Wednesday, January 21, 2026

MASAK BERASAP & MUSYKIL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan.

Ahad lepas makan2 kami berempat, celebrate birthday hubby di KL, terus drive balik Kuantan. Seronok sebab anak solehah cuti semester. Dapur semestinya lebih berasap.


Ada lah beberapa request nya. Bread machine pun keluar. Masuk semua dalam BM. Kadang doh naik awal, kadang lambat. Seeloknya tunggu naik walaupun lambat, tapi kalau 2 jam tak naik2, potong kecil2, terus bakar api 200'C atau goreng. Cicah kopi, sangkaya atau chocolate spread. Tak pernah buat tapi sekumit idea saja.


Lepas sejam setengah, Alhamdulillah naik dohnya. Roll kan supaya empat segi.


Agak2 sebegini dohnya selepas di-roll. Demi menjaga sensitiviti semua ahli family yang diet, kita skip brown sugar. Taburkan cinnamon powder dan chocolate chip saja. 


Digulung dengan berhati2. Diukur berapa panjang, dibahagi 9 (ikut masing). Toothpick bersih diguna untuk tanda.


Nak cantik, kena guna benang untuk memotong doh.


Disusun dalam loyang yang digris.


Ditutup dengan kain, tunggu sehingga doh naik. 


Setelah sejam. Alhamdulillah naik.


Dibakar hingga kekuningan, oven bersuhu 180-200'C.


Alhamdulillah. Our favorite CINNAMON ROLL.


Alhamdulillah cream cheese frosting pun dah dikurangkan gula. 

Klik resepi ---> CINNAMON ROLL RECIPE


Gaul semua bahan2. Adunan macam cekodok, ikut je resepi. Ditutup dan tunggu naik.


FOCACCIA BREAD

Doh ditepek dalam loyang. Dihias ikut kreativiti masing2. Tutup dan biarkan naik.


Dah naik, bakar dalam oven, suhu 180-200'C hingga kekuningan atas nya. 


Sambil menunggu siap dibakar, buat mushroom soup.

Tumis bawang besar dan garlic potong dadu, masukkan shiitake mushroom. Dah lembut semuanya, kisar dalam blender dengan susu. Masak atas dapur, perasakan dengan garam, lada hitam, kiub ayam sikit atau mushroom seasoning kalau ada. Nak pekatkan, bancuh satu sudu besar tepung gandum dengan sedikit air. Masukkan sikit2 dalam sup, untuk pekatkan, ikut citarasa masing2.


Alhamdulillah, elok FOCACCIA nya.


Kecut tomato nya hehe.

Klik resepi ----> FOCACCIA BREAD 


Focaccia dengan Mushroom Soup.


 Antara komen musykil yang segan nak jawab. Tak ada pun specific tips untuk rajin masak atau pandai masak dll nya. Sebetulnya Alhamdulillah dilahirkan dalam keluarga yang suka dan pandai masak, jual kuih, jual macam2 makanan sejak dulu, tak lupa juga dipaksa masak haha.

Seterusnya selepas kawin, hubby di-transfer ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Down sangat sebab susah dapatkan makanan halal & kedai halal yang sangat2 mahal. Nasi lemak RM12 sepinggan dengan rendang ayam seciput. Roti canai RM6 sekeping.

Company tak bagi spouse kerja part time. Apalagi, kita tengok TV je lah. Nak keluar tak boleh sorang2. Antara channel yang suka dulu adalah Travel & Living juga Food Network, program masak2. Dapat jugak channel TV1 Malaysia, maka seronok lah tengok rancangan memasak kita. Nak makan luar, mahal dan tak halal. Tapi nak makan. Maka bermula lah episod terpaksa memasak. 

Western food ni kan, senang sebab tak perlu tumis renyah merecik macam sambal dan masak kari kita. Tapi sekala2 kena lah buat, nak makan nasi lemak dan kari, kan. Selalunya, masak apa yang kami suka makan. Ada juga sessi mencuba.

2006 mula rajin menggugel juga baca blog, pinjam laptop hubby. Then, ada blogger yang suruh buat blog. Bermula lah, Oktober 2006, blog cacamarba, 

MULAN - PEACE, LOVE & HARMONY.

Gugel2 resepi, jumpa blog MAT GEBU, SALAM 3 BENUA, AZLITA MASAM MANIS, MAMAFAMI, AZIE BLOGGER, CHEF HANIELIZA dll. Terpesona dengan FOOD PRESENTATION. So kita pun buat lah sikit2 bagi feeling2 makan kat kedai. It's just for fun. Bukan setiap masa pun. Ikut mood.

Sekembali dari Vietnam, hubby di-transfer ke Kerteh, Terengganu. Kerteh ni bandar kecil tepi jalan saja. Yang ada dulu kedai tersohor selain kedai lokal, adalah cuma McD & KFC juga 1-2 kedai Siam. Kalau nak lebih, wajib lah ke Kemaman atau Kuantan. Kesian anak2 so kita cuba masak sendiri, macam western food, korean/japanese food. Kami suka try makanan lain2. Bila suka, cuba je lah buat.

Masak2 ni memang suka jugak sebenarnya tapi yang senang lah, bukan yang renyah. Ada hari nak masak yang kebaboom, ada hari se-simple nya. Berfoto makanan pun bila ada mood. Hehe.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

1 comment:

  1. Setiap kali Mulan post pasal masakan yang disediakan dengan penuh kasih sayang, setiap kali itu la akan terpesona dan jadi extra lapar. Masakan Mulan ni memang udah level Chef dan boleh buka cafe hipster ni. Terima kasih atas perkongsian tipsnya. Temanya kena rajin dan istiqamah. Ini 2 ciri yang memang payah KSarie nak buatšŸ˜…Jadinya KSarie akan teruskan admire gambar makanan Mulan dari kejauhan begitu

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com