Monday, September 29, 2025

DAY 6 : TOKYO - KAMAKURA, JAPAN

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.

Day 6. Anak solehah (edited, thanks Fiza) nak jugak ke Kamakura. Nak tengok train hijau Slam Dunk. Walaupun agak mendung, Alhamdulillah smooth dan cantik semuanya.


Dari Otsuka Station kami ke Tokyo Station. 


Kami naik train untuk ke Fujisawa Station.


Sampai di Fujisawa Station, kami jalan sikit untuk menaiki train ke Kamakura. Masih dalam station yang sama.  Guna Google Maps, semua ada step by step. Nanti saya cuba share.


Kami naik train hijau tu untuk ke Kamakurakokomae Station. Antik train nya, kipas pun jenis lama yang pusing. Train pun tak laju, agak rapat dengan pagar dan rumah orang.


Seawal pagi memang dalam train penuh dengan pelajar sekolah. Lambat juga waktu persekolahannya.


Kamakurakokomae Station


Station ni cuma sebegini, menghadap ke laut.


Ada juga train warna purple. Beroperasi dari Kamakurakokomae ke station lain di Kamakura, rasanya.


Riang ria anak solehah ni sampai di Kamakura.


"Slam Dunk" dalam Kamakura merujuk kepada tapak ziarah yang popular untuk peminat anime bola keranjang, berpusat di sekitar Stesen Kamakurakōkōmae dan persimpangan kereta api berdekatan, yang merupakan model untuk adegan ikonik dalam tema pembukaan anime. Pengunjung sering mengambil gambar di lokasi yang indah ini di laluan Kereta Api Elektrik Enoshima (Enoden), yang berjalan di sepanjang pantai dan terkenal dengan daya tarikan retro dan pemandangan yang indah.
(Sumber : AI)


Memang ramai berfoto bila train hijau ni lalu.


Spot ini lah yang menjadi tarikan pelancung. Ada polis juga yang jaga, sebab ianya berdekatan dengan kawasan perumahan. Tidak dibenarkan berdiri lama di mana2 rumah berdekatan. 


Panjang namanya.


Brand yang famous untuk outdoor activity especially sukan air. Ramai datang untuk surfing di Kamakura ni.


Hubby tunjuk, pada jaket pekerja di Jepun ada kipas attached, jaket pada musim panas. 


Anak solehah dengan book stamp nya.


Kamakura Station - Old Station Clock Tower. 


Jalan2 heret kaki ikut hubby keliling Kamakura. Nangis dalam hati. Hehe.


Jalan lagi dan lagi. Best sebenarnya lalu di kedai2 kecil dan juga kawasan perumahan ni.


Railway track, agak rapat dengan rumah dan kedai namun, pergerakan train tak laju.


Nak juga sekeping.


Walaupun litlit tapi tak lah panas sangat.


Antara bas lama di Kamakura yang masih beroperasi. Terus kami ke Fujisawa Station untuk kembali ke Tokyo.


Kami turun di Shibuya Station.


Lapar. Lunch time. Kali ini bawa anak solehah pula rasa ramen ni.



Dah tak ingat nama menu. Lupa nak snap. Memang sedap. 


Shibuya Crossing lagi. Lintas langsung saja. 


Berfoto di hadapan nya saja.


Netflix 10th Anniversary di Media Department Tokyo.


Shibuya Parco. Anak solehah ni lah nak ke Pokemon Center. Ada Nintendo dan macam2 lagi. Mummy ikut je heret kaki ni.

Shibuya PARCO baharu ialah kompleks beli-belah ikonik di daerah Shibuya di Tokyo dan tergolong dalam rangkaian PARCO dengan nama yang sama. Shibuya PARCO yang asal telah wujud sejak 1973, tetapi dilahirkan semula pada 2019 berikutan pembaharuan selama tiga tahun.

Konsep pusat beli-belah baharu itu berdasarkan lima tema: fesyen, seni & budaya, hiburan, makanan dan teknologi. Semua aspek harus ada di setiap tingkat, supaya sekitar 190 kedai berbeza bergabung menjadi pengalaman membeli-belah yang unik.

