Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Tajuk tu ke laut, tak tau nak letak apa... Hehe.
LAKSA PENANG. Breakfast pagi tadi.
Ikan2 besar yang di-fillet kan dulu2, disimpan tulangnya sebab ada saki baki isi ikan yang terlekat. Sayang. Dikumpul sebekas tipuware, agak2 dah banyak, direbus tulang dengan air yang sikit, agak ampuh tulangnya. Disejukkan, diambil isi dari tulang, disimpan air rebusan. Masuk freezer dulu sebab belum sempat masak.
Seawal pagi semalam, bawa keluar dari freezer. Petang, isi ikan dikisar dengan air rebusannya. Masak dengan bawang besar dikisar + daun kesum, ciliboh, bunga kantan, asam keping, garam gula. Kami suka kuah pekat. Arwah mak mertua akan blend sekali isi udang hidup dan udang kering. Ikan besar ni agak kurang rasa berbanding ikan kembong, selayang dll. Maka, kisar juga bersama sedikit udang kering direndam air panas.
Semerbak bau. Disejukkan dulu, disimpan dalam peti sejuk. Pagi tadi rebus laksa dan potong hiris daun salad, bawang besar, timun. Telur dah direbus semalamnya.
SEBELUM.......
SELEPAS.....
Rak ini sampai malam tadi pukul 8.50pm. Alhamdulillah hubby sudi pasangkan pagi tadi sebelum pergi kerja. Maka lepas settle hal dalam rumah, pagi tadi, bekerja lah menyusun atur. Besar lah pulak, agak panjang. Tapi ok lah, ngam2. Yang mini2 atas rumput tu, tengok lah letak mana nanti. Berbunga lah hati tengok semuanya di atas rak baru.
Anak solehah suggest beli alat ni, penyukat suhun, tahap kelembapan tanah. Dia risau mummy nya dulu rajin sangat siram pokok sampai lemas akar pokok. Tanah nampak kering di atas tapi sebenarnya di dasar, ianya lembap. 4 in 1 soil analyzer. Untuk moisture, PH, suhu dan sunlight rasanya. Nak guna untuk moisture. WET atau DRY. Ya lah, suka sangat siram takut bertakung air dalam tanah kaktus.
Kali ke dua tukar pasu. Makin besar Alhamdulillah tapi kenapa senget.
Pun baru tukar pasu. Makin bertambah2 anak2 kaktus yang tumbuh. Ketika beli dulu, hanya satu kaktus asalnya.
Juga hanya satu kaktus je dulu tapi kini makin bertambah2.
Baru beli last week. Dah diganti pasu besar sikit.
Juga baru beli. 3 kaktus RM13.
Yang ketiga baru beli last week. Moga hidup subur semuanya.
Yang spesis dua, peninggalan arwah tok, yang dah dicantas/potong dan ditanam dalam pasu lain. Memang banyak dialih ke pasu lain. Yang besar2 tak sempat difoto. Malas dan panas.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.














waaa cantiknya rak tu!! nice sgt! yumms sgt laksa! terliurrrr
ReplyDeleteHaha lemas akar pokok tu. Kalau boleh nak juga dia jerit minta pelampung
ReplyDeleteYe betul kata anak tu Mulan. Kaktus ni sejenis simpan air dalam batang dia jadi memang tak perlu siram selalu.
ReplyDeleteTeringat masa kecik dulu memang suka pokok cactus. Banyak jugak Cie tanam.
ReplyDeletesedapnya laksa!
ReplyDeleteohh bagus beli penyukat suhu tanah tu. 28 tu kira bacaan yg ok ke?
sy suka tgok bunga kaktus yg warna dark pink tu tp susah nak cari skrg..
ReplyDeletecomel je semua kaktus akak tu... tapi entah kenapa dana tak suka tanam dan tak pandai bela kaktus
ReplyDeleteCantik, taman kaktus Mulan! 😍 Bagusnya, siap ada alat sukat suhu tanah.
ReplyDeleteSaya pernah jumpa satu kaktus ni, dia punya duri atau bulu, sudah serupa cobweb yang menyelubungi batang kaktus. Rasanya, Mulan ada kaktus ni di atas. Gambar kedua selepas termometer. Sangat cantik!
Banyak betul koleksi kaktus Akk ye... Seronok tengok
ReplyDeleteCantik2 pokok kaktus akk....
ReplyDeleteTak pernah tengok kaktus berbagai rupa
Kalau saya makan laksa (kat rumah/rumah orang yg saya kenal)...saya tak akan kacau kuah tu..saya akan kaup direct terus ke laksa..balik-balik kan 2 kali jer..lps tu makan...uishhhh..surrrrr bak kata org utara..
ReplyDeletemacam-macam bentuk
ReplyDeletemacam-macam saiz kaktus nya ;-)
dalam banyak2 ni ada yg boleh keluarkan bunga?
ReplyDeleteSA suka cactus..byknya koleksi akak....besttttt
ReplyDeleteTerapi pagi.
ReplyDeleteDok kerjakan pokok-pokok ni pun boleh keluarkan peluh.