Wednesday, October 01, 2025

DAY 7 : MEIJI JINGU, MANEKI-NEKO, DON DONKI - TOKYO

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, moga sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.

Sambung kisah trip Jepun, kalau pause takut mood ke laut. Nak habiskan asap. Terima kasih semua yang selalu singgah baca, komen atau tak komen, thanks tau. 


Di Tokyo, hampir tiap hari kami keluar sebelum 7am. Hari cepat terang sebab musim panas. 


MEIJI JINGU


Lengang pagi2 kurang sangat kelibat pengunjung.


Tong-tong sake ini dipamerkan sebagai hiasan dan diletakkan di pintu masuk kuil sebagai penghormatan dan dipersembahkan kepada banyak dewa dan roh Maharaja Meiji yang telah mati [1] dan isterinya Maharani Shoken yang telah meninggal dunia, yang diabadikan di Kuil Meiji Jingu. Tong itu disumbangkan ke kuil Shinto ini oleh pembuat sake Jepun untuk digunakan untuk upacara dan perayaan. Walaupun kosong daripada sake, tong penuh dengan kepentingan rohani, simbol kuat yang menyatukan pembuat bir dengan tuhan mereka.
(Sumber : www.rubensdelacorte.com)


Meiji Jingu ialah kuil Shinto yang tenang yang didedikasikan untuk roh dewa Maharaja Meiji dan Empress Shoken, yang terletak di kawasan hutan yang luas berhampiran Stesen Harajuku bersebelahan dengan Taman Yoyogi, mewujudkan sebuah oasis berhutan besar di tengah-tengah bandar Tokyo. 

 Ia telah siap pada tahun 1920, kemudian dibina semula selepas Perang Dunia II, dan terkenal dengan pintu gerbang torii yang besar, suasana tenang, dan hutan di sekelilingnya. Kuil utama dibina daripada kayu cypress dan tembaga, menampilkan reka bentuk ringkas dan elegan yang menekankan keindahan semula jadi, dikelilingi oleh hutan seluas 170 ekar, dicipta pada tahun 1920 dengan lebih 100,000 pokok didermakan dari seluruh Jepun. 
Pengunjung boleh meneroka kuil utama, Muzium Meiji Jingu yang bersebelahan, Taman Dalam, dan mengambil bahagian dalam amalan tradisional seperti menulis hajat pada tablet kayu emas. 

Sumber : AI




Cantik design dan binaan nya.


Masih lengang dan litlit sudah.


Suka tengok bahan binaan di station ni. 


Ke SETAGAYA. Anak solehah nak tengok kucing.



Kuil Gotokuji, yang terletak di wad Setagaya di Tokyo, ialah kuil Buddha yang dikatakan sebagai tempat kelahiran maneki-neko, atau "patung kucing yang mengundang tuah."

Patung-patung kecil ini, yang menggambarkan kucing sedang duduk dan memberi isyarat dengan kaki hadapannya, telah menjadi agak popular di seluruh dunia dengan pencinta kucing.

Walaupun terdapat pelbagai jenis maneki-neko yang mengangkat sama ada kaki kanan atau kiri, Kuil Gotokuji pakar dalam versi kaki kanan simbol nasib baik ini.

Menurut legenda kuil , pada awal abad ke-17, Ii Naotaka, penguasa kedua Domain Omi- Hikone, telah terperangkap dalam ribut petir secara tiba-tiba. Seekor kucing yang tinggal di kuil menjemputnya masuk, menyediakan perlindungan daripada ribut.

Sebagai rasa terima kasih kepada kucing itu, Naotaka mendedikasikan kuil itu kepada klan Ii. Selepas kematian Naotaka, kuil itu dinamakan semula sebagai Gotokuji, berasal daripada nama Buddha anumerta beliau, "Kyushoin-den Gotokuten ei-daikoji."

Sumber : livejapan.com




Suka betul dengan lanscape sekeliling.




Foto ni hubby yang snap. Tak masuk area kucing sebab duduk menikmati suasana di luar. 


Sempat snap foto ni, ruang luar sebuah rumah, dalam perjalanan ke train station.


Anak solehah dengan buku stamp nya.


SHIBUYA DONKI. Antara terbesar dk Jepun.




