Thursday, August 28, 2025

SEMERBAK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Lama tak buat CINNAMON ROLLS. Antara request anak2 soleh solehah.


Semalam Rabu, hantar kereta cuci seawal 8.45 pagi. Sebab kereta memang belum banyak. Siap cuci kereta, anak solehah ajak round2 bandar Kuantan. Tak tau ada raptai perbarisan Hari Merdeka, ada beberapa jalan ditutup. Kena lah u turn sana sini, terus ambil jalan ke pantai. Kami ke PANTAI TELUK SISEK. 


Ada 2 jelitawan di bawah pokok sana, healing berdua, nampak ada makanan, dengan meja kerusi lipat camping. Free of charge semuanya healing dan lepak tepi pantai. Alhamdulillah.


Nun di sana SWISS BELHOTEL TANJUNG LUMPUR. Boleh juga nampak KOMPLESK TERUNTUM & MENARA KUANTAN 188.


Jom lah balik dah terik cuaca. Patut order coffee tapi lupa.


On the way balik rumah, junior sekolah Whatsapp nak hantar something katanya. Alhamdulillah rezeki dapat LO MAI GAI. Dia share di FB Story, tanya beli mana dll. Alih2 dia hantar 3, dapat makan untuk lunch. Memang kenyang dengan anak solehah. Anak dan ayah soleh kerja. Next time kita order pulak. Pun baru tau kewujudan MAMA CAH KITCHEN ni. Dekat area rumah rupanya. 

LO MAI GAI ialah hidangan Kantonis klasik yang diterjemahkan kepada "ayam nasi melekit". Legenda mengatakan bahawa ia pertama kali dicipta di pasar malam yang sederhana di Guangzhou.

Pada asalnya, peniaga jalanan mengukus ini dengan mangkuk, dan kemudian memperkenalkan daun teratai sebagai pilihan yang lebih mudah untuk digunakan. Tidak perlu dikelirukan dengan joong/zongzi, yang secara tradisinya menggunakan daun buluh dan pelbagai jenis inti lain, lo mai gai dicirikan oleh penggunaan pulut dan ayam yang dikukus dalam daun teratai.

Sumber : www.madewithlau.com


Lepas makan Lo Mai Gai, bawa keluar bread machine, uli doh roti. Lama sikit sebab lambat naik tapi ok je.


Canai doh, tabur brown sugar, cinnamon powder dan chocolate chips. Gulung elok2 dan ukur nak berapa rolls. Potong guna benang lagi cantik.


9 senang untuk loyang square. Tutup untuk bagi naik lagi. 


Dah naik dohnya, terus bakar hingga masak lah. Semerbak satu rumah.


Alhamdulillah lembut. Di Kuantan ni tak sure di mana orang jual, Cinnabon memang tak ada. Kalau beli, mahal jugak ni.


Anak solehah nak makan roti jala. Buat Kari Kepala Ikan sebab ada stok lagi. Sambung masak lepas siap Cinnamon Rolls.


Tumis herba campur, daun kari frozen hehe, bawang besar dan garlic mayang sikit. Campur bawang kisar juga. Tumis sampai naik minyak 2-3 kali. Seterusnya ikut cara masing2 lah. Juga semerbak bau kari satu rumah.


 Nak cepat, tercair adunan tepung untuk roti jala. Tapi anak solehah kata ok je. Abaikan comot2 di atas. Semua eager nak makan cepat, setelah menunggu anak soleh balik kerja pukul 6pm. 

Alhamdulillah untuk segala nikmatNya.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.

44 comments:

  1. saya suka cinnamon rolls tu! ooo rumah mulan tak jauh dari pantai/swiss bell jugak yer...rindu plak nak gi staycation kat situ hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau cinnamon rolls pun sedap kan. Tak lah dekat sangat Swiss BELHOTEL tu tapi Kuantan dekat2 je. Datang lah Kuantan lagi.

      Delete
  2. sedap2 semuanya...seronok dan suka tengok orang pandai masak nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua dengan izinNya

      Delete
  3. Sedapnya, anak saya pun ada request cinnamon roll, tapi tak buat-buat lagi ni. Habis la balik sekolah ni dia bising lagi..hihi..Kalau beli memang mahal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila free jadictu nanti Insyaa Allah

      Delete
  4. Ada lebih x cinnamon rolls tu? Hehe...

    ReplyDelete
  5. luas betul kawasan antara daratan dengan pinggir laut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau air pasang maybe dekat sikit.

      Delete
  6. roti jala cicah kari kepala ikannnnn memang terangkat...
    habis kepala tu sy kerjakan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti Jala cicah apa2 kari memang sedap kan

      Delete
  7. tergoda tengok roti jala tu.. cicah pulak kari kepala ikan, yummy.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti Jala cicah apa2 kari memang sedap kan

      Delete
  8. Seronok anak-anak balik dapat makan sedap-sedap. Request je dapat. Untung betul.

