Saturday, September 20, 2025

DAY 3 (Part 1) : FUJIKAWAGUCHIKO, JAPAN

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Tertangguh2 nak update, banyak acaranya. Unpack, pack, kenduri kawin, balik Pekan, cuti sekolah adik2 balik Kuantan, lepak sama2 di rumah mak, drive ke KL hantar anak solehah balik campus, stuck dalam jem jugak 2 jam di Bentong.

Ok jom sambung trip Jepun. Hari ke 3. Macam biasa lah hubby ni kalau lepas Subuh mesti nak brisk walk atau jogging. Asalnya tak nak ikut. Tapi rasa rugi sangat, bila lagi nak enjoy tepi lake.


5.36am. OISHI PARK.

Mummy dan anak solehah pun start lah slow2 jalan2 + klik2.



Pagi2 masih sejuk.




Kami nampak few guys beraksi di spot tu. Then anak solehah kata, mesti ada Live CCTV YouTube yang dia pernah tengok. Dia search dan betul ada. Kami pun try lah. Screenshot je lah dari handphone. 


Di situlah CCTV nya.


Lapar kan pagi2. Memang dah bawa bekal air mineral, roti, bun dll. 


Hari semakin cerah, cantiknya Subhanallah.


Yang ni agak lucu. Nenek tu kan, dia selamba je patahkan pokok cantik yang macam lalang, letak dalam pushchair dia. Ada 3-4 batang dia tarik. Memang cantik buat hiasan dalam pasu tinggi atau lain nya.


Selagi tak bosan dengan view Mt Fuji.


Souvenir shop tepi lake.


Kami jalan2 di bahagian lain pulak.


Cafe tepi lake. Belum buka sebab awal lagi.





6.30am baru nampak kelibat hubby.


Dia pun try jugak. Anak solehah yang suruh. Cuaca dah semakin cerah.


One for the album.


Kami drive ke satu view point yang dekat.


Cantik.


Jalan2 lagi mesti nampak Mt Fuji, best.


Unik kan traffic light ni ada design Mt Fuji.


Lagi.


Lawson yang selalu dikunjungi. Ada outlet lain juga yang ada view Mt Fuji ni. Balik homestay lepak rest sejam lebih. Santai2 je. Tertidur jugak masing2.


WIND CAVE



Entrance. 


ICE CAVE & WIND CAVE
Fuji Fugaku dikelilingi oleh kehijauan hutan Aokigahara Jukai yang banyak. Sebaik sahaja anda memasuki gua, ia sangat sejuk walaupun pada musim panas, dengan suhu purata 3℃. Sehingga awal era Showa, ia digunakan sebagai peti sejuk untuk menyimpan telur ulat sutera. Gua ini juga telah ditetapkan sebagai monumen semula jadi Jepun. Gua sisi adalah 201m panjang dan 8.7m tinggi, dan anehnya, tidak menghasilkan gema yang boleh didengari. Ini kerana dinding basaltiknya bertindak menyerap bunyi. Dalam perjalanan bersiar-siar selama 15 minit, seseorang boleh melihat rak lava, lava seperti tali, dan tiang ais yang tidak cair walaupun pada musim panas.



Sehingga sekitar tahun 1955, gua itu berfungsi sebagai tempat penyimpanan benih dan kepompong yang sebenarnya digunakan. Untuk mengelakkan mereka daripada membesar, dan untuk memelihara benih berkualiti untuk tunas yang lebih baik, kepompong dan benih disimpan dalam simpanan sejuk.

Sumber : www.mtfuji-cave.com










Keluar dari 2 cave ni, terasa lah lenguh tulang belakang ni. Tak jauh pun masuk cave ni tapi kena tunduk kepala dan badan. Sejuk di bawah tu. Elok lah pergi especially musim panas ni. Kat luar tu panas litlit.


Impress sangat2. Diperbuat dari kotak2. 


Antara batu muntahan lava. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.

