Wednesday, October 01, 2025

DAY 7 : MEIJI JINGU, MANEKI-NEKO, DON DONKI - TOKYO

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, moga sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.

Sambung kisah trip Jepun, kalau pause takut mood ke laut. Nak habiskan asap. Terima kasih semua yang selalu singgah baca, komen atau tak komen, thanks tau. 


Di Tokyo, hampir tiap hari kami keluar sebelum 7am. Hari cepat terang sebab musim panas. 


MEIJI JINGU


Lengang pagi2 kurang sangat kelibat pengunjung.


Tong-tong sake ini dipamerkan sebagai hiasan dan diletakkan di pintu masuk kuil sebagai penghormatan dan dipersembahkan kepada banyak dewa dan roh Maharaja Meiji yang telah mati [1] dan isterinya Maharani Shoken yang telah meninggal dunia, yang diabadikan di Kuil Meiji Jingu. Tong itu disumbangkan ke kuil Shinto ini oleh pembuat sake Jepun untuk digunakan untuk upacara dan perayaan. Walaupun kosong daripada sake, tong penuh dengan kepentingan rohani, simbol kuat yang menyatukan pembuat bir dengan tuhan mereka.
(Sumber : www.rubensdelacorte.com)


Meiji Jingu ialah kuil Shinto yang tenang yang didedikasikan untuk roh dewa Maharaja Meiji dan Empress Shoken, yang terletak di kawasan hutan yang luas berhampiran Stesen Harajuku bersebelahan dengan Taman Yoyogi, mewujudkan sebuah oasis berhutan besar di tengah-tengah bandar Tokyo. 

 Ia telah siap pada tahun 1920, kemudian dibina semula selepas Perang Dunia II, dan terkenal dengan pintu gerbang torii yang besar, suasana tenang, dan hutan di sekelilingnya. Kuil utama dibina daripada kayu cypress dan tembaga, menampilkan reka bentuk ringkas dan elegan yang menekankan keindahan semula jadi, dikelilingi oleh hutan seluas 170 ekar, dicipta pada tahun 1920 dengan lebih 100,000 pokok didermakan dari seluruh Jepun. 
Pengunjung boleh meneroka kuil utama, Muzium Meiji Jingu yang bersebelahan, Taman Dalam, dan mengambil bahagian dalam amalan tradisional seperti menulis hajat pada tablet kayu emas. 

Sumber : AI




Cantik design dan binaan nya.


Masih lengang dan litlit sudah.


Suka tengok bahan binaan di station ni. 


Ke SETAGAYA. Anak solehah nak tengok kucing.



Kuil Gotokuji, yang terletak di wad Setagaya di Tokyo, ialah kuil Buddha yang dikatakan sebagai tempat kelahiran maneki-neko, atau "patung kucing yang mengundang tuah."

Patung-patung kecil ini, yang menggambarkan kucing sedang duduk dan memberi isyarat dengan kaki hadapannya, telah menjadi agak popular di seluruh dunia dengan pencinta kucing.

Walaupun terdapat pelbagai jenis maneki-neko yang mengangkat sama ada kaki kanan atau kiri, Kuil Gotokuji pakar dalam versi kaki kanan simbol nasib baik ini.

Menurut legenda kuil , pada awal abad ke-17, Ii Naotaka, penguasa kedua Domain Omi- Hikone, telah terperangkap dalam ribut petir secara tiba-tiba. Seekor kucing yang tinggal di kuil menjemputnya masuk, menyediakan perlindungan daripada ribut.

Sebagai rasa terima kasih kepada kucing itu, Naotaka mendedikasikan kuil itu kepada klan Ii. Selepas kematian Naotaka, kuil itu dinamakan semula sebagai Gotokuji, berasal daripada nama Buddha anumerta beliau, "Kyushoin-den Gotokuten ei-daikoji."

Sumber : livejapan.com




Suka betul dengan lanscape sekeliling.




Foto ni hubby yang snap. Tak masuk area kucing sebab duduk menikmati suasana di luar. 


Sempat snap foto ni, ruang luar sebuah rumah, dalam perjalanan ke train station.


Anak solehah dengan buku stamp nya.


SHIBUYA DONKI. Antara terbesar dk Jepun.




Antara nya lah. Hubby dan anak solehah naik jalan2 di dalam. Mummy tunggu di bawah saja. Tiada yang dicari di atas. Tunggu di area entrance sebab ada aircond. 


Mummy grab beberapa dari rak ni saja. 


Lapar. Alhamdulillah ada yang halal nearby. Kebab dia sedap.


LABI ni macam tak popular sangat kot tapi barang2 ada yang murah dari Don Donki dan farmasi.


LOFT. Anak solehah dah plan nak tengok stationeries. Tak sure dia beli ke tak sebab dia tengok2 dengan daddy nya. Mummy cuci mata je. Tak ada plan nak membeli pun trip ni.


SHIBUYA CROSSING lagi.


Locker di kebanyakan train station. Besar pun ada. Travel di Jepun kena pegang banyak coins juga sebab locker, vending machine, parking dll kena guna coin.


Anak solehah mengecop buku stamp nya lagi. Balik homestay. Rest kejap dan solat. 


OTSUKAEKIMAE STATION
Best duduk area OTSUKA ni sebab dekat tram station jugak. 


Best dapat rasa naik tram. 


Kami ke SERIA. Last year, Seria dekat hotel di Osaka. Kedai 100 yen. Macam 2eco.


Cantik tapi macam abandoned. Imagine berapa lama pokok tu tumbuh melata pada bangunan.


Balik homestay naik tram. 3 station saja rasanya.


Kutipan steps hari tu. Tidur malam satu rumah bau minyak angin. Sapu minyak dari pinggang ke tapak kaki. Penangan travel di Jepun. Normal lah.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

4 comments:

  1. Banyaknya langkah...SA x mampu la nak jejak langkah macam tu punyer banyak..hehehhe...SA suka landskap kat Jepun...kemas cantik dan menarik perhatian....

    ReplyDelete
  2. Kalau ke jepun mmg kena byk jalan kaki kan, ikut budaya diorang jugak... bestnya dpt berjalan kaki ke mana² x perlu nk risau x exercise... cantik² la tmpt di jepun ni

    ReplyDelete
  3. Terpesona betul dengan suasana di sana. Pandai betul mereka buat dan jaga landskap.

    ReplyDelete
  4. Bestnya pagi-pagi dah jalan tengok permandangan luar. Jalan-jalan dan explore lagi. Macam ni lah baru seronok kan.
    Menarik pulak tengok tong-tong sake disusun begitu. Nampak seni disitu. Bukan sekadar hiasan tapi melibatkan kerohanian juga ye. Bersih je tengok sekintar Meiji Jingu ni. Sedap mata memandang. Design pun cantik. Dorang ni kalau senibina kayu ni cukup kukuh dan ada tekniknya tanpa menggunakan paku. Mostly kaedah tanggam.
    Neko wa kawaii!
    Puas ye berjalan-jalan dan berulang alik ke Shibuya crossing ni. Seram juga tengok pokok menjalar di serata luar bangunan.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com