Monday, November 03, 2025

SABTU AHAD



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Sabtu. KETUPAT SOTONG
MEDAN SELERA NELAYAN, TANJUNG API, KUANTAN 

Sedap sangat, kali kedua makan ketupat sotong ni di sini.


Kali kedua ke sini. Padahal selalu lintas lansung sebelum ke TAMAN GELORA. Tak tau kenapa tak singgah. Dah 4 tahun. Bulan lepas, first time kami singgah ke Medan Selera Nelayan ni. Sekali tengok menu dan segala makanannya, wahhhhhh..!! Sabtu baru ni singgah lagi. 7.15am dah penuh makanan.







Sata pun ada. Sebelahnya ada kedai roti canai. Kami ambil Ketupat Sotong, Kuih Talam Berlauk (sambal ikan) dan Kuih Tepung Kapur (yang dengan kelapa). Ketupat Sotong tu besar, dekat sejengkal. Alhamdulillah memang sedap, dah berzaman ada Medan Selera ni. Kami je yang mengada baru nak singgah. Sebab selalu ramai orang. Kedai banyak tapi yang operate, satu owner je yang banyak lauk dan makanan ni.


Siap makan terus ke sini. Hari mendung tapi tak hujan. Brisk Walk lah sebab dah makan kenyang.


Jalan2 jumpa dua pupu, yang baju warna oren. Atlit dulu, kuat bersukan, pernah wakil Pahang, main hoki kot. Arwah ayah kami sama2 main bola wakil Pahang. Tengah berborak, terserempak Uncle AHMAD YUSOF, bekas pemain bola Pahang, pernah wakil Malaysia jugak. Asal dari Penang, dah jadi rakyat Pahang. Berborak panjang lah kami. Seronok bercerita zaman dulu2. 

Balik dari brisk walk, balik rumah sambung buat kerja rumah. Masak lunch dan rehat, berebut tv dengan hubby, makan malam dan tidur. 


Ahad pagi seawal pukul 7, bertiga dengan anak soleh, kami ke PEKAN, BANDAR DIRAJA PAHANG. Tak jauh dalam 30 minit je. Mak asal Pekan, tapi bukan di bandar. Asal Kg Pahang Tua, tepi Sungai Pahang. Hari Ahad nya mendung. Park kereta dan jalan kaki menuju PEKAN RIVERFRONT. 

Banyak bot tepi sungai. Rupanya ramai yang keluar memancing.


Hubby dah gugel, rupanya ada laluan brisk walk dan riadah di tepi SUNGAI PAHANG. Wahhh tak sangka, panjang betul laluan nya. Dulu hutan je area ni. Kami start jalan dari PEKAN RIVERFRONT. Tapi anak soleh jog laluan lain. Training untuk 10km FUN RUN bulan December nanti.


Cukup 5k steps ajak hubby patah balik. Lapar. Hehe. Dulu barisan kedai lama berhadapan sungai berwarna warni, tapi kini dicat hitam dan putih. Cantik seragam. Tenang lengang bandar Pekan.


ANJUNG PEKAN BAHARU


Kami berjalan menuju MUZIUM PEKAN.


KAFE BELIBIS (KAFE KERETA API)
Kami ke sini. Kali ke tiga ke sini tapi hubby dan anak soleh, first time.



Ada Chinese girl ni makan LAKSA PAHANG. Memang pure orang Pekan ni. 





Tak ada detail peta ini bila dilakar. Peta laluan kereta api lebih 50 tahun yang dulu.


Mi Kari, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Opor Daging, Rendang Daging dll.


Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis, Nasi Lemak, Tapi dll


Macam2 jenis kuih muih traditional. 


Puding Raja, Kuih Nekbat, Wajik Nasi Manis dan Kuih Suji. Semua sedap.


LAKSA PAHANG. Pernah makan Laksa Johor, Laksa Kuah Merah Terengganu. Semua pun sedap. Sangat pandai makan tapi tak pandai nak bezakan, sebab semua sedap tersendiri.


Kuetiaw Goreng dan Rendang Daging anak soleh.


Kuih Bakar Suji (warna kuning) sedap, lama tak makan.


Lempeng Kelapa dan Sambal memang super sedap.


Hubby dan anak soleh nak tengok dalam kereta api. Memang ada meja dan kerusi untuk makan di dalam, aircond sejuk sangat.


Rupanya hubby order coffee lain, sebab awalnya cuma minum air kosong. 


Alhamdulillah semua sedap. KAFE BELIBIS ni bersebelah MUZIUM PEKAN.


MUZIUM MASJID SULTAN ABDULLAH


Helikopter lama.


Driftwood sculpture berupa seekor kuda. 


Ada beberapa ekor di laman depan MUZIUM.


Sculpture Gajah berdekatan MUZIUM.


Kereta kebal lama pun ada.


Helikopter lama.


Fighter jet ke ini?


Insyaa Allah suatu hari akan ke MUZIUM nanti. 


