Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Sabtu, sementara tunggu anak soleh balik kerja, nak drive berdua ke KL, bakar BROWNIES seloyang lah.
Anak solehah (partner in crime) kalau ada, dia lah yang kasih licin whisker dan mangkuk mixer ni, lepas adunan semua masuk loyang pembakar.
Sebelum masuk oven.
Klik ---> RESEPI BROWNIES
(Dialih bahasa : Joy Of Baking)
Resepi :
5 auns (140 gram) coklat separuh manis atau pahit manis, dicincang kasar
1/2 cawan (113 gram) mentega tanpa garam, potong
2 sudu besar (15 gram) serbuk koko tanpa gula (tanpa gula biasa atau diproses Belanda)
1 cawan (200 gram) gula pasir putih
1 sudu teh (4 gram) ekstrak vanila tulen
1 sudu teh (4 gram) ekstrak kopi tulen (pilihan)
3 telur besar (150 gram), pada suhu bilik
3/4 cawan (95 gram) tepung serba guna
1/4 sudu teh (1 gram) garam
3/4 cawan (125 gram) cip coklat separa manis atau pahit manis (pilihan)
Cara-cara :
Panaskan ketuhar hingga 350 darjah F (180 darjah C) dan letakkan rak ketuhar di tengah-tengah ketuhar. Alas bahagian bawah dan tepi loyang persegi 8 inci (20 cm) dengan baking paper. Gris baking paper dengan mentega.
Cairkan coklat dan mentega dalam mangkuk tahan panas yang besar (saya menggunakan keluli tahan karat), diletakkan di atas periuk air mendidih. Keluarkan dari api dan kacau (atau pukul) dalam serbuk koko dan gula. Seterusnya, masukkan ekstrak vanila dan ekstrak kopi (jika menggunakan). Kemudian, pukul telur, satu demi satu, pukul dengan baik selepas setiap penambahan. Akhir sekali, masukkan tepung, garam dan cip coklat (jika guna).
Tuangkan ke dalam kuali yang disediakan, ratakan bahagian atas dengan belakang sudu atau spatula mengimbangi. Bakar selama kira-kira 25 minit atau sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah keluar dengan beberapa serbuk lembap yang melekat padanya . Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk di atas rak dawai. Hidangkan pada suhu bilik atau sejuk.
Membuat 16 brownies.
Alhamdulillah elok masaknya. Lama jugak tak buat, last buat masa Raya Haji. Nak bawak ke KL makan2 adik beradik+ anak2 saudara.
Ketika brownies dalam oven, buat Spaghetti Carbonara. Ada spaghetti siap rebus dalam freezer.
Tumis garlic cincang dengan butter, masukkan ayam dadu, shitake mushroom, oregano, garam, susu full cream/fresh (kotak), sedikit mozzarella cheese dan spaghetti. Makan sikit, balance masuk container untuk anak soleh makan dalam kereta.
Pukul 2pm kami berdua drive ke KL, seketika lepas anak soleh tiba rumah dari tempat kerja. Hubby dah masuk hutan di Dungun dengan geng hutan. Geng lautan hujung minggu lain.
Sampai KL 5pm terus ke USJ. Ke rumah adik #2. Gathering kami 4 beradik dengan anak2 saudara, mana yang ada. Adik2 yang cuma 3 orang ni semua di KL, Selangor. Mak tak ikut sebab short trip. Anak solehah pun ada sama. Pukul 7 kami semua gerak balik sebab semua ada hal masing2. Alhamdulillah dapat jumpa sekejap pun, syukur sangat.
RESTORAN JEMUJU KASIH
Ahad pagi, drive balik Kuantan dari Putrajaya. Singgah KL ambik anak solehah, then ke Gombak untuk breakfast. Cari port makan yang on the way je. Jumpa dalam Google maps. Top rated katanya. Macam2 ada.
Sorry lah PUAN HAZEL tak sempat roger sebab asalnya nak breakfast di Pekan Sari Temerloh, tapi tukar plan last minute. Kami makan Lontong, Nasi Kerabu, Pulut Manis, Sate, Roti Jala dan kuih. Semua sedap, anak2 pun kata sedap.
Snap dari meja makan.
View dari depan, foto dari reviewbah.com
Alhamdulillah sampai rumah pukul 11am. Sempat basuh kain. Lunch lepas Zohor, anak2 soleh solehah bergabung masak JJAJANGMYEON. Mummy tengok2 je. Bertabahlah anak soleh sebab dipaksa pakai knitted head scarf ni, disarung oleh adik solehah nya. Rambut afro kan, takut rapat dengan api. Head scarf hijau ni, anak solehah yang kait. Darah rajin mengait dari nenek nya. Mummy suka buat cross stitch je.
