Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.
Day 6. Anak solehah (edited, thanks Fiza) nak jugak ke Kamakura. Nak tengok train hijau Slam Dunk. Walaupun agak mendung, Alhamdulillah smooth dan cantik semuanya.
Dari Otsuka Station kami ke Tokyo Station.
Kami naik train untuk ke Fujisawa Station.
Sampai di Fujisawa Station, kami jalan sikit untuk menaiki train ke Kamakura. Masih dalam station yang sama. Guna Google Maps, semua ada step by step. Nanti saya cuba share.
Kami naik train hijau tu untuk ke Kamakurakokomae Station. Antik train nya, kipas pun jenis lama yang pusing. Train pun tak laju, agak rapat dengan pagar dan rumah orang.
Seawal pagi memang dalam train penuh dengan pelajar sekolah. Lambat juga waktu persekolahannya.
Kamakurakokomae Station
Station ni cuma sebegini, menghadap ke laut.
Ada juga train warna purple. Beroperasi dari Kamakurakokomae ke station lain di Kamakura, rasanya.
Riang ria anak solehah ni sampai di Kamakura.
"Slam Dunk" dalam Kamakura merujuk kepada tapak ziarah yang popular untuk peminat anime bola keranjang, berpusat di sekitar Stesen Kamakurakōkōmae dan persimpangan kereta api berdekatan, yang merupakan model untuk adegan ikonik dalam tema pembukaan anime. Pengunjung sering mengambil gambar di lokasi yang indah ini di laluan Kereta Api Elektrik Enoshima (Enoden), yang berjalan di sepanjang pantai dan terkenal dengan daya tarikan retro dan pemandangan yang indah.
(Sumber : AI)
Memang ramai berfoto bila train hijau ni lalu.
Spot ini lah yang menjadi tarikan pelancung. Ada polis juga yang jaga, sebab ianya berdekatan dengan kawasan perumahan. Tidak dibenarkan berdiri lama di mana2 rumah berdekatan.
Panjang namanya.
Brand yang famous untuk outdoor activity especially sukan air. Ramai datang untuk surfing di Kamakura ni.
Hubby tunjuk, pada jaket pekerja di Jepun ada kipas attached, jaket pada musim panas.
Anak solehah dengan book stamp nya.
Kamakura Station - Old Station Clock Tower.
Jalan2 heret kaki ikut hubby keliling Kamakura. Nangis dalam hati. Hehe.
Jalan lagi dan lagi. Best sebenarnya lalu di kedai2 kecil dan juga kawasan perumahan ni.
Railway track, agak rapat dengan rumah dan kedai namun, pergerakan train tak laju.
Nak juga sekeping.
Walaupun litlit tapi tak lah panas sangat.
Antara bas lama di Kamakura yang masih beroperasi. Terus kami ke Fujisawa Station untuk kembali ke Tokyo.
Kami turun di Shibuya Station.
Lapar. Lunch time. Kali ini bawa anak solehah pula rasa ramen ni.
Dah tak ingat nama menu. Lupa nak snap. Memang sedap.
Shibuya Crossing lagi. Lintas langsung saja.
Berfoto di hadapan nya saja.
Netflix 10th Anniversary di Media Department Tokyo.
Shibuya Parco. Anak solehah ni lah nak ke Pokemon Center. Ada Nintendo dan macam2 lagi. Mummy ikut je heret kaki ni.
Shibuya PARCO baharu ialah kompleks beli-belah ikonik di daerah Shibuya di Tokyo dan tergolong dalam rangkaian PARCO dengan nama yang sama. Shibuya PARCO yang asal telah wujud sejak 1973, tetapi dilahirkan semula pada 2019 berikutan pembaharuan selama tiga tahun.
Konsep pusat beli-belah baharu itu berdasarkan lima tema: fesyen, seni & budaya, hiburan, makanan dan teknologi. Semua aspek harus ada di setiap tingkat, supaya sekitar 190 kedai berbeza bergabung menjadi pengalaman membeli-belah yang unik.
