Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Tertangguh2 nak update, banyak acaranya. Unpack, pack, kenduri kawin, balik Pekan, cuti sekolah adik2 balik Kuantan, lepak sama2 di rumah mak, drive ke KL hantar anak solehah balik campus, stuck dalam jem jugak 2 jam di Bentong.
Ok jom sambung trip Jepun. Hari ke 3. Macam biasa lah hubby ni kalau lepas Subuh mesti nak brisk walk atau jogging. Asalnya tak nak ikut. Tapi rasa rugi sangat, bila lagi nak enjoy tepi lake.
5.36am. OISHI PARK.
Mummy dan anak solehah pun start lah slow2 jalan2 + klik2.
Pagi2 masih sejuk.
Kami nampak few guys beraksi di spot tu. Then anak solehah kata, mesti ada Live CCTV YouTube yang dia pernah tengok. Dia search dan betul ada. Kami pun try lah. Screenshot je lah dari handphone.
Di situlah CCTV nya.
Lapar kan pagi2. Memang dah bawa bekal air mineral, roti, bun dll.
Hari semakin cerah, cantiknya Subhanallah.
Yang ni agak lucu. Nenek tu kan, dia selamba je patahkan pokok cantik yang macam lalang, letak dalam pushchair dia. Ada 3-4 batang dia tarik. Memang cantik buat hiasan dalam pasu tinggi atau lain nya.
Selagi tak bosan dengan view Mt Fuji.
Souvenir shop tepi lake.
Kami jalan2 di bahagian lain pulak.
Cafe tepi lake. Belum buka sebab awal lagi.
6.30am baru nampak kelibat hubby.
Dia pun try jugak. Anak solehah yang suruh. Cuaca dah semakin cerah.
One for the album.
Kami drive ke satu view point yang dekat.
Cantik.
Jalan2 lagi mesti nampak Mt Fuji, best.
Unik kan traffic light ni ada design Mt Fuji.
Lagi.
Lawson yang selalu dikunjungi. Ada outlet lain juga yang ada view Mt Fuji ni. Balik homestay lepak rest sejam lebih. Santai2 je. Tertidur jugak masing2.
WIND CAVE
Entrance.
ICE CAVE & WIND CAVE
Fuji Fugaku dikelilingi oleh kehijauan hutan Aokigahara Jukai yang banyak. Sebaik sahaja anda memasuki gua, ia sangat sejuk walaupun pada musim panas, dengan suhu purata 3℃. Sehingga awal era Showa, ia digunakan sebagai peti sejuk untuk menyimpan telur ulat sutera. Gua ini juga telah ditetapkan sebagai monumen semula jadi Jepun. Gua sisi adalah 201m panjang dan 8.7m tinggi, dan anehnya, tidak menghasilkan gema yang boleh didengari. Ini kerana dinding basaltiknya bertindak menyerap bunyi. Dalam perjalanan bersiar-siar selama 15 minit, seseorang boleh melihat rak lava, lava seperti tali, dan tiang ais yang tidak cair walaupun pada musim panas.
Sehingga sekitar tahun 1955, gua itu berfungsi sebagai tempat penyimpanan benih dan kepompong yang sebenarnya digunakan. Untuk mengelakkan mereka daripada membesar, dan untuk memelihara benih berkualiti untuk tunas yang lebih baik, kepompong dan benih disimpan dalam simpanan sejuk.
Sumber : www.mtfuji-cave.com
Keluar dari 2 cave ni, terasa lah lenguh tulang belakang ni. Tak jauh pun masuk cave ni tapi kena tunduk kepala dan badan. Sejuk di bawah tu. Elok lah pergi especially musim panas ni. Kat luar tu panas litlit.
Impress sangat2. Diperbuat dari kotak2.
Antara batu muntahan lava.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.
Padat jadualnya dan dengan jetlag lagi kan. Awal pagi tapi cerah betul tu. Rugi kan kalau tak ikut, cantik permandangannya berlatar belakangkan Mt. Fuji. Rasa nak berlamaan je tengok Mt. Fuji di situ kan. Kawasan brisk walknya pun nice sangat.
