Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
CHOCOLATE CHIPS PAHIT MAUNG
Jumpa raisin hitam dan almond chunks dalam fridge. Entah lama mana menyorok dalam tu. Jumaat lepas kerjakan chocolate chips ni.
Resepi macam agak biasa, diderhaka. Bahagi dua. Satu letak almond chunks, peanut butter dan chocolate chips. Satu lagi letak serbuk koko, raisin hitam dan chocolate chips. Isteri mithali ni kena akur request hubby, tak nak manis. Memang sikit gula dalam adunan tu. Mengharapkan raisin dan chocolate chips sebagai penambah manis.
Sebelum bakar, tepek lagi chocolate chip dan segala chocolate yang ada. Resepi chocolate chips ni kan, gugel je yang review banyak yang bagus2. Senang je buat tapi bukan rajin.
Sabtu, berdua day trip ke Bangi dengan hubby. Suka pergi awal2, parking senang, makan pun aman tenang, tetamu masih kurang.
Menyantuni majlis perkawinan anak kawan hubby sejak mula kerja dulu, dari zaman bujang.
Alhamdulillah dan Tahniah to you both.
CAPRELOCA WHITE PALACE
Cantik semua nya.
Alhamdulillah terjumpa akak senior satu dorm di asrama sekolah menengah dulu. Pernah sama2 tak ke prep malam sebab tak sihat, nampak kelibat budak lalu tepi tingkap yang tertutup, zuuusssss meremamg bulu roma. Ok dah, tak mau elaborate dah. Cuma kelibat tu memang tersohor lah malam2 di asrama kami.
Dah berjanji nak jumpa. Riuh rendah duduk semeja. Mula berkawan sebab suami kami kerja setempat dulu. Kenal sebelum kawin. Kuantan, Melaka & Sendayan, jumpa di Bangi. Alhamdulillah. Yang tengah tu travel buddy, bising lama tak travel sama.
Ahad pagi ketika nak siram pokok, terkejut amat sangat, nampak jasad kucing ni. Tak tau yang mana, ada 4-5 ekor yang datang makan. Paling kenal 2 ekor yang regular.
Hubby pulak ke Kemaman, menyelam sebab dipujuk kawan2 katanya air laut elok cantik. Menunggu hubby balik untuk uruskan.
Dua beranak menyempurnakan kucing tu. Diletak elok dalam kotak, ditanam bersama. Anak soleh kata kucing tu yang tiap pagi mengiau datang nak makan. Aduhhhhh, mengalir lah airmata ni. Sedih amat sangat. Tiada lagi ngiau nya. Walaupun bukan kami bela tapi tiap hari pasti datang nya. Kata jiran2 dalam group Whatsapp, confirm kerja anjing liar. Pernah few times, ada jiran nampak anjing kejar dan cederakan kucing.
Hasil laut hubby. Dapat 5 ekor. Sebab malas nak cuci dan siang, hubby bawak balik 3 saja. Yang lain bagi kawan2.
Kepala yang besar ni, terus dimasak Kari petang semalam. Untuk breakfast pagi tadi, Isnin. Makan dengan frozen prata.
Tengahari tadi rendam kobis panjang yang dipotong kecil dalam air garam. Petang terus buat kimchi.
Dapat sebekas saiz biasa.
Semalam kisar daging, simpan dalam freezer. Tadi guna separuh, buat inti TAHU BEGEDIL. Bahan2 ada. Daun sup tinggal bahagian batang yang banyak, habiskan lah.
Tahu bulat goreng pun ada. Sumbat filling daging dalam tahu, celup telur bahagian atas nya saja, masuk air fryer.
Pahit, manis, sedih, gembira. Berbagai emosi weekend kali ni.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.





















SA pun sama...weekend yg emosi, mcm2 rasa ada..hp jatuh screen retak seribu, emosi terganggu sbb simptom Pre M tu...urut badan jd muscle pain...sudahnya hari ni MC
ReplyDeleteSedapnya tauhu bergedil tu . Baru ni beli kat gerai tepi jalan rasanya macam nak basi dah. Tak jadi makan takut sakit perut.
ReplyDeletecantik dewan wedding tu penuh bunga2...mcm2 emosi yer mixed feeling gitu...rasanya semua kita pun lalui benda yg sama....yg penting, we live our live to the fullest!
ReplyDeletebestnya masak hasil tangkapan laut...fresh2...
ReplyDeleteCantiknya dewan. Seronok jumpa dengan ramai kawan-kawan.
ReplyDeleteSedihnya nasib kucing tu, Alhamdulillah dapat beri khidmat akhir buat dia. Pasti dia mendoakan Mulan sekeluarga. Anjing antara hal yang merisaukan saya bila tinggalkan Jojo, sebab rumah di Perlis ni tak ada pagar keliling.
emosi dengan manusia memang tak dpaat dipisahkan.. tapi, kalau dapat makan biskut coklat chip tu, cnfrm senyum.. hihihi
ReplyDeleteTerpegun nengok ikan yang fresh tu... rezeki family Mulan lah.. setiap kali asben mancing dapat ikan besar-besar.
ReplyDeleteBaca entri ini mengingatkan saya, dalam fridge saya pun ada chocolate chips belum guna. 😁
ReplyDeleteSeronok jumpa kawan-kawan yang kenal sebelum kahwin.
Sedih tengok kucing mati.