Tuesday, October 14, 2025

SPRING CLEANING, DECLUTTERING & RECYCLE DAY

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Ahad baru ni, kelmarin. Breakfast. Dating dengan anak soleh. Hubby ke Pulau Tioman hari Jumaat dengan geng sekolah. Selagi pulau tak tutup, selagi tu asal ada panggilan pulau, zaasss je dia. Kalau tak ke hutan, ke lautan. Legam dah kulit, hhmm. 

Berdua dengan anak soleh ke ROTI BAKAR BESERAH pukul 7am. Kalau lambat nanti ramai. Lama tak ke sini. Semestinya order Kacang Pool dan Roti Titab. Memang sedap Alhamdulillah. Siap makan balik rumah dulu.


Jiran2 ramai berkhidmat di IIUM Kuantan share program ni di group Whatsapp. Dah siap2 kumpul beberapa hari. Tshirt hubby pun. Kalau dia marah pun biarkan. Dah ready telinga ni haha. Kumpul asing2 dalam bag yang tak guna lagi. Dalam plastik pun boleh. Scan awal untuk panduan. Letak dalam bonet kereta. Drive thru je. Diorang buka bonet kereta dan ambil barang. 


Bila dikira hingga kini, kami pindah rumah @ randah sebanyak 15 kali. Tuntutan kerja suami. Penat tak terkira. Paling sekejap pindah menyewa di Cyberjaya cuma setahun, balik semula ke Kerteh. Tiap kali pindah, banyak spring clean barang, bagi orang kalau masih elok. Inspired bila terjumpa IG Marie Kondo. Tenang mata. 


Bila makin berumur, barang yang kurang digunakan jadi menyakitkan mata, tapi masih ada rasa sayang. Kita beli, betul tak. Barang yang tak diguna, ada yang kata nanti disoal, entah betul atau tak. Namun jiwa makin tak tenang dengan barang yang tak diguna. Sejak last year, cekalkan hati, memang paksa diri, give away barang letrik, perabut, carpet dll yang tak guna. Alhamdulillah semua masih elok. 


Antara cabarannya, hubby dengan hobinya yang banyak. Gaduh mulut tu biasa haha. Menyelam, camping, hiking, menembak (nasib belum dapat lesen senapang), berbasikal (kami ada 5 basikal). Alhamdulillah rumah di Putrajaya sangat2 basic barang di dalamnya. Dah warning hubby, tak mau banyak barang. Rumah d Kuantan ni pun Alhamdulillah dah semakin kurang perabut dll. Memang struggle nak let go. Anak2 pun tak nak. Apa pun akan tanya anak2 dulu, mana tau ada sentimental value. Hehe tapi barang dapur ni, hhmmmm kita kenyit2 mata dulu. Sayannnggggg. Dapur ni kan, my office forever. 

Rabu panggil cleaner. 2 orang, RM60/jam. Ok dan reasonable. Khamis tergolek penat, sambung sikit2. Jumaat panggil lagi cleaner. Tolong transfer barang anak2, diorang tukar bilik. Anak solehah bagi abangnya bilik dia yang lagi besar. Dia belajar di Selangor, abangnya duduk rumah. Alhamdulillah. Sabtu tergolek kepenatan. Hubby tak ada, memang relax lah. Anak soleh kerja half day. Hubby tak ada, masak seadanya. Anak soleh sangat understanding.

Ahad sambung kemas stor. Ya ampun tools hubby macam kedai mini hardware. Susun je lah supaya senang cari. Semalam Isnin, kemas lagi bawah sinki sebab nak cari lubang immigration lipas keluar masuk. Rasa nya dah jumpa. Hubby balik kerja, terus mohon bantuan, tutupkan. 


Semalam jugak, spring clean fridge, jumpa mixed fruit ni. Dah expired tapi rasa masih ok hehe. Gugel resepi yang senang2. Kena gaul dengan tepung dulu, ambil 2 sudu besar tepung dari resepi. Gaul tepung supaya mixed fruit ni tak mendap.


Lama tak guna kukus lama dari Vietnam ni.


4 jam dikukus. Aiihhhh ini lah cabaran buat kek kukus. Lama sangat.


Alhamdulillah elok naik sekata.


Paling penting, mixed fruit ni tak mendap ke bawah. Alhamdulillah. Kek ni agak kering dan tawar sikit tapi just nice manisnya. Almaklum, derhaka resepi atas sebab bahan yang tiada. Tepung gandum tiada, guna tepung naik sendiri. Kurang kan tepung, sebab tambah serbuk koko. Suka kek buah ada serbuk koko. Resepi kata gula 2 1/2 cawan tapi guna 1 cawan saja. Tak nak manis sebab mixed fruit kan manis. Mixed fruit tu pulak sepatutnya 300gm tapi guna 500gm sebab ada sepeket 500gm, nak habiskan jugak. Kukus 4 jam saja, patut 6 jam. Dah tak tahan nak tunggu lagi lama.

