GENDANG GENDUT TALI KECAPI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Foto : Pinterest

Family kenyang, semua happy hehe.


MI CALONG

Mi Calong ialah hidangan mi sup tradisional Pantai Timur yang sangat popular di Terengganu dan Pahang (terutamanya di Beserah, Kuantan). Keunikan utama hidangan ini terletak pada bebola ikannya (calong) yang dibuat segar menggunakan isi ikan tempatan seperti ikan selayang atau tenggiri.Kuahnya yang jernih mempunyai rasa yang ringan namun kaya dengan aroma lada hitam dan kemanisan asli daripada rebusan ikan. (Wikipedia)

Ahad kelmarin. Masak 2 periuk Mi Calong. Sebenarnya bahan2 dah ada dalam freezer, asalnya menu untuk Raya Haji namun ketika itu, menu dah agak banyak. Maka masaklah 2 periuk ajak adik beradik, aunty uncle dan sepupu2 berdekatan saja Putrajaya dan Bangi. Last minute jugak sebab mood tak menentu. Sekali nak buat, sekali malas. Memandangkan akan balik ke Kuantan lebih lama, maka buat jugak lah. 

Mi calong ni, tumis bawang putih diketuk2 bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, ketumbar biji, lada hitam dan kulit bersama tulang ikan. Masukkan air secukupnya dan biarkan masak menggelegak 20 minit. Timbuk/tapis keluar semua bahan tumisan, supaya tenang makan nanti, tak tergigit semua rempah tu hehe.

Masukkan isi ikan dibulat seperti fish ball yang menggerutu tak bulat (resepi di bawah), potongan keropok lekor (kelabu), fish cake dan akhirnya tahu bulat goreng. Tambah garam secukupnya. Dimakan bersama mihun atau apa2 jua jenis mi bersama taugeh dan sambal kicap/cili. 

Resepi Fish Ball Homemade
Isi ikan ditumbuk bersama bawang putih, sedikit daun sup, lada sulah, garam dan ditambah tepung ubi dan sedikit air sejuk/ais hingga menjadi doh lembut.

Saya yang rajin, isi ikan ni disudukan terus ke dalam sup yang menggelegak hehe. Tak sempat nak dibulatkan.


Cousin F bawa CINNABON dari IOI City Mall. Yumm.


Cousin N bawa APPLE STRUDEL dari IOI City Mall yang selalu nampak blogger Ezna beli. Alhamdulillah dapat rasa juga dan memang sedap. Alhamdulillah masa call menjemput, dua beradik ni + wife + anak2 ada berdekatan. Tak keluar daerah.


Adik no2 bawa PUDING RAJA. Pisang nun di bawah JALA EMAS. Yang hitam tu prunes dengan cashew nuts.


Cousin Bangi bawa ANEKA GORENGAN yumm yumm ada Pisang Goreng yang jenis lembik, tak tau nama Pisang. Ada keledek juga.


KEK BATIK INDULGENCE
Alhamdulillah elok jadi, sempat buat pagi tu.


KEK LEMON TERKURANG MANIS
Lupa yang kek lemon ni tak boleh kurangkan gula terlalu banyak. Texture agak kering dan tawar tapi ada lemon icing glaze. Alhamdulillah licin jugak dimakan dan ditapau. 

-->> RESEPI LEMON CAKE 
 

Sessi makan2 menjadi ad hoc meeting untuk wedding cousin NHR beberapa bulan lagi. Alhamdulillah ada uncle2 aunty2 dan sepupu2 yang sangat dedikasi, caring, loving dan always excited kalau ada kenduri family besar kami ni, walaupun arwah Tokki dan Tok dah tak ada. Moga silaturrahim kami kekal abadi. Seronok makan2 ramai2. Riuh rendah macam biasa lah. Missing few yang tak dapat join.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

45 comments

  1. Batik Indulgence tu mengancam...

    ReplyDelete
  2. Kecur liur tengok Mi Calong Beserah dengan homemade bebola ikan segar tu! Bertambah meriah bila dapat kumpul family Bangi Putrajaya. Bagi resepi Kek Lemon Derhaka tu, Sis guna lemon juice atau zest sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je buat mi calong tu. Memang meriah makan ramai2.
      Link resepi Kek Lemon di bawah ni ya...
      https://platedcravings.com/moist-lemon-cake-recipe/

      Delete
  3. Seronok tengok gathering family Akk, meriah dgn pelbagai makanan sedap². Semoga semuanya berjalan lancar. Sepakat membawa berkat In Sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang meriah makan ramai2

      Delete
  4. Makan-makan dan meeting sekali.
    Semoga perjalanan majlis wedding NHR lancar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah jadi meeting sekali. Insyaa Allah thanks ya.