ReplyDeleteEh boleh pulak dia petik lalang tu ek. Macam dah biasa buat pulak. Ke memang boleh agaknya.
Kalau cafe dan bukak, boleh juga mengopi². Sayangnya tutup pula.
Pengalaman yang menarik masuk gua tu. Hutan dia pun cantik.
Musm panas siang nya lebih panjang, Subuh dalam pukul 4. Keliling park memang ada track untuk jogging. Hehe nenek tu selamba je petiknya. Betul kalau cafe buka memang syok mengopi. Gua tu memang sejuk sebab ada ais. Hutan memang cantik.
DeleteBagus Encik Suami jenis berdisiplin briskwalk. Sihat tubuh badan.
ReplyDeleteMemang patut Tun M menganjurkan kempen Dasar Pandang ke Timur suatu masa dahulu. Negara Jepun memang bersih dan teratur. Buminya dijaga sempurna untuk kelestarian alam sekitar.
Alhamdulillah dia agak disiplin tak macam yang seorang ni hehe. Jepun memang bersih, cantik, teratur, memang bagus untuk kita contohi.
DeleteJatuh hati la pulak dgn Jepun ni. Nak kena masuk bucket list :)
ReplyDeleteGambar sblm gambar nenek tu lawa Kak! Tengok pun terasa aman damainya
Memang kami pun dah jatuh hati sangat2. Memang cantik sangat semuanya.
Deleteview semua cantik! mcm postcard!! bestnya dpt menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan, di bumi matahari terbit
ReplyDeleteSubhanallah memang cantik sangat.
DeleteBagus gak mereka letak CCTV kat situ kemudian pengunjung SS sahaja... ngam je scale Mt Fuji kat belakang tu.
ReplyDeleteBest kan senang nak SS.
DeleteWow! Hampir tak nampak awan kan? Semuanya biru!
ReplyDeleteBetul tak ada awan langsung masa tu
Deleteyang CCTV tu menarik sangat, gambar pun lawa! damainya suasana kat sana, mesti best siapa yang duduk area2 situ kan. yg gua tu menarik sangat bila masuk tu jadi suhu sejuk.
ReplyDeleteMemang best ada CCTV sebab tak perlu nak selfie ke apa. Gua tu memang syok masuk time panas2 ni.
Deletebila nampak lava tu teringat cerita ultraman..hehehehehehe..
ReplyDeleteKannn, ingat Hayata lagi tak.
Deletenice trip.. gmbr pon cantik2 lawa2 nmpk nyaman dan aman., hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletemenariknya gua ni! kalau sy pergi sy nak duduk lama sikit nak rs sejuk dulu lps tu baru keluar...
ReplyDeletemaknanya agak kuat juga laa ya letusan fuji ni sampai boleh terbentuk gua seumpama ni
Sejuk sangat. Rata2 pakai baju nipis sebab musim panas. Menggigil dalam tu.
DeleteSubhanallah, cantiknya pemandangan tepi tasik tu kak Mulan 😍 Sambil brisk walk, boleh menikmati pemandangan semulajadi yang tak de dekat Malaysia
ReplyDeleteMemang cantik sangat Subhanallah. Nyaman betul brisk walk pagi tu.
Deleteoooo di luar musim luruh dia warna hijau ya
ReplyDeletetapi pokok2 ni tetap cantik
Agak nya kot musim panas hijau je pokok.
DeleteSubhanallah, view memang cantik sangat kak...terpesona SA memandang view mt fuji tu
ReplyDeleteMemang cantik sangat Subhanallah
Deletecantik ciptaan yg maha esa....tk puas tgk view mount fuji tu
ReplyDeleteSubhanallah memang cantik sangat
DeleteCantiknya vie Mt Fuji dan depan ada bush bulat2 tu. Ye la kat Malaysia tak ada. Bunga2 liar pun cantiknya....
ReplyDeleteMemang cantik view Mt Fuji tapi Malaysia pun banyak tempat cantik kan.
DeleteLawa² gambar yang kak Mulan tangkap .
ReplyDeleteTerima kasih. Tapi memang cantik Subhanallah view di sana.
Delete