Reka bentuk seni bina gedung serbaneka, dengan pelbagai saiz komponen dan pembinaannya, yang sebahagiannya mengingatkan tangga lingkaran, bertujuan untuk mengingatkan ketinggian dan jalan di Shibuya itu sendiri. Di samping itu, disebabkan sistem CHP yang cekap, bangunan itu dipilih sebagai projek perintis untuk pembinaan bangunan yang mampan dan menjimatkan tenaga.
(Sumber : en.japantravel.com)
To Shibuya Station, balik homestay. Hubby dah dapat kasut idaman. Half marathon katanya. Moga tercapai impiannya. Sambil jalan2, keluar masuk kedai kasut antaranya ABC MART dll. Murah dari Malaysia.
Favorite di Jepun. Guna Halal Apps. Scan saja barcode atau ingredients nya. Kalau tak Halal, akan terpapar Haram atau Syubhah.
Balik homestay rest dan solat. Hubby dan anak solehah keluar lagi. Suka sangat masuk Don Donki (Don Quijote). Malas nak ikut. Mummy golek2 dan makan.
Cukuplah 12,000 steps untuk Day 6 ni. Semalam nya lagi banyak.
Day 5. 16,000 steps. Kaki macam dah tak terasa berpijak di bumi nyata. Hehe.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.
unik betul train hijau tu! waaaa ribu2 steps la mulan jln kaki kat tokyo yer! i masa gi sana thn 2018 tu...ada one day tu i rasa tak larat nak jln so dok bilik ajer hahah sanggup tu, ala2 rehatkan kaki..my boys kuar ronda2 shopping dgn mr hubby and my niece
ReplyDeleteMemang unik dan viral sebab Slam Dunk tu lah. Memang belas ribu steps.
DeleteMenarik gerabak kereta api dan bas di Kamakura tu, antik!
ReplyDeleteYelah…dekat sungguh rel dengan rumah. Patutlah kena bergerak perlahan.
Uishh…sedapnya wagyu ramen tu 😋
Train hijau tu memang viral dan famous, Slam Dunk tu lah. Wagyu Ramen tu sedap, harga pun sedap, kami order yang basic wagyu je. Takut makan daging time travel ni.
DeleteNostalgia. Teringat pulak lagu opening anime Slam Dunk. 😂
ReplyDeleteTu lah kan, tak sangka di Kamakura
DeleteSeronok dapat jalan2 sekali dalam blog Kak Mulan tgk pemandangan dekat Jepun...
ReplyDeleteTerima kasih tau singgah sini
DeleteLawanya train hijau tu. Patut orang jepun kurus-kurus yek, jumlah langkah banyak. Public transport dia pun bagus.
ReplyDeleteMemang lawa train lama. Betul lah diorang ni kurus2 sebab jalan banyak kan. Public transport sana memang efficient sangat.
DeleteTrain tu unik ya dan dekat betul dengan rumah2. Cantik castle Disney tu....
ReplyDeleteTran lama, memang dekat sangat dengan rumah
DeleteKawan office SA baru je tunjuk gambar train ni, dia baru balik bercuti...bestnyaaa jenjalan kat sini
ReplyDeleteMemang ramai akan singgah kalau ke Tokyo
Deletenama station kamakura tu, kalau sebut laju2 berbelit lidahnya hehe.
ReplyDeletekalau kat jepun ni sehari tak berjalan atas 10k tak sah
Diorang Jepun pun kalau bercakap laju memang kita dengar berbelit kan. Ya Mazni, belas ribu.
DeletePanjang dan susah betul nak eja nama tempat tu 😅
ReplyDeleteCantiknya telur kuning tu, terus nampak lazat makanan pilihan anak solehah tu
Kan, panjang betul namanya. Telur kuning dengan warna nya, memang menarik rasa.
DeleteTrain hijau tu selalu nampak kalau dalam cerita anime diorang
ReplyDeleteBetul kan uncle
DeleteKamakura the best place to go ....seronok terkenang2 lagi train hijau tu.
ReplyDeleteMemang best bandar ni.
DeleteTerkejut pulak tiba ada anak soleh mengikut. Rupanya anak solehah yang nak ke Kamakura. Typo mungkin di awal cerita tu.
