIK YAMANAKA
Matahari semakin menghilangkan bayangnya.
Subhanallah cantiknya.
Masih lagi TASIK YAMANAKA. Ramai menanti sunset. Kami turut sama.
Memang besar tasik ni.
Last but not least. Till next time Insyaa Allah jumpa lagi.
TASIK YAMANAKA
(山中湖) ialah tasik terbesar di antara Lima Tasik Fuji dan tasik kedua paling maju di belakang Tasik Kawaguchiko dengan bandar-bandar kecil di hujung barat dan timurnya serta beberapa hotel, minshuku , tapak perkhemahan dan restoran di antaranya.
Tasik Yamanakako terkenal dalam kalangan peminat sukan luar Jepun yang gemar berperahu, memancing, bermain ski air, meluncur angin dan sukan air lain di tasik, serta berkhemah, tenis dan aktiviti lain di sepanjang pantainya. Banyak kem sukan ditemui di sekitar tasik, yang menjadi sesak dengan atlet pelajar semasa cuti musim panas.
(Sumber : japan-guide.com)
Perjalanan balik 1 jam 30 minit. Tak la jauh mana tapi speed limit hanya 60-70km/jam. Aduii. Kena estimate 2 jam sebelum pulangkan kereta 6pm.
Bye bye MT FUJI. Nampak menyorok di sebalik awan.
Semakin hilang sinaran mentarinya.
Paling sejuk petang tu, 6'C.
Alhamdulillah sampai Odawara jam 5.30pm. Pulangkan kereta, ke Family Mart shopping makanan, then balik ke hotel.
Alhamdulillah smooth semuanya.
Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com