Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
"SELAMAT HARI MERDEKA
BUAT MALAYSIA TERCINTA"
Pukul 7 pagi keluar rumah. Sejuk pagi tadi Alhamdulillah. Anak solehah ajak tengok perbarisan Merdeka. First time tengok di Kuantan. Sebelum ni 3 kali kot di Putrajaya.
RESTORAN DAVOOD
Breakfast di sini sebab on the way ke PADANG MBK selepas park kereta di hadapan KUANTAN PARADE. First time jumpa tray roti canai yang kecil, juga roti canai lembut crispy macam roti canai Melayu. Dah selalu nampak Restoran Davood ni tapi tak pernah singgah. Boleh repeat ni.Cuaca sejuk dan kelabu.
Antara mural di ART STREET KUANTAN. Berdekatan Padang MBK.
Dah jumpa dekat, snap la sekeping.
Semua sedang bersedia.
Walaupun tak sebanyak dan semeriah di Putrajaya, namun sangat seronok.
Alhamdulillah safe landing semuanya.
Rasa seronok tengok team CHEF ni. Dah masak ke dapur hotel dll tu hehe.
Abang BOMBA.....!!!!
Best di Kuantan ni sebab tempat perbarisan tak sebesar Putrajaya. Boleh tengok dengan dekat.
HORNET. Bunyi dia boleh gegar jantung. Awesome..!!
Dia ada walau tak banyak mana. Kami semua puas hati.
Baru je tengok di FB. Macamana ya bawak terjun bendera seberat 8kg tu. Yang penting Alhamdulillah smooth semuanya. Dapatlah lebih 5,000 steps dan Vitamin D pagi tadi.
Bila pernah 10 tahun merantau, memang menggunung rasanya, betapa bertuah dan bangga menjadi rakyat MALAYSIA. Sayang MALAYSIA yang tiada noktahnya.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.



























Pernah juga tgk perarakan merdeka di Kuantan.. mmg lalu sebelah je dengan kereta kebal kan. Betul² tak perlu nak berebut2 tgk kt situ hahaa...
ReplyDeleteKan, dekat sangat dapat tengok
DeleteSelamat Hari Merdeka!
ReplyDeleteSmall parade lagi seronok kita boleh tengok dari dekat & less crowded la kot
Betul less crowded dapat tengok dekat
DeleteKat TRG ni tengok mereka rehearsal..less crowd. Hari bersejarah tengok kat TV jer..sambil makan nasi lemak lauk rendang.
ReplyDeleteAnak-anak ni ajak tengok kita ikut je lah, tapi di Kuantan tak sesak, dapat tengok dekat
DeleteSalam Merdeka 69thn ..
ReplyDeleteTahun ni meriah sana sini perarakan Merdeka kann.. kat JB pun ada tapi Sis tak join tengok., sesak takut jem jalan.. so ke Pantai Desaru aja piknik semalam..
Meriah tahun ni, JB mesti lagi besar sambutan compare dengan Kuantan
DeleteSelamat Hari Merdeka ke 69!
ReplyDeleteMoga Malaysia terus aman damai makmur
DeleteMeriah di mana-mana bila ada sambutan kemerdekaan ini. Semoga Malaysia terus aman sentosa
ReplyDeleteAamiin. Moga Malaysia terus aman damai makmur
DeleteKat Putrajaya atau Dataran Merdeka tak pernah tengok, biasa pergi kat Dataran Shah Alam je. Tahun ni je tak pergi sebab buat kat Stadium Kajang.
ReplyDeleteDulu2 malas jugak tapi ni anak-anak ajak, kita ikut lah
DeleteUwaaaaaah meriah sangaaaat kak. Sukaaa sebenarnya melihat pertunjukan seperti ini 😍👍. Kemarin hari merdeka di jakarta ada juga, tp malas keluar, sebab panas 🤣. Bagus juga kalau tak sebesar di Putrajaya yaaa. Memang seronok bisa lihat dan foto juga dari dekat
ReplyDeleteYa Fanny di Kuantan tak sebesar Putrajaya. Kurang sesak juga dapat tengok dengan dekat
DeleteBestnya, dapat tengok perarakan Hari Kemerdekaan. Saya tak pernah dapat tengok live depan mata. Biasa tengok di TV saja.
ReplyDeleteSebelum ni tak tengok jugak. Anak-anak ajak kita ikut lah.
DeleteCantik tgk gmbr payung terjun disebalik awan kepul222
ReplyDeleteKalau camera besar memang lagi cantik kan
Deleteye laa dkt sgt2 dan x berpagar
ReplyDeletepuas bati dpt tgk serapat mcm ni
Betul dapat tengok dekat
Deletekat sana x de perarakan dgn bebudak bulus K9?🐕
ReplyDeleteAda 2-3 ekor rasanya
DeleteSeronoknya dapat tengok perbarisan secara live dari dekat. Suasana tu yang buat kita lagi semangat sambut Merdeka.
ReplyDeleteJadi menarik kalau ada mural-mural di dinding ni. Boleh jadi tempat tarikan pelancong dan tempat bergambar.
Kalau sambutan Merdeka ni mana-mana pun meriah walaupun tak sebesar segah di Putrajaya.
Seram bunyi hornet tu kan, dari jauh dah kedengaran nyaring. Tu yang buat takut musuh tu.
Fuhh 8kg ek bendera tu, boleh tahan berat.
Bangga sangat menjadi rakyat Malaysia. Alhamdulillah...
Semoga Malaysia terus aman damai dan harmoni berbilang agama, bangsa dan kaum.
Memang seronok dengan suasana patriotik masing-masing.
DeleteMural cantik memang akan jadi tarikan ramai.
Betul sambutan Merdeka memang meriah satu negara.
Berdengung telinga bila lalu, budak-budak kecik nampak seronok sangat.
Memang bangga, moga Malaysia terus aman damai makmur
bestnya dapat tengok persembahan jet Hornet dengan penerjun payung terjun live depan mata! Bunyi gegaran jet tu memang terasa sampai ke dada. Pengalaman tengok perarakan kat Kuantan nampaknya lagi tenang & intimate berbanding Putrajaya
ReplyDeleteMemang best. Hornet dan payung terjun memang acara kemuncak.
DeleteDi Kuantan tak sebesar di Putrajaya, namun sama meriah
Rasanya tenang sikit kalau nak pergi sambutan kat sini berbanding Putrajaya. Kalau Putrajaya saya pernah keluar rumah jam 4 pagi dan tunggu sehingga Masjid Besi bukak dan solat baru ke tempat perarakan. Tapi....lepas tu penat sangat.
ReplyDeleteMemang kurang sesak berbanding Putrajaya. Kami pernah 2 kali tengok di Putrajaya memang lagi besar sebab sambutan peringkat kebangsaan kan.
Deletekuantan punya macam lagi best je siap ada payung terjun. Putrajaya takde punn
ReplyDeletetapi best kat putrajaya haritu sbb dpt banyak jajan free
Putrajaya tak ada payung terjun tahun ni ya. Beberapa tahun lepas kami pergi, ada payung terjun
Deletecantik sgt cuacanya. langit cerah elok.
ReplyDelete