Antara nya lah. Hubby dan anak solehah naik jalan2 di dalam. Mummy tunggu di bawah saja. Tiada yang dicari di atas. Tunggu di area entrance sebab ada aircond. 


Mummy grab beberapa dari rak ni saja. 


Lapar. Alhamdulillah ada yang halal nearby. Kebab dia sedap.


LABI ni macam tak popular sangat kot tapi barang2 ada yang murah dari Don Donki dan farmasi.


LOFT. Anak solehah dah plan nak tengok stationeries. Tak sure dia beli ke tak sebab dia tengok2 dengan daddy nya. Mummy cuci mata je. Tak ada plan nak membeli pun trip ni.


SHIBUYA CROSSING lagi.


Locker di kebanyakan train station. Besar pun ada. Travel di Jepun kena pegang banyak coins juga sebab locker, vending machine, parking dll kena guna coin.


Anak solehah mengecop buku stamp nya lagi. Balik homestay. Rest kejap dan solat. 


OTSUKAEKIMAE STATION
Best duduk area OTSUKA ni sebab dekat tram station jugak. 


Best dapat rasa naik tram. 


Kami ke SERIA. Last year, Seria dekat hotel di Osaka. Kedai 100 yen. Macam 2eco.


Cantik tapi macam abandoned. Imagine berapa lama pokok tu tumbuh melata pada bangunan.


Balik homestay naik tram. 3 station saja rasanya.


Kutipan steps hari tu. Tidur malam satu rumah bau minyak angin. Sapu minyak dari pinggang ke tapak kaki. Penangan travel di Jepun. Normal lah.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

40 comments:

  1. Banyaknya langkah...SA x mampu la nak jejak langkah macam tu punyer banyak..hehehhe...SA suka landskap kat Jepun...kemas cantik dan menarik perhatian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak sedar pun belas ribu langkah tu, seret je kaki ni.

      Delete
  2. Kalau ke jepun mmg kena byk jalan kaki kan, ikut budaya diorang jugak... bestnya dpt berjalan kaki ke mana² x perlu nk risau x exercise... cantik² la tmpt di jepun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke Jepun memang belas ribu lah steps nya. Memang banyak tempat cantik di sana. Malaysia pun sama kan.

      Delete
  3. Terpesona betul dengan suasana di sana. Pandai betul mereka buat dan jaga landskap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bab lanskap, Jepun memang top.

      Delete
  4. Bestnya pagi-pagi dah jalan tengok permandangan luar. Jalan-jalan dan explore lagi. Macam ni lah baru seronok kan.
    Menarik pulak tengok tong-tong sake disusun begitu. Nampak seni disitu. Bukan sekadar hiasan tapi melibatkan kerohanian juga ye. Bersih je tengok sekintar Meiji Jingu ni. Sedap mata memandang. Design pun cantik. Dorang ni kalau senibina kayu ni cukup kukuh dan ada tekniknya tanpa menggunakan paku. Mostly kaedah tanggam.
    Neko wa kawaii!
    Puas ye berjalan-jalan dan berulang alik ke Shibuya crossing ni. Seram juga tengok pokok menjalar di serata luar bangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena keluar pagi2 sebab faktor cuaca musim panas di sana hehe. Jugak belum ramai orang. Diorang memang berseni sangat kan. Hutan, taman, kuil cantik senibina dan dijaga rapi. Shibuya ni sebab station nya connect dengan banyak station lain, maka selalu lah kami lalu crossing ni hehe

      Delete
  5. Kalau melancong ke Jepun ni lebih indah ke kawasan pedalaman dari bandar-bandar utama kan Mulan, mudah-mudahan ada rezeki kak ana satu hari nanti sampai ke bumi Doraemon nih.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pendalaman lagi cantik. Insyaa Allah Kak Ana sampai sana nanti

      Delete
  6. Bagus ni awal pagi dah start berjalan.
    Ooh..ada tram. Comelnya tram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi2 sejuk sikit dan orang belum ramai. Comel kan tramnya.

      Delete
  7. Tiap ke jepang saya selalu foto di depan Tori . Cantik2 dan megah kan Tori mereka. 😍😍. Kebayang jalan kaki di sana bisa Samapi 16k pasti letih tapi happy kak 😍😍. Susah tahuuuu nak dapat segitu kalo di hometown sendiri hahahahaha.

