BILA RESAH, INGAT SAAT INDAH
Teka tajuk lagu siapa, JANGAN GUGEL TAU..!! Hehe. Jom nyanyi ramai2, jangan lama sangat nyanyi tu. Kejap je.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah.
LAKSA SARAWAK
Kisah beberapa hari yang lepas.
Selongkar cabinet dapur, jumpa pes Laksa Sarawak. Alhamdulillah belum expired. Bahan utama mostly ada maka kita masak lah. Ada ayam, udang, santan, daun salad dan telur rebus. Cukup dah tu. Walaupun tak perfect dan complete seperti LAKSA SARAWAK yang asal.
Sedap sangat sebab pes ni memang sedap. Alhamdulillah. Isteri kawan hubby bagi ketika kami ke Kuching tahun lepas.
MASAKI
Hadiah Raya. Self reward. Yang putih sudah ada, yang hitam menyusul tiba. RM91 harganya. Suka sangat2 apalagi warna favorite sepanjang zaman.
Mak bagi nenas minggu lepas. Crown tu macam biasa akan bagi mak cucuk dalam tanah semula. Cabut2 daun bahagian bawah, rendam dalam air sementara nak hantar pada mak. Few days je keluar akar, seronok pulak tengok. Dah bagi mak semalam, balik berbuka rumah mak.
Petang Sabtu, our only adik lelaki sekeluarga minus one, balik rumah mak. Dapatlah berbuka sama2 ramai2. Alhamdulillah smooth drive dari Ulu Klang. Suruh dia ke Bazar Ramadan bawa anak2 beli makanan. Alhamdulillah semua sedap.
GULAI ASAM RONG
Kawan mak bagi. Alhamdulillah rezeki. Susah juga nak makan di Kuantan ni.
Asam rong ialah makanan tradisi popular di Pahang, terutamanya di Jerantut, yang dibuat daripada isi biji getah atau buah perah yang diperam selama sebulan. Ia mempunyai rasa unik sedikit pahit dan lemak, bukannya masam. Gulai asam rong biasanya dimasak dengan ikan sungai, daging, atau sayur, diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.
Asal-usul: Berasal dari perkataan 'isirong', dipopularkan oleh masyarakat di mukim Tembeling, Jerantut, Pahang.
Bahan Utama: Asalnya menggunakan buah perah, namun kini lebih kerap menggunakan biji getah kerana lebih mudah diperolehi.
Proses: Biji getah dibersihkan, dijemur, dan diperam (dijeruk) dalam tempoh lama untuk menghasilkan aroma dan rasa khas.
Selesai solat terawih kami gerak pulang, tapi ke bandar Kuantan dulu untuk pick up biskut Raya mak. Aduh, sesak sungguh bandar Kuantan malam minggu. Begini rupanya yang diperkatakan selalu di social media. Alhamdulillah kami tidak akan menambahkan sesak di depan sana sebab kedai yang nak dipergi, harus belok ke kiri.
CHE SAM BO LUONG (Laicikang Vietnam)
Semalam Ahad, Jumpa bahan2 di dalam fridge. Masak lah sekejap. Lama juga tak buat. White fungus tak ada, abaikan aje. Yang ada dried jujubes, dried longan, dried goji berries, lotus seed, dried kelp dan halwa kundur. Makan panas2 pun sedap. Airnya memang sikit sebab nak simpan senang. Boleh tambah bila2. Tapi memang meratah je Laicikang ni.
Semalam juga hubby nak naik bukit lepas Asar, minta dia belikan saja makanan berbuka untuk dia seorang, sebab queen nya nak makan leftovers dalam freezer. Anak solehah berbuka dengan kawan. Hubby beli ayam panggang lagi tapi gerai lain. Sedap bahan marinate nya cuma tak sampai ke bahagian isi dalamnya. Ada lebih ayam, so marinate je lah untuk sahur.
Lepas terawih, belek2 dalam cabinet dapur jumpa bumbu Ayam Goreng Kalasan. Potong2 ayam supaya rempah dapat salut ayam dengan lebih banyak. Simpan dalam fridge saja, sebab nak masuk air fryer nanti.
NASI GORENG + AYAM KALASAN
Nasi goreng tu adalah leftovers nasi lemak, nasi putih dan nasi butter garlic sebelum ni. Digoreng dengan garlic cincang, serbuk kari dan kicap. Tadaaa, Alhamdulillah. Sedap tau bumbu Ayam Kalasan ni. Digoreng dalam kuali non stick MASAKI. Terus hidang, tapi cabut lah handle tu nanti.