Bye bye SUNGAI PAHANG. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

33 comments:

  1. gambar mknn semuanya awesome, penuh warna warni dan menyelerakan. saya tak pernah mkn laksa pahang..sekali tgk ingatkan laksa johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau tengok depan mata memang sangat colorful semua makanan. Betul MZ, laksa Pahang dan Johor macam nak sama je.

      Delete
  2. Pernah sekali je makan kat gerabak keretapi pekan tu. Rasanya makan nasi berlauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengahari diorang serve nasi dan lauk kot.

      Delete
  3. Selamat menjamu selera
    ramainya menu sesedap

    ReplyDelete
  4. Semua gambar makanan bikin hati tidak keruan. Siapa hendak dihasut hendak JJCM ke Kuantan dan Pekan ni😅Ketupat sotong tuh nampak padat sangat. Belah-belah Shah Alam ni payah hendak jumpa ketupat sotong ke KSarie yang tidak rajin merayap. Pernah makan di Kafe Belibis tuh sekali tahun 2022 kalau tidak 2 orang anak buah. Baru tau Pahang pun ada Laksa Pahang. Lempeng tuh menggoda sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok lagi pun memang geram je rasa nak makan semua tapi apakan daya perut tak kesampaian semuanya. Ketupat Sotong tu memang padat sedap lemak masin manis. Oh KSarie pernah sampai Kafe Belibis ya, lempeng dan sambal memang sedap

      Delete
  5. menarik juga bandar Pekan , Pahang ni rupanya. Tq for sharing Mulan. Tak terfikir nak jadikan tempat yang boleh di lawati. Adoi kuih muih dalam foto-foto Mulan kat atas tu, tak tahan nengoknya.. haha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bandar Pekan ni kecil je Kak Ana. Tapi bandar DiRaja. Banyak jugak kesan sejarah ya. Makanan memang sedap2.

      Delete
  6. Ya allah......syurga makanan...sedapnya nampak ketupat sotong tu..SA nak bawak Abah jalan- jalan Kuantan nanti..boleh la SA rujuk blog akak..memang nak merasa ketupat sotong tu..SA suka jenis yang tu...x suka yang kuah gula merah tu...muzium tu pun macam best je nak pergi...eh..kena pergi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kena dengan selera kami. Ketupat Sotong tu memang sedap. Datang lah Kuantan dan Pekan nanti ya.

      Delete

  7. Entah bila kali terakhir saya ke Pekan. Masa tu belum wujud kafe kereta api. Menarik konsepnya, makanan pun banyak pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Ujie pernah sampai Pekan ya. Kafe Belibis ni memang agak baru.

      Delete
  8. Uniknya cafe Belibis ni. Teringin juga nak try ketupat sotong ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik sebab boleh makan di dalam gerabak kereta api. Ketupat Sotong memang sedap

      Delete
  9. tak pernah makan ketupat sotong. dalam tu disumbat pulut kan? kuah dia rasa santan2 gitu ke?
    ohh laksa pahang nampak macam laksa johor lah! menarik betul kafe belibis tu. tq share. nak letak dalam wishlist kalau saya datang ke pekan. banyak betul pilihan menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ketupat sotong ada pulut di dalamnya dan berkuah santan. Laksa Pahang memang hampir sama rupa dengan Laksa Johor. Kafe Belibis memang menarik dan sedap makanannya

      Delete
  10. Gemuk betul ketupat sotong tu. Bagus betul kedainya, awal pagi dah ada pelbagai jenis kuih dan makanan. Kafe Belibis tu cantik dan unik, kafe keretapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gemuk dan besar. Kedai buka awal memang best boleh makan dengan tenang. Kafe Belibis ni memang unik dan sedap

      Delete
  11. Negeri Pahang ni kaya dengan kuih muih tradisional la... Best!
    Muzium Sultan Abu Bakar tu kami pernah sampai Kak... Tapi bergambar diluar aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tapi negeri lain pun banyak jugak makanan traditional nya. Oh PH dan sampai muzium ya.

      Delete
  12. Sikit nau sayo kat kuetiaw goreng tu... Ada selai -dua je....

    ReplyDelete
  13. selalu jugak pi makan kat medan selera nelayan tg api tu.. biasanya waktu malam.. makan sambil layan movie

    ReplyDelete
  14. cantik la cafe belibis tu..lamanya tk mkn ketupat sotong...meriah tgk gmbr makanan mcm2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe Belibis tu memang cantik dan sedap. Ketupat Sotong memang sedap.

      Delete
  15. Kak Amie nak makan ketupat sotong, kuih bakar suji dan lempeng kelapa dengan sambal. Aduuussss... enak banget!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amie datang lah Kuantan dan Pekan nanti ya. Memang enak ketupat sotong, kuih bakar suji dan lempeng kelapa tu, Alhamdulillah

      Delete
  16. Kuih-kuihnya macam-macam memang mengoda sungguh lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau tengok depan mata lagi menggoda

      Delete
  17. Wah, tak pernah lagi sampai ke Pekan. Menarik jugak. Next time nak pergi Kafe Belibis tu, menu semua nampak menarik. Laksa Pahang tak pernah try lagi, teringin pulak nak cuba bila tengok gambar ni.

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com