GEMURUH JIWA, SEMANGAT MEMBARA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

"SELAMAT HARI MERDEKA 
BUAT MALAYSIA TERCINTA"


Pukul 7 pagi keluar rumah. Sejuk pagi tadi Alhamdulillah. Anak solehah ajak tengok perbarisan Merdeka. First time tengok di Kuantan. Sebelum ni 3 kali kot di Putrajaya.


RESTORAN DAVOOD
Breakfast di sini sebab on the way ke PADANG MBK selepas park kereta di hadapan KUANTAN PARADE. First time jumpa tray roti canai yang kecil, juga roti canai lembut crispy macam roti canai Melayu. Dah selalu nampak Restoran Davood ni tapi tak pernah singgah. Boleh repeat ni.


Cuaca sejuk dan kelabu.


Antara mural di ART STREET KUANTAN. Berdekatan Padang MBK.


Dah jumpa dekat, snap la sekeping.


Semua sedang bersedia.






Walaupun tak sebanyak dan semeriah di Putrajaya, namun sangat seronok.



Alhamdulillah safe landing semuanya.



Rasa seronok tengok team CHEF ni. Dah masak ke dapur hotel dll tu hehe.





Abang BOMBA.....!!!!


Best di Kuantan ni sebab tempat perbarisan tak sebesar Putrajaya. Boleh tengok dengan dekat.




HORNET. Bunyi dia boleh gegar jantung. Awesome..!!



Dia ada walau tak banyak mana. Kami semua puas hati.
 

Baru je tengok di FB. Macamana ya bawak terjun bendera seberat 8kg tu. Yang penting Alhamdulillah smooth semuanya. Dapatlah lebih 5,000 steps dan Vitamin D pagi tadi. 

Bila pernah 10 tahun merantau, memang menggunung rasanya, betapa bertuah dan bangga menjadi rakyat MALAYSIA. Sayang MALAYSIA yang tiada noktahnya. 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

33 comments

  1. Pernah juga tgk perarakan merdeka di Kuantan.. mmg lalu sebelah je dengan kereta kebal kan. Betul² tak perlu nak berebut2 tgk kt situ hahaa...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Merdeka!
    Small parade lagi seronok kita boleh tengok dari dekat & less crowded la kot

    ReplyDelete
  3. Kat TRG ni tengok mereka rehearsal..less crowd. Hari bersejarah tengok kat TV jer..sambil makan nasi lemak lauk rendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak ni ajak tengok kita ikut je lah, tapi di Kuantan tak sesak, dapat tengok dekat

      Delete
  4. Salam Merdeka 69thn ..
    Tahun ni meriah sana sini perarakan Merdeka kann.. kat JB pun ada tapi Sis tak join tengok., sesak takut jem jalan.. so ke Pantai Desaru aja piknik semalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah tahun ni, JB mesti lagi besar sambutan compare dengan Kuantan

      Delete
  5. Meriah di mana-mana bila ada sambutan kemerdekaan ini. Semoga Malaysia terus aman sentosa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Moga Malaysia terus aman damai makmur

      Delete
  6. Kat Putrajaya atau Dataran Merdeka tak pernah tengok, biasa pergi kat Dataran Shah Alam je. Tahun ni je tak pergi sebab buat kat Stadium Kajang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 malas jugak tapi ni anak-anak ajak, kita ikut lah

      Delete
  7. Uwaaaaaah meriah sangaaaat kak. Sukaaa sebenarnya melihat pertunjukan seperti ini 😍👍. Kemarin hari merdeka di jakarta ada juga, tp malas keluar, sebab panas 🤣. Bagus juga kalau tak sebesar di Putrajaya yaaa. Memang seronok bisa lihat dan foto juga dari dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny di Kuantan tak sebesar Putrajaya. Kurang sesak juga dapat tengok dengan dekat

      Delete
  8. Bestnya, dapat tengok perarakan Hari Kemerdekaan. Saya tak pernah dapat tengok live depan mata. Biasa tengok di TV saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni tak tengok jugak. Anak-anak ajak kita ikut lah.

      Delete
  9. Cantik tgk gmbr payung terjun disebalik awan kepul222

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau camera besar memang lagi cantik kan

      Delete
  10. ye laa dkt sgt2 dan x berpagar
    puas bati dpt tgk serapat mcm ni

    ReplyDelete
  11. kat sana x de perarakan dgn bebudak bulus K9?🐕

    ReplyDelete
  12. Seronoknya dapat tengok perbarisan secara live dari dekat. Suasana tu yang buat kita lagi semangat sambut Merdeka.
    Jadi menarik kalau ada mural-mural di dinding ni. Boleh jadi tempat tarikan pelancong dan tempat bergambar.
    Kalau sambutan Merdeka ni mana-mana pun meriah walaupun tak sebesar segah di Putrajaya.
    Seram bunyi hornet tu kan, dari jauh dah kedengaran nyaring. Tu yang buat takut musuh tu.
    Fuhh 8kg ek bendera tu, boleh tahan berat.
    Bangga sangat menjadi rakyat Malaysia. Alhamdulillah...
    Semoga Malaysia terus aman damai dan harmoni berbilang agama, bangsa dan kaum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok dengan suasana patriotik masing-masing.
      Mural cantik memang akan jadi tarikan ramai.
      Betul sambutan Merdeka memang meriah satu negara.
      Berdengung telinga bila lalu, budak-budak kecik nampak seronok sangat.
      Memang bangga, moga Malaysia terus aman damai makmur

      Delete
  13. bestnya dapat tengok persembahan jet Hornet dengan penerjun payung terjun live depan mata! Bunyi gegaran jet tu memang terasa sampai ke dada. Pengalaman tengok perarakan kat Kuantan nampaknya lagi tenang & intimate berbanding Putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Hornet dan payung terjun memang acara kemuncak.
      Di Kuantan tak sebesar di Putrajaya, namun sama meriah

      Delete
  14. Rasanya tenang sikit kalau nak pergi sambutan kat sini berbanding Putrajaya. Kalau Putrajaya saya pernah keluar rumah jam 4 pagi dan tunggu sehingga Masjid Besi bukak dan solat baru ke tempat perarakan. Tapi....lepas tu penat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kurang sesak berbanding Putrajaya. Kami pernah 2 kali tengok di Putrajaya memang lagi besar sebab sambutan peringkat kebangsaan kan.

      Delete
  15. kuantan punya macam lagi best je siap ada payung terjun. Putrajaya takde punn
    tapi best kat putrajaya haritu sbb dpt banyak jajan free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putrajaya tak ada payung terjun tahun ni ya. Beberapa tahun lepas kami pergi, ada payung terjun

      Delete
  16. cantik sgt cuacanya. langit cerah elok.

    ReplyDelete