Reka bentuk seni bina gedung serbaneka, dengan pelbagai saiz komponen dan pembinaannya, yang sebahagiannya mengingatkan tangga lingkaran, bertujuan untuk mengingatkan ketinggian dan jalan di Shibuya itu sendiri. Di samping itu, disebabkan sistem CHP yang cekap, bangunan itu dipilih sebagai projek perintis untuk pembinaan bangunan yang mampan dan menjimatkan tenaga.

(Sumber : en.japantravel.com)


To Shibuya Station, balik homestay. Hubby dah dapat kasut idaman. Half marathon katanya. Moga tercapai impiannya. Sambil jalan2, keluar masuk kedai kasut antaranya ABC MART dll. Murah dari Malaysia.


Favorite di Jepun. Guna Halal Apps. Scan saja barcode atau ingredients nya. Kalau tak Halal, akan terpapar Haram atau Syubhah.

Balik homestay rest dan solat. Hubby dan anak solehah keluar lagi. Suka sangat masuk Don Donki (Don Quijote). Malas nak ikut. Mummy golek2 dan makan. 


Cukuplah 12,000 steps untuk Day 6 ni. Semalam nya lagi banyak.


Day 5. 16,000 steps. Kaki macam dah tak terasa berpijak di bumi nyata. Hehe.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

40 comments:

  1. unik betul train hijau tu! waaaa ribu2 steps la mulan jln kaki kat tokyo yer! i masa gi sana thn 2018 tu...ada one day tu i rasa tak larat nak jln so dok bilik ajer hahah sanggup tu, ala2 rehatkan kaki..my boys kuar ronda2 shopping dgn mr hubby and my niece

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik dan viral sebab Slam Dunk tu lah. Memang belas ribu steps.

      Delete
  2. Menarik gerabak kereta api dan bas di Kamakura tu, antik!
    Yelah…dekat sungguh rel dengan rumah. Patutlah kena bergerak perlahan.

    Uishh…sedapnya wagyu ramen tu 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Train hijau tu memang viral dan famous, Slam Dunk tu lah. Wagyu Ramen tu sedap, harga pun sedap, kami order yang basic wagyu je. Takut makan daging time travel ni.

      Delete
  3. Nostalgia. Teringat pulak lagu opening anime Slam Dunk. 😂

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat jalan2 sekali dalam blog Kak Mulan tgk pemandangan dekat Jepun...

    ReplyDelete
  5. Lawanya train hijau tu. Patut orang jepun kurus-kurus yek, jumlah langkah banyak. Public transport dia pun bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa train lama. Betul lah diorang ni kurus2 sebab jalan banyak kan. Public transport sana memang efficient sangat.

      Delete
  6. Train tu unik ya dan dekat betul dengan rumah2. Cantik castle Disney tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tran lama, memang dekat sangat dengan rumah

      Delete
  7. Kawan office SA baru je tunjuk gambar train ni, dia baru balik bercuti...bestnyaaa jenjalan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai akan singgah kalau ke Tokyo

      Delete
  8. nama station kamakura tu, kalau sebut laju2 berbelit lidahnya hehe.
    kalau kat jepun ni sehari tak berjalan atas 10k tak sah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang Jepun pun kalau bercakap laju memang kita dengar berbelit kan. Ya Mazni, belas ribu.

      Delete
  9. Panjang dan susah betul nak eja nama tempat tu 😅
    Cantiknya telur kuning tu, terus nampak lazat makanan pilihan anak solehah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, panjang betul namanya. Telur kuning dengan warna nya, memang menarik rasa.

      Delete
  10. Train hijau tu selalu nampak kalau dalam cerita anime diorang

    ReplyDelete
  11. Kamakura the best place to go ....seronok terkenang2 lagi train hijau tu.

