CUTI CUTI LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Sabtu, 29 Ogos - 1.00 PM.
Ambil anak soleh di pejabatnya, kami teruskan perjalanan. First time tengok banyak kereta di LPT2. Cuti sekolah, weekend dan cuti Hari Merdeka kan.


HOMESTAY VILLA ANJUNG TAMU, DUNGUN
Book dah last minute. Dapat bilik family untuk 5-6 pax, RM250/malam. 100 meter dari pantai. Alhamdulillah memang selesa. 2 queen bed dan 1 single bed + 1 tilam loose. 2 connecting room dengan 1 bilik air. Nak book 2 malam tapi fully booked. Resort, hotel dan homestay lain pun sama fully booked. 


QIMILY CELUP TEPUNG DUNGUN
Pukul 5 kami keluar, cari CELUP TEPUNG. Alhamdulillah kenyang & puas hati. Memang sedap. Sotong, ikan, cendawan, keropok dan Pisang Goreng, yummeeh tak ketinggalan dengan ABC nya. 


Siap makan kami drive tepi pantai. Meriah dengan hiasan bendera Malaysia bersempena MERDEKA.


FOOD FEST @ RHU BERDERU


Cuaca memang agak panas dan berjerebu.




PANTAI TELUK LIPAT
Hajat nak order coffee macam sebelum nya. Tapi sebab terlalu kenyang, kami lepak saja tepi pantai. Fyi, pantai di Dungun banyak terhakis, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menambak pantai dengan batu besar bagi melindungi pantai serta jalan di sepanjang pantai. Camping chair tu memang lah selalu dibawa ke sana sini terutama ke pantai.


Ahad, 30 Ogos. 6.40 pagi.


Sunrise yang sangat cantik, Subhanallah.


WARUNG KAK YAH DUNGUN
Nasi Dagang nya memang best. Kami ke sini sebab kedainya buka seawal 6.30 pagi.


JETI AFRO SCUBA


Menghantar hubby dan anak2 soleh solehah.


Balik homestay lepak2, golek2 tengok Netflix di tablet. Alhamdulillah owner bagi check out lepas solat Zohor. Servis memang bagus. Boleh datang lagi.


SECRET RECIPE DUNGUN 
Tak sampai hajat nak Cafe hunting sebab lapar, dan juga cuaca panas. Kena lah cari tempat berhawa dingin. Maka ke Secret Recipe lah kita. Lapar sangat, tanya staff apa yang cepat. Grilled Chicken katanya. Walaupun panas di luar, namun kalau minum kopi, suka yang panas. Salted Caramel Latte secawan. Hajat nak order kek sepotong, terpaksa cancel sebab sangat kenyang. 


MAK WAN MEE SUP CHAMPA DUNGUN
Kedai lama di tepi pantai dulu. Kedai kami GENG MINYAK ANGIN KERTEH singgah lepas balik shopping ikan di PASAR DUNGUN. Rindu nya kenangan lama. 


Foto : FB MAK WAN MEE CHAMPA
Hubby pesan tolong belikan, minta tapau untuk dinner di rumah nanti. Memang sedap.


Siap tapau, drive tepi pantai sambil tunggu hubby dan anak2 call.


Anak solehah hantar Whatsapp, bot dah hampir menuju jeti.


Parking tepi benteng.


3 beranak mengemas segala equipment. Dalam pada tu, ada jugak tertinggal. Alhamdulillah kawan baik hubby tolong ambil dan simpankan.


Mummy nya...... Ada juga hasrat nak menyelam semula tapi kena buat refresher course dulu. Leceh sebab kena shore dive. Berat lah nak angkut tank. Kalau dari bot kan senang. Yang leceh jugak nak siapkan equipment semua tu. Dulu stop kejap sebab kena vertigo, pening dalam air, langsung stop terus. 


Anak2 soleh solehah.
Foto2 dari underwear camera hubby. 




Dive Master kata visibility hari tu paling bagus dari hari2 sebelum nya bulan Ogos ni, Alhamdulillah. Kalau tak bagus, view di dalam air berkabus kabur je lah. 



Sampai kecut tangannya anak solehah haha.



Anak solehah ber-buddy dengan hubby.


Anak soleh buddy nya Uncle Tan, kawan baik hubby. Berbangsa China asal Kelantan, sahabat menyelam hubby yang sangat baik. Kami sekeluarga memang kenal lama dengannya.


Camera underwater Uncle Tan punya lah besar. Foto yang diambil memang semua cantik2. Selalu tengok di FB nya.



Anak2 soleh solehah. 