Sebenarnya ini resepi KEK HATI PARI. Klik lah kalau nak tengok resepi asal.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

36 comments:

  1. Memang lapang jiwa dan minda bila declutter ni. Semua rasa ringan; hati, jiwa, minda semua lah.
    Sy pun kalau husband outstation masak & makan seadanya je.
    Menjadilah kek kukus Akk tu 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang tenang lapang mata lepas declutter barang2 ni. Hehe kan, sama kita masak seadanya. Alhamdulillah elok kek tu walaupun agak kering.

      Delete
  2. Saya baru decluttering toys budak2...daripada 5 kotak jadi tinggal 3...tu pun sakit mata lagi...sedapnya kek buah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila diorang dah tak guna atau main memang sakit je mata kalau disimpan. Alhamdulillah sedap walaupun kering.

      Delete
  3. Ya Allah, dalam pada dia buat spring cleaning, declutter semua tu, boleh siap pulak kek sebiji, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe spring clean fridge jumpa mixed fruit dah expired, kena lah buat.

      Delete
  4. memang best dan rasa sgt lega bila dpt buat spring cleaning!

    ReplyDelete
  5. SA minggu ni nak buat decluttering gak la...nak kemas dapur dan nak kema stor PZ...ntah apa yang disimpan x tau la....rimas dah...sedapnya kek buah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh selamat men-decluttering. Alhamdulillah sedap walaupun kering hehe.

      Delete
  6. kak ana pun sekarang kerap decluttering rumah, nak nampak lapang dan mudah nak capai bila perlu, nampak seap sangat kek Mulan tu, Masyaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan Kak Ana lepas decluttering rasa lapang semua. Alhamdulillah elok kek tu walaupun kering hehe.

      Delete
  7. Mixed fruit kalau taknak mendap kena gaul dengan tepung dulu baru masuk dalam adunan. Menjadi la tu.

    ReplyDelete
  8. sedapnya mix fruit.....bagusnya siap mengemas, lega bila dah selesai mengemas tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap. Betul lepas mengemas memang rasa lega.

      Delete
  9. 15 kali berpindah randah? Ya Allah dengar pun letihhh. Tapi yg bab barang akan dihisab tu, ada betulnya jugak. Saya pin jenis suka simpan barang2 tak berguna ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mazni, 14-15 camtu lah. Alhamdulillah sekarang ni rasa tak pindah lagi. Hehe siapa tak sayang barang yang dibeli kan. Ada je disimpan lagi walaupun tak guna tapi tak boleh banyak lah.

      Delete
  10. Wahhh rajin Mulan masak kek kukus tu ya....nampak cantik kejadiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mixed fruit tu nak kena guna sebab dah lama beli nya. Alhamdulillah elok walaupun kering,

      Delete
  11. I love ❤️ to clean and organize. Decluttering gives me a happy 😊 feeling...and a sense of peace. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 🇨🇦

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here, sense of peace after decluttering. Thanks for visiting my blog.

      Delete
  12. bab nk spring cleaning tu jenuh juga kan..kdg ada yg nk buang syg..tp bila simpan semak plak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang kena cekal sebab asyik rasa sayang.

      Delete
  13. Spring cleaning ni uncle punya hobi... hehehe

    ReplyDelete
  14. Bila dah kreatif, memang untung lah. Macam-macam menu boleh jadi.

    ReplyDelete
  15. Saya suka Marie Condo. Kalau tengok siri dia kat Netflix, seminggu boleh terjangkit, satu rumah saya mengemas. Tapi bila duduk rumah peninggalan orang tua, tak dapat nak buang semua benda. Ada adik-beradik kurang suka, nak simpan benda lama-lama, padahal bukan pakai pun. Saya terus ada perasaan macam kerja tak siap. Saya tak sabar nak tunggu suami pencen, duduk rumah sendiri. Nak betul-betul minimalist. 😊
    Camana Mulan boleh buat kek dan tetap jadi. Saya kalau adjust bahan, tak ikut sukatan betul, mesti tak jadi kek, jadi bengkang atau something else. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok tengok Marie Kondo kan, tak apa Nur, Insyaa Allah dapat duduk sendiri nanti. Duduk rumah sewa pun sama tak dapat nak kemas hias macam kita nak. Bahan kek tu nak adjust atau derhaka tak boleh banyak sangat. Sikit2 yang agak masuk akal, boleh la try haha.

      Delete
  16. Kita sama kak. Dalam 10 tahun asyik pindah randah je. Pening bila nak pindah bila ada byk barang. So saya belajar jadi minimalis & setiap tahun mesti ada aktiviti decluttering dekat rumah ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Carneyz, tahun akhir di Vietnam baru beli cabinet. Sebab kalau balik Malaysia ada pilihan nak follow hubby transfer negeri lain atau tak 😂😂, kononnya lah tapi pindah randah jugak.

      Delete
  17. x pe derhaka resepi janji menjadiiiiiii ;-)

    ReplyDelete
  18. last week, mama sy dtg ke rumah mak cik... apa lagi dia pun spring cleaning habis rumah tu... hehehe...dia mmg jenis pantang tgk bersepah... tak terkata mak cik sy dibuatnya...

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com