JJAJANGMYEON, Alhamdulillah sedap.
Isnin pagi tadi, ke Jaya Grocer. Nak cari barang bukan tempatan. Ada geng bawang (anak solehah aka partner in crime), seronok lah rasa, baru ada mood nak keluar rumah. Baru lah jumpa rice cake macam torpedo ni.
Lama tak makan TTEOKPOKKI. Cukup 4 beranak memang seronok masak dan makan sama2.
Alhamdulillah siap elok.
Pukul 5 lebih, hubby sampai rumah. Dikongsi foto, yang di atas ni, tempat tido.
Tempat masak.
Tempat mandi.
Alhamdulillah cuaca elok, diorang buat ikan Salai.
Alhamdulillah sedap, anak soleh makan macam tu saja.
Hubby tunjuk foto kena mengorat dengan CIK LIN.
Ehh ada jugak pada kasut, berkenaan sungguh pada hubby.
Rindu semua, ni update blog dulu, nanti free kita BW ya. Komen pun belum balas2 lagi, aihhh nanti ya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.
penuh aktiviti Mulan, kak ana rasa macam nak bake brownies lah juga jap lagi, bahan ada tu :) huhu :)
ReplyDeleteAmmi sejak anak dara pandai baking, ammi terus lupa macam mana nak hidupkan oven (hahaha over tak?). Tp rasanya kalini ammi nak buatlah brownies sblm dia balik cuti hujung bulan ni. Mesti dia teruja ammi sambut dia dengan brownies haha
ReplyDeletebestnya gathering beramai2! cutenya head scarf tu hahahahah
ReplyDeleteBest plak nampak brownies tu..SA of course la x pandai buat...wow ikan salai...sedapnyaa...ikan jenis apa agaknya tu ...cik lin dan cik cat tu SA dah berani dah since terjebak dalam dunia hiking...tteopokki tu SA baru belajar makan dengan Dania..blom jadi fav lagi...
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronoknya mak anak2 semua pandai masak...
ReplyDeletekalau masuk hutan tak sah la tak kena ngorat dengan cikLin tu...adoi, terbayang pula cara dia bergerak2.. hahaha
Cantik kejadian brownies dan nampak sedap2 semua gambar makanan yg Mulan share. Meleleh ailio dah niiii, Mulan.
ReplyDeleteCantiklah kejadian brownies tu...
ReplyDeleteTakpe Kak, next time ada rezeki kita jumpa hehe
Kiut jer pakai knitted head scarf tu..hehehehehehe
ReplyDeleteKalau masuk hutan Cik Lin, Cik Pac.....seram juga sebab suka hisap darah kita. Tteokbokki tu suka juga tapi nak mengunyah mau lenguh mulut ni.
ReplyDeleteSaya failed buat brownies...dah beberapa kali attempt but failed...
ReplyDeleteKalau tengok akak masak-masak simple tapi sedap betul nengoknya. Suka dana tengok kedai makan yang ada banyak pilihan kuih muih rambang mata nengoknya hahahha. Dana tak suka masuk hutan, jadi memang anti betul dengan lintah atau pacat
ReplyDeleteUntung juga ada anak soleh dapat lah teman ke KL. Siap sempat buat brownies lagi tu. Dah lama tak buat pun tetap menjadi, skill tak hilang. Alhamdulillah dapat juga bawa bekal untuk keluarga di sana. Dapat berkumpul dan makan-makan tu yang best.
ReplyDeleteBanyak pilihan menu di Jemuju Kasih ni, tak rugi singgah makan sarapan.
Cantiknya hasil kait tu. Berbakat ada menurun bakat rupanya.Ada anak soleh dan solehah ni meriahlah sikit rumah. Usik mengusik tu biasa.
Ingatkan ada geng laut je, ada geng hutan juga. Aktif dan banyak betul hobbynya. Baguslah banyak aktiviti.
kalau masuk blog mulan sure akak rasa akak yg penat. .hehe. active sunnguh la u ni.
ReplyDeleteCantik, crocheted head scarf anak solehah buat. Boleh disuruh abangnya pakai, ye. 😁
ReplyDeleteSedap, tengok brownies Mulan buat.
Saya tak pernah makan jjajangmyeon. Teringin juga nak cuba camana rasanya. Dulu ada jual di familymart, sekarang dah takde.