Tak lama dah anak solehah ni nak start internship. Sunyi la rumah nanti.
Sekian kisah cuti 2 hari 1 malam di Dungun, Terengganu. Alhamdulillah smooth semua, balik Kuantan jalan clear, 1.5 jam macam biasa.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

46 comments

  1. Rindu nya nak g terengganu... saya ni kurang minat pulau tp kalau bawa budak² kira layan kan je la.. sonok g pantai timur ni bab makan n soping hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila free dan cuti pergilah nanti. Budak-budak dengan air memang lah magnet kan.

      Delete
  2. Ye lah.. pantai kat Dungun banyak terhakis. Ritu berhenti kat dua pantai, ada batu² besar sepanjang pantai. Memang nampak dah dekat dengan jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak majlis terpaksa guna batu besar untuk halang hakisan yang teruk few years sebelum ni. Alhamdulillah sekarang dah makin ok

      Delete
  3. Best nya dpt cuti2 dan gmbr dlm air tu semuanya awesome sgt. Berkongsu hobi diving 1 family tu impressive sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby beli pakej diving, sebab 3 days weekend so guna terus lah. Alhamdulillah anak2 ni masih nak diving ikut daddy nya. Hope terus suka hobi ni

      Delete
  4. Menarik lokasi Food Fest, di bawah pohon Rhu.
    Seronok kan jadi orang berani diving, boleh tengok coral depan mata. Kita ni tengok gambar jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teduh je food fest memang menarik. Sama lah kita tengok coral underwater dalam gambar je hehe

      Delete
  5. Puashati family room dekat villa ni. Boleh save dulu infonya.
    Seronok depa 3 beranak menyelam. Lawa gambar2 yg diambil pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually banyak lagi homestay lain yang ok tapi kami last minute decide nak ke Dungun, dan memang ok homestay ni bagi kami.

      Delete
  6. Rindu betul terengganu kak oi, tengok segala makanan kat sana mengamit betul. Tengok menu celup tepung tu alahai sedapnya kak oi....

    ReplyDelete
  7. Kuliner celup tepung begini saya ingin puas2 makan nanti di Terengganu 😍😍😍. Memang sukaaa lah. Cantiiiik juga pantai di dungun ini yaa. Nampak sepi. Saya suka pantai yg sepi begini. Lebih tenang, lebih bisa menikmati view.

    Tak apalah diletak batu besar sebagai pemecah ombak . Berguna untuk jaga2 tsunami.

    Warung kak yah ini nampaknya banyak cabang kan? Saya macam pernah dengar nama kedai ini.

    Oke, nanti nak cari mee champa di Terengganu, harap2 ada juga 😄. Nampak drooling lihat irisan dagingnya

    Saya menikmati view bawah laut dari foto2 teman yg suka diving sajalah. Nak dive memang tak mungkin 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celup tepung ni sama saja aneka gorengan di Indonesia kan Fanny. 😍
      Dungun dan pantai lain di Terengganu memang cantik dan panjang, jadinya banyak pantai yang boleh dilawati. 👍
      Kurang sesak masa kami pergi.
      Batu besar lagi kuat untuk halang hakis kan.
      Warung Kak Yah ni namanya ada satu Malaysia tapi owner nya lain-lain.😍
      Mee Champa ni ada di Dungun, agak jauh dari Kuala Terengganu.
      Sekarang pun hanya tengok gambar anak-anak diving hehe 😍

      Delete
  8. Mee champa tu, ada orang rekomen juga kalau pergi Dungun, tapi kami belum ada rezeki nak cuba lagi, selalu kenyang makan tempat lain dulu. Cantik betul gambar underwater.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni lokasi tepi laut je hala ke UITM. Sekarang dah pindah. Sedap tau Mee Champa ni Nur. Nanti try lah

      Delete
  9. EWeeee! Geramnya tengok dalam air tu... Lama dah tak masuk air ni...

    ReplyDelete
  10. Lamanya tk tgk pantai ganu.. Syok tu aneka menu celop tepung.. Mee champa tu pn terliur.. Wah activity diving.. Cantik gmbr di dasar laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau free boleh singgah kalau lalu LPT. Celup tepung semua nya sedap. Kalau setahun tak dive kena buat refresher course so memang kena cari masa diving jugak untuk anak-anak ni. Subhanallah memang cantik kan underwater

      Delete
  11. Molek sungguh semua gambar dalam air tu. Homestay nya nampak selesa dan mengundang hendak bermalas-malasan jadinya ye. Lama betul tak ke Terengganu dan makan sotong celup tepung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah visibility dalam laut ok hari tu. Homestay memang selesa, banyak lagi sebenarnya tapi fully booked. Nanti plan lah cuti ke Terengganu. Celup tepung memang sedap

      Delete
  12. Sedapnya celup2 tepung tu. Best tengok orang dive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap celup tepung ni

      Delete
  13. uiiishhh gerammm je tgk celup tepung tuuu
    gugat selera👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  14. kalau laa sy bkn penakut air
    rasanya dah lama ada lesen skuba
    tgk dunia bwh laut ni mmg cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je try discover scuba, akan ada dive master bawa turun one to one.