      Delete
  5. alhamdulillah seronok berkumpul ramai-ramai, havoc.
    rindunya nak blk johor, huaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok kumpul ramai2
      Insyaa Allah sampai masa nanti Cha dapat balik kampung ya

      Delete
  6. terliur la plak mee calong tu..tak pernah dgr lagi nama tu sebelum ni...the best part is fishball homemade tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Calong memang sedap sebab light je. Kalau dah ada isi ikan, memang senang buat fish ball

      Delete
  7. waduhhhhh sedapnyaaaa kek batik indulgence tuuuuuu

    ReplyDelete
  8. saya suka puding raja tapi nak buat tak reti
    yg menjual pula tak ramai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada di KL yang jual puding raja

      Delete
  9. Wahh senang betul tengok cara buatnya. Ni kalau buat terhegeh-hegeh juga saya nak siapkan. Buat sendiri mewah isi rencahnya tu.
    Sedapnya pemanis yang dibawa. Teringin betul nak makan puding raja. Susah betul ek nak jumpa orang jual puding raja ni. Nak buat sendiri nanti takut rasa kelaut dalam.
    Kek batik indulgence sedapnya! Nasib baik ada lemon icing glaze tu buat pemanis. Derhaka pun habis juga. Lega selesai kan.
    Bagus bermusyawarah semua. Semoga Allah permudah segala urusan majlisnya nanti dan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak membuat pun sekarang ni kena cari mood hehe. Sebab nak habiskan bahan, terpaksa buat jugak.
      Puding raja ni senang cuma kena ada jala emas tu. Kek Batik tu resepinya memang sedap. Haha kek lemon ni selalu lah ada trajedi.
      Alhamdulillah smooth meeting dan makan2. Moga dipermudah kan majlis, Aamiin. Thanks Fiza

      Delete
  10. Tak boleh berlama2 di sini, sebab nanti terliur tengok semua makanan kat sini 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe singgah kejap pun tak apa, thanks tau 😂

      Delete
  11. nak cari mi calong la kalau ke Kuantan nanti.

    ReplyDelete
  12. Selain kak Amie, blog akak ni kadang malas nk bukak waktu lapar... memacam menu sedap-sedap keluar. Mana yang masak sendiri , mana yg kt kedai.

    ReplyDelete
  13. pertama kali dengar pasal mi calong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Calong ni asal Beserah, Kuantan. Datang lah nanti try.

      Delete
  14. Masih belum berkesempatan mata mi calong bila tersampai ke Kuantan. Kena masukkan dalam bucketlist juga ni

    ReplyDelete
  15. Semoga dipermudahkan urusan untuk majlisnya nanti.

    ReplyDelete
  16. Ok, semoga nanti di Terengganu saya bisa jumpa mie calong 😍😍😍. Lihat bentuknya dah yakin sukaaa nih.

    Apple strudel 😍😍. Favorit saya juga nih kak. Wangiii, sukaa kalau Apple nya dipotong agak besar, jadi msh ada terasa tekstur. Tak halus sangat

    Puding raja nih yg saya blm coba..penasaran pula .

    Walaupun kek lemon agak kering, tp bagi yg tak suka terlalu manis, pasti tetap terasa sedap kak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Terengganu tak pasti di mana sebab asalnya Mi Calong ni dari Kuantan.
      Apple strudel memang sedap kan 😍😍
      Puding raja memang sedap 😋
      Begitulah buat kek ni, kadang ingat kadang lupa bahannya.

      Delete
  17. Jala Mas tu dulu dulu saya cari masa bulan puasa kat Pasar Ramadan Seksyen 14, PJ. Lama betul tak makannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada jala emas senang nak buat puding raja, makan saja pun sedap tapi tak boleh banyak

      Delete
  18. Saya nak mencari resipi mi calong ni sebab nampak menyelerakan. Bahan semua nampak yg saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gugel je Ezna. Resepi yang buat ni banyak skip nya haha

      Delete
  19. Lupa yang kek lemon ni tak boleh kurangkan gula terlalu banyak.

    kiranya kalau gula lebih kek akan jadi lebih mosit ke mcm mn tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah kadang telur boleh buat kek jadi texture lain2

      Delete
  20. suka pisang goreng lembik2....kalo cuaca hujan dpt mkn mi calong sedap tu

    ReplyDelete
  21. Okay next Outstation ke Kuantan dengan Kemaman nak cari Mi Calong tu..

    ReplyDelete
  22. Walaupun saya tak pernah makan mi calong, tapi saya rasa mesti sedap, sebab saya memang suka sup jernih macam tu. Tambah lagi makanan yang saudara mara Mulan bawa, dan kek batik coklat. Sedapnya! 🤤

    ReplyDelete