    Taman di kuilnya baguuuuuus sangat. Banyak tanaman hijau. Bonsai nya cantiiiiik 😍.

    Senang hati kalau ketemu halal foods. Tenang makan.

    Yg rumah ditutupi daun2 , saya bayangkan unik ya. Butuh berapa lama kan. Tapi terkadang terpikir juga, rusak tak dinding rumah dibuat tanaman ini? Takut jadi rapuh 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tori mereka memang cantik dan unik design nya. Kawasan juga cantik dan dijaga rapi dengan pokok2. Ketika jalan2 tak rasa penat, juga tak tau sudah belas ribu steps. Bangunan dengan daun2 itu, mungkin sudah agak lama kan.

      Delete
  8. bestnya travel ke tokyo..setiap kali baca entry mulan, hati MZ meronta2 nak repeat tokyo..tp tu laaa kena ikut list wishlist...next trip is 2027 right after my ariff abih spm, weolls plan nak repeat cuti2 UK

    ReplyDelete
  9. Wahhh bestnya Jepun, kita baru plan nak pi next year insyaAllah..doakan ya..

    ReplyDelete
  10. Kalau pergi negara org, saya suka tengok tempat2 yg bersejarah dan Jepun ni salah satu tempat yang kaya dengan sejarah dari segi binaan bangunan dan tempat2 macam kuil dan istana lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan, suka tengok senibina dan landscape di tempat orang sebab tak sama tempat kita.

      Delete
  11. Cantik pula tong-tong sake warna warni yang tersusun tu. Cantik dan bersih semua tempat yang dikongsikan di dalam post ini. Jepun dan heritage berpisah tiada. Bagus kerajaan dan rakyat deme preserve historical building apa semua. Malaysia perlu belajar lebih sikit bab-bab ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan disusun sebegitu. Betul KSarie, Malaysia kena belajar preserve bangunan dan kawasan bersejarah. Memang cantik bersih kat sana.

      Delete
  12. Replies
    1. Betul, rasa nak repeat lagi trip ke Jepun ni. Insyaa Allah

      Delete
  13. comelnya patung kucing bersusun banyak2 tu. macam kat kedai cina, patung kucing yg melambai2 camni dianggap bawa ong

    ReplyDelete
  14. sy mmg suka dgn tram2 kat jepun ni
    uniknya lain macam😁

    ReplyDelete
  15. Don Quijote kat sini lagi bahaya dr caw kat bukit bintang tu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don Quijote kat sana memang lah, banyak pilihan lagi.

      Delete
  16. Tempat dia orang, masih banyak pokok-pokok, ya, walaupun tengah bandar. Cantik landskap. Tram biru tu cantik dan comel. Banyak betul total steps Mulan. 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun ni preserve pokok, bangunan selagi boleh, tu sebab cantik dan unik. Memang comel tram tu. Belas ribu steps tu Nur.

      Delete
  17. Locker di kebanyakan train station. Besar pun ada. Travel di Jepun kena pegang banyak coins juga sebab locker, vending machine, parking dll kena guna coin.
    soalan: apakah boleh guna coin yg sama? or setiap port tu guna lain-lain coin?
    Jepun ni suka dgn benda recycle, kreatif dan kehijauan. nampak sejuk jaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang kalau bawa beg besar dan belum boleh check in. Boleh simpan dulu beg di locker di station pilihan kita. Coins tu coin duit Jepun jadinya boleh guna mana2 pun.

      Delete
  18. Buku stamp tu sebagai tanda dah pergi ya?. Oh ada ya disediakan tempat stamp tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak solehah ni tak sure bila dia start mengecop. Buku stamp tu tak kisah pun buku apa2. Macam note book biasa pun boleh tapi memang ada stamp book khas dijual. Cop stamp dalam buku, stamp yang menunjukkan station atau sesuatu tempat tu.

      Delete
  19. Kalau pergi secara DIY boleh juga dapatkan stamp tu kan.. ada tengok TT ritu, matsaleh kumpul stamp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat cop stamp ni banyak di train station dan tourist attractions.

      Delete
  20. Waalaikumussalam.
    Banyaknya kalori terbakar! Memang tambah sihat ni.
    Menarik pula cerita kucing dengan Naotaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah. Doa utk Kak Amie juga moga sentiasa sihat dan ceria.

      Delete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com