      Delete
  15. Beautiful photos!!! Looks like a wonderful time! Thank you for sharing, and warm greetings from Montreal, Canada.

    ReplyDelete
  16. Bila mula cuti sekolah, bermula juga jem sana-sini.
    Rasa macam berbaloi jugalah harga tu dengan keadaan bilik. Dekat dengan pantai tu yang best tu.

    Kalau pergi Ganu wajib macam celup-celup tepung ni. Tersedap!
    Kebetulan pula ada food fest, dapatlah menyelam cari makanan sekali tu.

    Pantai di Terengganu ni cantik tapi tengok gambar tu nampak kedalam laut dia. Banyak juga kes orang lemas kan. Nampak macam tak dalam, tapi sebenarnya dalam.

    Lepak pantai pun dah best dah. Bila lagi nak lepak sambil menikmati angin pantai dan permandangan laut yang cantik.

    Sukanya tengok sunrise waktu pagi tu, cantik sangat. Buat video timelapse cantik ni.

    Bestnya menyelam. Dapat menikmati permandangan cantik di dasar laut. Sampai kecut menyelam tu. Sharp gambar guna insta360 ni.

    Sebelum mereka sibuk dapatlah spend masa bersama cuti-cuti. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah jangka kan cuti di Malaysia ni keadaan jam nya.
      Homestay memang selesa bagi kami. Food fest macam2 ada.
      Celup tepung di sana memang lah awesome. Sunrise memang cantik kan.
      Lepak pantai lama pun tak apa sebab best.
      Alhamdulillah anak2 masih nak ikut daddy nya diving.

      Delete
  17. Seronoknya tengok percutian sekeluarga ke Dungun ni! Gambar-gambar underwater anak-anak menyelam dekat Pulau Tenggol tu memang awesome dan jernih betul. Kagum tengok satu keluarga kongsi minat dan hobi yang sama. Semoga urusan internship anak solehah nanti berjalan lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Gambar cantik Subhanallah sebab visibility bagus dalam air. Cuaca pun terang.
      Aamiin ya Rabbal Alamin, thanks Fiza. Moga dipermudahkan segala urusan buat anak solehah ni.

      Delete
  18. Best dapat diving ya tapi saya ni sejenis bukan adventure....jenis penakut. Hehe....pulau tenggol ni saya tengok dari UITM Dungun je. Tak pernah ke sana sepanjang saya belajar sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Tenggol ni memang hampir dengan Dungun. Antara sebab ramai ke situ je. Tak yah pergi jauh-jauh.

      Delete
  19. bestnya dapat diving...kalau ammi snorkeling retilah sebab masih terapung-apung lagi di air dengan life jacket. hahahha.

    ammi pernah ke Qimily tu tapi entahalh kenapa kami makan maggi sup sotong tepung instead of makan celop2 tepong. Mungkin timing kami tu untuk makan lunch kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anak2 masih nak diving dengan daddy nya. Banyak menu di Qimily tu kan.

      Delete
  20. kagumnya dgn orang yg pandai diving. saya ni kaki tak capai dasar pun dah panik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni kalau try diving mesti suka nanti, sebab Mazni adventurous naik gunung kan. Ramai je tak pandai berenang tapi selalu diving

      Delete
  21. Tak dapat bayangkan kalau pantai terhakis teruk nanti jalan pantai pun akhirnya hilang. Cantiknya dunia dalam laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak majlis pun sama guna banyak cara nak halang hakisan

      Delete
  22. Subhanallah. Indahnya alam di bawah air!
    Pi Terengganu tak sah kalau tak singgah makam celup-celup tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan Subhanallah. Betul wajib makan celup2 di Terengganu ni.

      Delete
  23. seronoknya..dapat tengok alam dalam laut...laut Dungun mmg cantik...mee sup champa mmg byk jual di Terengganu ya..pernah makan di kuala terengganu..kat KL jarang jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah laut China Selatan memang cantik.
      Mee sup Champa memang banyak di Terengganu

      Delete