ReplyDeleteEh, lambat pulak dorang pergi sekolah ek. Biasanya dorang sekolah ni macam awal lagi. Teringat drama jepun yang naik train klasik macam ni. Dari kampung ke bandar. Comelnya ada lukisan kartun luar train tu. Bestnya menghadap laut. Dapat tengok suasana laut yang cantik.
Seronoknya dapat jalan-jalan dan explore sekitarnya. Seret kaki je lah ikut kemana pergi kan. hihi..Banyak langkah berjalan tu.
Hehe nak cepat type gitu lah. Thanks Fiza tegur, boleh edit. Pening orang baca nanti, anak soleh ke solehah ni hehe. Tu lah, 8 lebih masih di dalam train. Station Kamakurakokomae ni best sebab kecil dan menghadap laut. Kalau travel camtu lah, seret kaki selagi boleh.
DeleteMemang famous sangat Kamakura ini. Temen saya pun kesana hanya utk foto depan palang kereta api hijau itu 😅. Berarti memang tak jauh dari Tokyo ya kak. Bisa pulang hari balik Tokyo.
ReplyDeleteBaguuus juga jaket pekerjanya. Nak beli lah, ada kipas hahahahha. Saya kan tak kuat panas 🤣.
Kalo di luar negeri, saya sukaaa jalan kaki. Rasanya kemana mana jalan kaki pun tak masalah. Balik Indonesia, nak ke Indomart depan rumah pun malas 🤣.
Saya dah download juga apk halal itu. Nanti nak coba saat traveling ke negara non muslim begini. Tahun ini saya ke Maldives December, tapi di sana mayoritas muslim kan.
Memang famous train ni Fanny. Ya betul tak jauh, kami pun cuma half day pergi dan balik. Bagus kan jaket ada kipas. Sama lah kita, bila travel gagah diri jalan kaki banyak2 tapi kalau sudah pulang, malas sangat. 😍😍😍 Apps halal ni, download ikut negara yang kita pergi, lebih mudah. Ya Maldives majority nya Muslim memang banyak halal food. Have fun di sana. Kami pergi tahun 2003 dulu.
DeleteKenangan manis buat anak2 bila bawak dieorang berjalan2 tengok tempat org.
ReplyDeleteAlhamdulillah moga luas pengalaman nya.
DeleteKeretapi hijau tuh memang viral kan. Dok lalu lalang dengan FB feeds KSarie pasal Kamakura ni. Sure anak solehah happy sangat tuh kan. Ramen tuh tampak extra menggiurkan bila ditengok waktu tengahari ini😋
ReplyDeleteMemang famous dan viral Kamakura ni. Insyaa Allah KSarie sampai sana nanti. Alhamdulillah dia enjoy sangat. Hehe masa lapar kan, memang menggiurkan.
Deleteehh.. rasa Kamakura tu sebelum ni pun Mulan ada pergi juga kan.
ReplyDeleteTeringat tren kaler hijau krim tu berlatarbelakangkan laut. Rasa masa tu anak solehah tak ikut.
Tahun lepas December pergi bawa anak soleh. This trip anak solehah nak tengok jugak.
Deletetgk je tajuk trs otak teringat Slam Dunk 😁😁
ReplyDeletemmg ada impian sy nk jejaki lokasi2 pemes anime / manga kat jepun 1 hari nnt..tp sy kena pegi sorg. sbb member2 lain x minat anime / manga😁
Betul, Kamakura + Slam Dunk. Insyaa Allah Anies sampai nanti
Deletehalal apps mmg banyak membantu masa kat sana...
ReplyDeleteBetul tu.
Deleteyeay, dpt tengok real "Slam Dunk". sukanyaaa saya~!!!
ReplyDeletethank you so much anak solehah, me'real' kan pemandangan tich@ di sini.
Last year dapat tengok sipi2 dari dalam kereta je. Thanks jugak ticha selalu singgah sini.
DeleteHebatnya..menikmati keindahan di negara orang satu nikmat rahmat yang luar biasa..
ReplyDeleteAlhamdulillah diizinkan
Delete