Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Ahad baru ni, kelmarin. Breakfast. Dating dengan anak soleh. Hubby ke Pulau Tioman hari Jumaat dengan geng sekolah. Selagi pulau tak tutup, selagi tu asal ada panggilan pulau, zaasss je dia. Kalau tak ke hutan, ke lautan. Legam dah kulit, hhmm.
Berdua dengan anak soleh ke ROTI BAKAR BESERAH pukul 7am. Kalau lambat nanti ramai. Lama tak ke sini. Semestinya order Kacang Pool dan Roti Titab. Memang sedap Alhamdulillah. Siap makan balik rumah dulu.
Jiran2 ramai berkhidmat di IIUM Kuantan share program ni di group Whatsapp. Dah siap2 kumpul beberapa hari. Tshirt hubby pun. Kalau dia marah pun biarkan. Dah ready telinga ni haha. Kumpul asing2 dalam bag yang tak guna lagi. Dalam plastik pun boleh. Scan awal untuk panduan. Letak dalam bonet kereta. Drive thru je. Diorang buka bonet kereta dan ambil barang.
Bila dikira hingga kini, kami pindah rumah @ randah sebanyak 15 kali. Tuntutan kerja suami. Penat tak terkira. Paling sekejap pindah menyewa di Cyberjaya cuma setahun, balik semula ke Kerteh. Tiap kali pindah, banyak spring clean barang, bagi orang kalau masih elok. Inspired bila terjumpa IG Marie Kondo. Tenang mata.
Bila makin berumur, barang yang kurang digunakan jadi menyakitkan mata, tapi masih ada rasa sayang. Kita beli, betul tak. Barang yang tak diguna, ada yang kata nanti disoal, entah betul atau tak. Namun jiwa makin tak tenang dengan barang yang tak diguna. Sejak last year, cekalkan hati, memang paksa diri, give away barang letrik, perabut, carpet dll yang tak guna. Alhamdulillah semua masih elok.
Antara cabarannya, hubby dengan hobinya yang banyak. Gaduh mulut tu biasa haha. Menyelam, camping, hiking, menembak (nasib belum dapat lesen senapang), berbasikal (kami ada 5 basikal). Alhamdulillah rumah di Putrajaya sangat2 basic barang di dalamnya. Dah warning hubby, tak mau banyak barang. Rumah d Kuantan ni pun Alhamdulillah dah semakin kurang perabut dll. Memang struggle nak let go. Anak2 pun tak nak. Apa pun akan tanya anak2 dulu, mana tau ada sentimental value. Hehe tapi barang dapur ni, hhmmmm kita kenyit2 mata dulu. Sayannnggggg. Dapur ni kan, my office forever.
Rabu panggil cleaner. 2 orang, RM60/jam. Ok dan reasonable. Khamis tergolek penat, sambung sikit2. Jumaat panggil lagi cleaner. Tolong transfer barang anak2, diorang tukar bilik. Anak solehah bagi abangnya bilik dia yang lagi besar. Dia belajar di Selangor, abangnya duduk rumah. Alhamdulillah. Sabtu tergolek kepenatan. Hubby tak ada, memang relax lah. Anak soleh kerja half day. Hubby tak ada, masak seadanya. Anak soleh sangat understanding.
Ahad sambung kemas stor. Ya ampun tools hubby macam kedai mini hardware. Susun je lah supaya senang cari. Semalam Isnin, kemas lagi bawah sinki sebab nak cari lubang immigration lipas keluar masuk. Rasa nya dah jumpa. Hubby balik kerja, terus mohon bantuan, tutupkan.
Semalam jugak, spring clean fridge, jumpa mixed fruit ni. Dah hampir expired tapi rasa masih ok hehe. Gugel resepi yang senang2. Kena gaul dengan tepung dulu, ambil 2 sudu besar tepung dari resepi. Gaul tepung supaya mixed fruit ni tak mendap.
Lama tak guna kukus lama dari Vietnam ni.
4 jam dikukus. Aiihhhh ini lah cabaran buat kek kukus. Lama sangat.
Alhamdulillah elok naik sekata.
Paling penting, mixed fruit ni tak mendap ke bawah. Alhamdulillah. Kek ni agak kering dan tawar sikit tapi just nice manisnya. Almaklum, derhaka resepi atas sebab bahan yang tiada. Tepung gandum tiada, guna tepung naik sendiri. Kurang kan tepung, sebab tambah serbuk koko. Suka kek buah ada serbuk koko. Resepi kata gula 2 1/2 cawan tapi guna 1 cawan saja. Tak nak manis sebab mixed fruit kan manis. Mixed fruit tu pulak guna 300gm tapi guna 500gm sebab nak habiskan jugak. Kukus 4 jam. Dah tak tahan nak tunggu lagi lama.
Sebenarnya ini resepi KEK HATI PARI. Klik lah kalau nak tengok resepi asal.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.
Memang lapang jiwa dan minda bila declutter ni. Semua rasa ringan; hati, jiwa, minda semua lah.
ReplyDeleteSy pun kalau husband outstation masak & makan seadanya je.
Menjadilah kek kukus Akk tu 😋
Saya baru decluttering toys budak2...daripada 5 kotak jadi tinggal 3...tu pun sakit mata lagi...sedapnya kek buah...
ReplyDeleteYa Allah, dalam pada dia buat spring cleaning, declutter semua tu, boleh siap pulak kek sebiji, hihi.
ReplyDeletememang best dan rasa sgt lega bila dpt buat spring cleaning!
ReplyDeleteSA minggu ni nak buat decluttering gak la...nak kemas dapur dan nak kema stor PZ...ntah apa yang disimpan x tau la....rimas dah...sedapnya kek buah tu..
ReplyDeletekak ana pun sekarang kerap decluttering rumah, nak nampak lapang dan mudah nak capai bila perlu, nampak seap sangat kek Mulan tu, Masyaa Allah
ReplyDeleteMixed fruit kalau taknak mendap kena gaul dengan tepung dulu baru masuk dalam adunan. Menjadi la tu.
ReplyDelete