    ReplyDelete
  12. Terkejut pulak tiba ada anak soleh mengikut. Rupanya anak solehah yang nak ke Kamakura. Typo mungkin di awal cerita tu.
    Eh, lambat pulak dorang pergi sekolah ek. Biasanya dorang sekolah ni macam awal lagi. Teringat drama jepun yang naik train klasik macam ni. Dari kampung ke bandar. Comelnya ada lukisan kartun luar train tu. Bestnya menghadap laut. Dapat tengok suasana laut yang cantik.
    Seronoknya dapat jalan-jalan dan explore sekitarnya. Seret kaki je lah ikut kemana pergi kan. hihi..Banyak langkah berjalan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nak cepat type gitu lah. Thanks Fiza tegur, boleh edit. Pening orang baca nanti, anak soleh ke solehah ni hehe. Tu lah, 8 lebih masih di dalam train. Station Kamakurakokomae ni best sebab kecil dan menghadap laut. Kalau travel camtu lah, seret kaki selagi boleh.

      Delete
  13. Memang famous sangat Kamakura ini. Temen saya pun kesana hanya utk foto depan palang kereta api hijau itu 😅. Berarti memang tak jauh dari Tokyo ya kak. Bisa pulang hari balik Tokyo.

    Baguuus juga jaket pekerjanya. Nak beli lah, ada kipas hahahahha. Saya kan tak kuat panas 🤣.

    Kalo di luar negeri, saya sukaaa jalan kaki. Rasanya kemana mana jalan kaki pun tak masalah. Balik Indonesia, nak ke Indomart depan rumah pun malas 🤣.

    Saya dah download juga apk halal itu. Nanti nak coba saat traveling ke negara non muslim begini. Tahun ini saya ke Maldives December, tapi di sana mayoritas muslim kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang famous train ni Fanny. Ya betul tak jauh, kami pun cuma half day pergi dan balik. Bagus kan jaket ada kipas. Sama lah kita, bila travel gagah diri jalan kaki banyak2 tapi kalau sudah pulang, malas sangat. 😍😍😍 Apps halal ni, download ikut negara yang kita pergi, lebih mudah. Ya Maldives majority nya Muslim memang banyak halal food. Have fun di sana. Kami pergi tahun 2003 dulu.

      Delete
  14. Kenangan manis buat anak2 bila bawak dieorang berjalan2 tengok tempat org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga luas pengalaman nya.

      Delete
  15. Keretapi hijau tuh memang viral kan. Dok lalu lalang dengan FB feeds KSarie pasal Kamakura ni. Sure anak solehah happy sangat tuh kan. Ramen tuh tampak extra menggiurkan bila ditengok waktu tengahari ini😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang famous dan viral Kamakura ni. Insyaa Allah KSarie sampai sana nanti. Alhamdulillah dia enjoy sangat. Hehe masa lapar kan, memang menggiurkan.

      Delete
  16. ehh.. rasa Kamakura tu sebelum ni pun Mulan ada pergi juga kan.
    Teringat tren kaler hijau krim tu berlatarbelakangkan laut. Rasa masa tu anak solehah tak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun lepas December pergi bawa anak soleh. This trip anak solehah nak tengok jugak.

      Delete
  17. tgk je tajuk trs otak teringat Slam Dunk 😁😁

    mmg ada impian sy nk jejaki lokasi2 pemes anime / manga kat jepun 1 hari nnt..tp sy kena pegi sorg. sbb member2 lain x minat anime / manga😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Kamakura + Slam Dunk. Insyaa Allah Anies sampai nanti

      Delete
  18. halal apps mmg banyak membantu masa kat sana...

    ReplyDelete
  19. yeay, dpt tengok real "Slam Dunk". sukanyaaa saya~!!!
    thank you so much anak solehah, me'real' kan pemandangan tich@ di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last year dapat tengok sipi2 dari dalam kereta je. Thanks jugak ticha selalu singgah sini.

      Delete
  20. Hebatnya..menikmati keindahan di negara orang satu nikmat rahmat yang luar biasa..

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com