    Cantiknya buaian tu, ambil gambar situ cantiknya. Yelah kan, menjelang Merdeka ni banyak jalan tutup. Best betul dapat lepak tepi pantai. Rezeki ruma dekat dengan pantai, anytime boleh lepak healing. Baju kerusi bawa makanan.
    Lo mai gai Mama Cah Kitchen tu popular kan. Pernah nampak di TikTok ramai orang beli dan cakap sedap. Tak pernah cuba lagi. Dibungkus dengan daun apa saya tak pasti.

    Bau roti nak masak tu best betul baunya. Rasa tak sabar nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sama2 seronok masak dan makan. Buaian tu memang jadi attraction berfoto. Mana2 mesti sibuk dengan raptai sebab tak lama kan. Healing tepi laut memang best. Pernah makan masa breakfast buffet di hotel. Produk Mama Cah ni memang sedap. Bau roti memang semerbak bila tengah bakar.

      Delete
  9. Alhamdulilah sedap2 masakan. Kalau dekat lama dah cuit sikit hahaha

    ReplyDelete
  10. Mood memasak, mem-baking di tahap tertinggi ye Kak haha... Sy ni pun tak sabar tunggu Abg Angah balik cuti Merdeka, nak berkumpul semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan anak2 kat rumah masak dan makan sama2

      Delete
  11. Macam tu rupanya buat cinnamon roll. Setuju, harga dia tak murah, sebab saya baru beli hari tu, terjumpa di satu bakeri di Ipoh.
    Pertama kali tengok juadah bernama Lo Mai Gai.
    Cantik, pemandangan tepi pantai. Baguslah, sana free je, boleh healing tepi laut. Sini, nak masuk Teluk Batik pun kena bayar. Semua tempat nak kutip duit, majlis perbandaran sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang jugak buat tapi kena tunggu doh naik tu yang kadang malas. Spesis masak nak cepat siap je kan hehe. Memang mahal kalau beli. Pernah makan di buffet hotel Lo Mai Gai tu memang sedap. View tepi pantai semua memang cantik kan.

      Delete
  12. sedap tak lo mai gai tu? ada nampak jason review kat tiktok, katanya rasa sebijik macam chinese buat. teringin jugak nak belii

    ReplyDelete
  13. Uwaaaaaah cinnamon rolls 😍😍😍😍😍. Saya nih kalo dah pastry yg ada cinnamon udah pasti sukaaaa kak. Ntah kenapa, wangi cinnamon itu sedaaaap sangat. Apalagi kalo baru dibales. Aromanya tercium 1 rumah kan 😍😍😍😍.

    Makanya saya kalo buat hot choco, juga pakai cinnamon. Biar harum.

    Oh Lo Mai ga ini agak mirip dengan bakcang lah... Tp kalo bakcang dibungkus daun, ini tidak dibungkus yaa.

    Roti jala sedaaaap memang. Anak bungsu saya sukaaa. Saya biasanya pesan dengan teman kalo rindu roti jala. Pernah anak bungsu suruh buat sendiri, tunggu mood maminya datang lah, yg ntah kapan 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kami pun memang suka letak cinnamon, bau harum. Mungkin sama juga dengan bakcang. Asalnya dibungkus daun. Roti Jala memang kesukaan anak2 kan.

      Delete
  14. Kari kepala ikan tu sangat menggiurkan!

    ReplyDelete
  15. Kena belajar buat Cinnamon Rolls ni sebab suka juga dan bau dia memang wangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah Ezna memang wangi satu rumah bau cinnamon

      Delete
  16. Pernah makan lo mai gai... tapi terasa herbanya kuat sangat. Tak boleh nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kurang herbanya macam rasa teriyaki

      Delete
  17. Salam singah..BW malam ini..klik blog cantik ini..Persembahan blog terbaik..gambar dan ifor sangat menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Etuza dan terima kasih singgah sini.

      Delete
  18. aaaaaa~~~.... cinnamon roll, huaaaa dapnya. sini pun susah cari cinnamon tu, rasa nak kena olah sendiri jugalah bakar dlm air fryer ja.
    sedap roti jala cicah kari ikan, pekat dan padu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinnamon Rolls memang sedap kan. Boleh je bakar dalam air fryer. Kami memang suka kari pekat sedap cicah roti dll kan.

      Delete
  19. Sedap betul cinamon roll, paling tak sabar apabila hidu aromanya ketika dipanggang dalam ketuhar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jumpa resepi sedap, bau semerbak satu rumah

      Delete
  20. Fav SA cinnamon rolls tu kak...sedapnya..bagai terbau2 kat opis ni ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun suka sangat cinnamon rolls ni.

      Delete
  21. Cinnabon roll kalo yg rempah kayu manis kuat sgt tk brp bole mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri boleh adjust kurangkan cinnamon

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com