Berkejar2 dengan MOOD sekarang ni, entah ke mana pergi nya.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.











Tertarik dgn set periuk baru tu.. baru tau ada brand tu
ReplyDeleteLalu lalang di social media geram tengoknya
DeleteMasaki hitam plak....aduhai...menggoda betul ni...sape la nak hadiahkan SA ni...hahahaha....nampak sedap semua menu tu..asam rong tu pernah baca dan lihat gambar tapi x pernah la merasa..mesti sedap ni kan...
ReplyDeleteMemang menawan warna hitam ni
DeleteLagu Abg Nuar la sapa lagi hehe...
ReplyDeleteBiji getah tu dulu kami buat main laga² je, tak tau pun boleh dimakan isinya. Dah besar bercampur Gaul dgn kawan² dari Pahang baru tahu isinya boleh dimakan. Buah perah favourite arwah ayah bonda
Hehe kan lagu Bang Nuar. Betul biji getah kita main masa kecik.
DeleteTahniah tau, Mulan, kerana masih rajin memasak. Hujung-hujung ramadan ni, mood masak saya dah terjun ke laut. 😂 Gulai asam rong ni, saya pernah tengok orang buat di TV, Majalah 3 ke rancangan apa entah sudah lupa, memang susah nak buat, guna biji getah. Macam itu rupanya nak tanam nanas. Rendam dulu bagi akar keluar, ya. Saya terus tanam dalam tanah. Kadang jadi, kadang kering lalu mati. Hahaha.. baiklah. Mekasih atas perkongsian. Periuk udah tunjuk, nanti kalau tak keberatan, boleh tak Mulan tunjuk koleksi sudip, saya musykil untuk Masaki tu, guna senduk atau sudip kayu ke, silikon? Thank you. 🤗
ReplyDeleteP/S: Tak kan la tak tahu kot, lagu Anuar Zain laaa.. mula-mula mata terpeleot. Saya terbaca tajuk di bloglist saya, entri Mulan ni, Bila Resah, Ingat Salad Indah. Sebab ada gambar kecil laksa nampak daun salad. 😁
Alhamdulillah masak2 untuk family je Nur. Gulai asam rong ni belah2 Jerantut, Temerloh. Nenas senang je tanam nya. Pasal sudip non stick tu guna silicone je. Nanti buat post pasal non stick pan ni Insyaa Allah. Hehe sedap lagu bang Nuar ni kan.
Deletetu lagu anuar zain!!! pes laksa sarawak tu saya ada jugak satu, org bagi (panel interview research)...tp so far saya lom try masak lagi..memang sedap yer? ehhh nak kena try masak laaaa!! salam 26 ramadan utk mulan! raya ni mulan balik kg ker? ke memang raya kat pahang? saya plan bertolak balik kg ptg or mlm rabu...sbb mr hubby start cuti hari khamis..rabu tu dia masih keje la
ReplyDeleteLagu favorite ni. Laksa Sarawak sedap tau. Kami raya di Kuantan dan Taiping.
DeleteMasuk sini aduhaiiiii. Saya dah search pes laksa serawak tu dalam shopee nanti nak cuba masak. Tapi masuk troli je dulu beli lepas raya. hehehe
ReplyDeleteTry la memang sedap Laksa Sarawak ni
DeleteTu diaaaa... Masaki in black pulak.
ReplyDeleteMana-mana pekan pun kalau malam weekend meriah dengan kenderaan dan orang ramai.
Black is beauty hehe. Ramadan weekend memang sesak satu negara kan.
DeleteJom sambung nyanyi.
ReplyDeleteBila rindu, ku nyanyikan laguuuuu
Best kan lagu ni
DeleteMacam pernah dengar la lagu ni. Lepas tu bila rindu.....pes laksa sarawak hj manan ni adik pernah bagi dulu.
ReplyDeleteLagu favorite ni hehe. Sedap pes ni.
DeleteSaya pun suka guna pes Hj Manan, mula diperkenalkan oleh adik yang menetap di Sarawak.
ReplyDeleteAsam Rong, pernah dengar tapi belum pernah makan. Ingatkan masam, pahit lemak rupanya ya.
Pes ni memang sedap. Ada juga masam rasanya gulai ni.
DeleteMulan, selamat berpuasaaa. Btw, teringin nak rasa gulai asam rong. Baru tahu ada gulai rare macam ni.
ReplyDeleteGulai lauk kampung ni memang susah sikit nak cari
DeleteDried jujubes, dried goji berries, dried kelp... uish, semua tak pernah dengar...