32 comments:

  1. Padat jadualnya dan dengan jetlag lagi kan. Awal pagi tapi cerah betul tu. Rugi kan kalau tak ikut, cantik permandangannya berlatar belakangkan Mt. Fuji. Rasa nak berlamaan je tengok Mt. Fuji di situ kan. Kawasan brisk walknya pun nice sangat.
    Eh boleh pulak dia petik lalang tu ek. Macam dah biasa buat pulak. Ke memang boleh agaknya.
    Kalau cafe dan bukak, boleh juga mengopi². Sayangnya tutup pula.
    Pengalaman yang menarik masuk gua tu. Hutan dia pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musm panas siang nya lebih panjang, Subuh dalam pukul 4. Keliling park memang ada track untuk jogging. Hehe nenek tu selamba je petiknya. Betul kalau cafe buka memang syok mengopi. Gua tu memang sejuk sebab ada ais. Hutan memang cantik.

      Delete
  2. Bagus Encik Suami jenis berdisiplin briskwalk. Sihat tubuh badan.
    Memang patut Tun M menganjurkan kempen Dasar Pandang ke Timur suatu masa dahulu. Negara Jepun memang bersih dan teratur. Buminya dijaga sempurna untuk kelestarian alam sekitar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dia agak disiplin tak macam yang seorang ni hehe. Jepun memang bersih, cantik, teratur, memang bagus untuk kita contohi.

      Delete
  3. Jatuh hati la pulak dgn Jepun ni. Nak kena masuk bucket list :)
    Gambar sblm gambar nenek tu lawa Kak! Tengok pun terasa aman damainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kami pun dah jatuh hati sangat2. Memang cantik sangat semuanya.

      Delete
  4. view semua cantik! mcm postcard!! bestnya dpt menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan, di bumi matahari terbit

    ReplyDelete
  5. Bagus gak mereka letak CCTV kat situ kemudian pengunjung SS sahaja... ngam je scale Mt Fuji kat belakang tu.

    ReplyDelete
  6. Wow! Hampir tak nampak awan kan? Semuanya biru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak ada awan langsung masa tu

      Delete
  7. yang CCTV tu menarik sangat, gambar pun lawa! damainya suasana kat sana, mesti best siapa yang duduk area2 situ kan. yg gua tu menarik sangat bila masuk tu jadi suhu sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best ada CCTV sebab tak perlu nak selfie ke apa. Gua tu memang syok masuk time panas2 ni.

      Delete
  8. bila nampak lava tu teringat cerita ultraman..hehehehehehe..

    ReplyDelete
  9. nice trip.. gmbr pon cantik2 lawa2 nmpk nyaman dan aman., hehe

    ReplyDelete
  10. menariknya gua ni! kalau sy pergi sy nak duduk lama sikit nak rs sejuk dulu lps tu baru keluar...

    maknanya agak kuat juga laa ya letusan fuji ni sampai boleh terbentuk gua seumpama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk sangat. Rata2 pakai baju nipis sebab musim panas. Menggigil dalam tu.

      Delete
  11. Subhanallah, cantiknya pemandangan tepi tasik tu kak Mulan 😍 Sambil brisk walk, boleh menikmati pemandangan semulajadi yang tak de dekat Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat Subhanallah. Nyaman betul brisk walk pagi tu.

      Delete
  12. oooo di luar musim luruh dia warna hijau ya
    tapi pokok2 ni tetap cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak nya kot musim panas hijau je pokok.

      Delete
  13. Subhanallah, view memang cantik sangat kak...terpesona SA memandang view mt fuji tu

    ReplyDelete
  14. cantik ciptaan yg maha esa....tk puas tgk view mount fuji tu

    ReplyDelete
  15. Cantiknya vie Mt Fuji dan depan ada bush bulat2 tu. Ye la kat Malaysia tak ada. Bunga2 liar pun cantiknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik view Mt Fuji tapi Malaysia pun banyak tempat cantik kan.

      Delete
  16. Lawa² gambar yang kak Mulan tangkap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Tapi memang cantik Subhanallah view di sana.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com