Friday, August 22, 2025

SEMUA DENGAN IZIN ALLAH

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Perginya anakanda Ad, anak Y, kawan baik semasa kami di Kerteh dulu, setelah 3 bulan bertarung nyawa akibat accident motor. Arwah juga kawan sekelas anak solehah di sekolah rendah. Rapat hingga kini. Bila berjauhan dari keluarga, hidup pindah randah atas tuntutan kerja suami, sahabat2 terdekat automatically jadi keluarga. Tinggalkan anak sewaktu emergency, tolong hantar/ambil anak di sekolah, tumpangkan tidur/makan minum, teman drive ke hospital ketika suami outstation dll, antara nya lah. Paling tak best, kami semua tak duduk lama setempat. Ada sahabat pindah awal, ada yang kemudian. Namun, Alhamdulillah ukhuwah kami kekal hingga kini. 

Subuh tadi dapat berita. Perginya anakanda Ad yang kami cinta. 
Sedih tak terkata. Tenanglah bersama Dia Yang Mencipta. 

Moga rohnya dicucuri Rahmat dan 
ditempatkan bersama mereka yang beriman. 


Allah Maha Perancang. Kami sentiasa doa yang terbaik buat sahabat baik kami, Y dan keluarga. Allah lebih menyayangi Ad.

Hubby dah bertolak ke Terengganu jam 4.30 pagi tadi. Semalam Y dah Whatsapp dan update. Umpama menunggu masa. Dah maklum pada hubby, if anything lah, mintak izin  dulu. Hubby memang ok je dari dulu. Bila dapat berita, badan jadi lemah semangat. Actually sejak tahun lepas, tiap kali plan nak drive jauh sikit, terus rasa nervous, siap palpitation. Padahal dulu2 drive Kuantan ke Kerteh, 100km sorang diri, biasa je. Drive Kerteh ke KL, 300km sorang2 pun pernah. Faktor umur kot.

Hati memang tak confident nak drive.  Anak solehah nak jugak pergi ziarah, nak tumpang kawan dari Kerteh katanya. Tak jadi pulak kawannya nak pergi. Pukul 7.15am hati macam berat nak pergi. Dengan izin Allah, rasa lapang hati dan jiwa, rasa nak jugak ziarah. 

8.30am berdua dengan anak solehah drive ke KL. Bertembung dengan lautan rider RXZ di laluan sebelah menuju ke Terengganu. Himpunan tahunan. Jam 11am tiba di Surau. Tiada kelibat sesiapa, lengang Surau nya. 10 minit kemudian baru van jenazah tiba dengan Y serta keluarga. Pantas semua, siap mandi terus dikafankan. Dapat kami tatap wajahnya. Menunggu selesai solat Jumaat untuk sempurnakan pengkebumian. Kawan2 anak solehah hanya seorang yang tiba. Yang lain nya akan tiba lepas Solat Jumaat.

Pukul 1pm kami mohon diri untuk drive balik Kuantan. Y pun sangat memahami. Keluarga dan saudara mara nya pun Alhamdulillah ramai. Singgah PETRONAS sebelum Tol Gombak, isi minyak dan beli makanan untuk lunch. Tapau burger dan makan dalam kereta, sambil drive. Time makan, of course lah anak solehah ni tak tidur, tolong mudahkan proses makan sambil drive. Malas stop kedai untuk duduk makan. Takut sesak banyak kereta, almaklum Jumaat. Alhamdulillah smooth drive, sampai rumah 3.45pm. Solat Zohor di rumah je sebab masih sempat. 

Macam tak percaya, drive ke KL, 300km, jam 8.30am, tiba rumah 3.45pm. Alhamdulillah. Semua dengan izin Allah. Anak solehah ni, sama anak soleh, spesis masuk kereta 5 minit terus lena. Bangun nak minum dan makan je. Melalak mummy nya sorang2 sambil drive. Alhamdulillah cuaca pun elok terang. Alhamdulillah atas semuanya.





Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.

34 comments:

  1. Siapalah kita yang kerdil ini.....

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah kurniakan kerabahan buat Y atas ujian yang Allah beri. Mudah-mudahan arwah anakanda Ad tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

    ReplyDelete
  3. Salam takziah buat keluarga dan rakan kenalan arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnarojiun...moga syurga buat anakanda.....tumpang rasa sedih, hati cepat tersentuh bila ada anak-anak sebaya pergi meninggalkan diusia muda...moga seluruh ahli keluarga kuat dan tabah,,syukur mulan dan anakanda selamat sampai, alhamdullilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Alhamdulillah smooth semuanya

      Delete
  5. Al Fatihah (dibaca)
    Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Mudahan arwah ditempatkan bersama mereka yg beriman.
    Strongla mummy drive jejauh, love ranger.
    Like me jugala, bawa escort sampat tigaorang sudahnya tinggal sesorang gak karok dlm kereta. yih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Alhamdulillah smooth semuanya.

      Delete
  6. Innalillahiwainnalillahirajiun

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiinnn

    Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.

    Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah

    ReplyDelete
  7. salam takziah buat keluarga anak puan/tuan Y. Semoga ahli keluarga tabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Insyaa Allah

      Delete
  8. اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    ReplyDelete
  9. salam takziah buat keluarga arwah Ad...

    ReplyDelete
  10. Innalillahiwainnalillahirajiun, moga arwah ditempatkan di taman2 syurga..aamiin

    ReplyDelete
  11. Salam takziah buat Puan Y sekeluarga atas pemergian anakandanya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  12. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    Sangat terasa bila orang yang kita rapat pergi buat selamanya. Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat seluruh keluarga. Aamiin...
    Alhamdulillah..Allah permudah segala urusan. Dengan izin Allah dapatlah juga ziarah dan perjalanan lancar. Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Betul apa lagi bila anak yang meninggal dulu kan.

      Delete
  13. Salam takziah..semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete
  14. Takziah buat kawan Mulan ya....turut berdukacita :(

    ReplyDelete
  15. Selama 3 bulan itu berarti almarhum koma ya kak? Innalilahi wainnailaihi rojiun. Kalau kehilangan anak ini lain rasanya. Saya paham yg dirasakan keluarga, trutama ibu bapaknya ... Semoga diberikan kekuatan menghadapi cobaan yg berat begini 😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak selamanya koma sebab bila ibunya berkata2, kadang keluar air matanya. Moga tabah keluarga nya.

      Delete
  16. Innalillahiwainnailaihirojiun...
    semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Sedih baca berita begini.
    Salute dengan Mulan, boleh drive ke KL. Saya travel jauh, kurang berani sikit bawa kereta. Allah beri kekuatan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Alhamdulillah semua dengan izinNya

      Delete
  17. Allahu... semoga arwah ditempatkan bersama orang² yanh soleh.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com