ReplyDeleteKedai herbal china banyak jual
DeleteCie pun dah terjebak beli brand Masaki tu.
ReplyDeleteYeeyyy join the club
Deleteeh part teka lagu tu… macam familiar tp cam mls je nk bg jawapan tepat hahaha... lps raya laa sy jawab
ReplyDeleteHehe
Deletemood hilang tu mmg selalu jd especially bln puasa ni... fahammm hehe
ReplyDeleteTu lah kan
Deleteaduhh sedapnya laksa sarawak tu. Kena buat jugak ni sebelum Ramadan habis.
ReplyDeleteMemang sedap
Deletewahhh sedap-sedap semua.... periuk baru lagi, periuk raya. Besar gabak udang kat laksa akak tu. Bila guna pes tu pastu sedap memang wajib buat stok kan kak
ReplyDeleteAlhamdulillah hehe. Geram tengok warna hitam tu.
DeleteRM91 ketiga kuali masaki tu ke? berbaloii!
ReplyDeletetengok che sam bo luong tu teringat pulak bikgu amie yg selalu buat air rebusan cina ni.
Memang berbaloi. Che sam bo luong aka Laicikang memang sedap dan senang je buat tapi tu lah mood tu
DeleteKSarie baca tajuk terus terbayang Abam Nuar Jein. Penyanyi favourite KSarie tuh. Udah 2 konsert dia KSarie pi tengok sorang-sorang. Gulai asam rong tuh first time dengar. Langsung la KSarie add cart Masaki dekat Shopee tuh walaupun memang jarang gila masak sebab terpengaruh dengan cerita Mulan pasal Masaki ni. Mana Mulan dapat idea menu bila terjumpa bahan-bahan yang ada ye. Ini adalah salah satu bakat ni
ReplyDeleteWahh best nya pergi konsert. Gulai asam rong ni jarang dapat jumpa. Hehe beli lah nanti. Kita yang makan hehe campak2 je.
DeleteSaya jaraaaaang sangat beli bumbu Bamboe. Lebih sering brand Munik. Ternyata sedap ya Bamboe ini... Okelah nak coba nanti.
ReplyDeleteDulu saya pernah diksh Karni paste laksa Sarawak. Sedaaap sangat. Dan dia bilang tak dijual di KL. Hanya ada di Sarawak. Issh memang nak kesana rasanya
Tak jumpa brand lain Fanny masa beli. Jumpa yang Bamboe saja. Memang sedap pes nya. Boleh beli di Shopee jugak pes Laksa Sarawak ni.
DeleteCuya dah siap sambung nyanyi lgu dlm hati lepas baca entri akk ni. Hehe
ReplyDeleteMantap menu masakan. Seronok tengok kak Mulan boleh masak macam2. Cuya pon satu hari nnti berangan nak masak dan mencuba pelbagai menu. Aamin!
Hehe nyanyi slow2.
DeleteCuya dah sambung nyanyi dlm hati!
ReplyDeleteSeronok tgk kak Mulan memasak. Cuya pon nak berangan nak masak oelbagai jenis juadah. Nak try and error la. Aamin!
Kadang rajin kadang tak rajin. Tapi masak ni memang suka jugak lah tapi ada mood jugak hehe
DeleteWah bumbunya jenama Bamboe, hihihi. Dulu saya pun pernah jual, tapi kurang laku di sini, mungkin sebab harganya agak mahal. Sedangkan dalam segmen yang sama, ramai pengeluar bumbu lain jual dengan harga jauh lebih murah.
ReplyDeleteSayang betul, padahal rasanya memang sedaaaap :D
Jar, Bamboe justru paling muraaaah. Yg mahal itu Munik 😄.
DeleteSemoga tumbuh subur pokok nanas tu di bawah jagaan mak.
ReplyDeleteSaya selalu dengan kawan cerita ibunya masak gulai asam rong kalau balik Pahang. Saya belumnpernah jumpa apalagi makan gulai asam rong.
Insyaa Allah moga subur nenas tu. Sedap gulai ni rasanya unik.
Deleteslmt berbuka puasa., aminn
ReplyDeleteAamiin
DeleteMesti la tahu lagu sape tajuk tu ..semestinya anuar zain...hehe..laksa swk bkn fav sbb pernh mkn yg kuahnya mcm rempah terlalu kuat tp aritu ada opismate org swk maknya buat sedap so dh bole mkn
ReplyDeleteHehe lagu favorite ramai kan. Betul kuah Laksa Sarawak tu memang kuat rempah nya.
Delete