Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Lama betul tak bersiaran, rindu semua. Busy sekejap.
Khamis tengahari. Kawan Haji tilam sebelah di Mina call kata nak singgah rumah. Mulanya 3 couple, kemudian 5 then 8. Panic sekejap tapi seronok sangat. Sekarang kan boleh order je, senang sangat Alhamdulillah. Semua ni geng Haji 2022.
Call Sate Zul Kuantan. Order dan bayar siap2, pukul 4pm hubby pick up. Hubby singgah beli keropok lekor dan goreng pisang jugak.
Pagi nya memang dah keluar, visit mak dan cari barang2 especially Pisang Emas. Dekat 2 jam jugak pusing bandar Kuantan cari, Alhamdulillah ada satu gerai di Bukit Setongkol banyak stok pisang emas. Terjadi lah PUDING RAJA. Asalnya untuk program esoknya. Tak apa kita buat untuk first round dulu. Alhamdulillah seronok makan2 borak2 sebab lama jugak tak jumpa. Last, di Alor Setar bulan 5. Wedding anak geng Haji jugak.
JUMAAT PAGI. Kami sampai di sini.
Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant, Kemaman, Terengganu.
Barisan AJK Reunion. And I am one of them, the kepoci haha. Berbaju Kedah kami di bawah sinaran mentari. Tahun lepas semua sepakat dan setuju Reunion ke 3 diadakan di Pantai Timur. So team Haji Pantai Timur sama2 cuba menguruskannya.
Alhamdulillah cuaca terang cantik.
Meja yang dekat ni, kami AJK pakat bawak potluck. Deco sikit2. Meja sana, resort nak hidangkan makanan dia. Resort ni dibina kemudian, asalnya cuma restaurant. Owner dari Iraq, berkawin dengan warga tempatan, orang Terengganu.
Kek Lemon dan Kek Marble saya buat. Tiapnya 1 adunan saja, tapi buat 2 loyang kecil. Patutnya 4 kek lah kan.
Siap masuk kotak satu kek ni di rumah.
Tapiiiii yang satu ni, terjatuh dan terlepas dari tangan ke atas chopping board (bersih). Berderai pecah lah nya. Kemalangan yang tidak diingini tapi atas kuasa Ilahi. Still boleh makan cuma berderai lah pecah nya. Simpan dalam bekas, tinggal je lah di rumah.
Antara potluck kami. PUDING RAJA second round. Dapat 2 bekas ni.
Alhamdulillah pihak resort dapat memenuhi request kami, untuk adakan ruang tidur Haji2 umpama di Arafah dan Mina. Untuk kami yang perempuan, kami tidur di bilik2 resort. Jumlah semua dalam 100. Tak cukup bilik di resort, kami book satu homestay berdekatan.
Petangnya bila hampir semua sudah tiba, apalagi jalan2 pantai lah kan. Mostly memang dari KL, Selangor, Utara dan ada dari Melaka. Excited lah tengok pantai. Kami yang duduk dekat pantai pun sama excited.
Memang seronok.
Malamnya ada tazkirah dari Ustaz yang juga bersama kami ketika mengerjakan Haji dulu.
Dinner time. Owner resort sediakan Kambing BBQ style Iraq, sedap sangat2 Alhamdulillah.
Ketika kami menetap di Kerteh dulu, Al Safina ni memang antara tempat kami datang makan, apalagi kedai Arab pertama. Memang sedap.
Selepas dinner, majlis meraikan Birthday dan Anniversary. Ada antaranya yang dah pencen lama dan kelakar, asbab ukhuwah kami kekal hingga kini. Tak kering gusi, ada je modal nak buat kami gelak.
Petangnya ada yang mencari durian, jadi dessert lepas dinner lah ni.
Tema dinner, Jubah/Kaftan Batik.
Enjoy semua makan durian.
Walaupun resort ni kecil, tapi ada ruang cantik untuk kami bergambar. Apalagi tepi pool ni.
Ucapan Selamat Datang ni sebelum tazkirah Maghrib sebenarnya.
Sebelum balik bilik. Zzzzz mengantuk.
Sabtu Pagi. Breakfast semua sedap tapi lupa snap foto. Ada Laksam, Nasi Dagang dll.
Program Hari Sabtu.
CSR (Corporate Social Responsibility)
Bersama GENG PLASTIC IJA (GPI).
Geng Plastik Ija (GPI), juga dikenali sebagai Geng Plastik Hijau, ditubuhkan pada tahun 2017 di Terengganu. Tujuan utama penubuhan mereka adalah untuk menjaga kebersihan alam sekitar, terutamanya pantai di Terengganu, dengan menjalankan aktiviti pembersihan sampah secara sukarela.
Ustaz, Professor, Datin antara nya sama2 enjoy dengan program ni.
Foto atas tu dikecam lucu dalam group Whatsapp. Geng mengelat, tapi kesihatan perlu diambil kira. Umur hampir 70 pun ada. Cuaca tak lah terlalu panas, ada angin yang bertiup dari Laut China Selatan, kurang rasa hangat teriknya.
Tema Sabtu adalah Haji Hajjah Bersarung. Hehe berbatik lah masing2 dengan kreativiti masing2.
One for the album selepas menimbang berat semua sampah yang dikutip pada pagi Sabtu. Kami berjaya mengutip 262kg sampah bukan organik untuk dilupuskan di tempat yang sepatutnya.
Selesai program mengutip sampah, kami disajikan dengan air kelapa. Fresh dari pokok.
Sukaneka. Bowling buah kelapa.
Pemenang Best Dress Tema Bersarung, couple yang sering buat kami ketawa. Ustazah pun sama2 seronok, jauh datang dari Pulau Pinang. Ustazah juga ada bersama2 dulu mengetuai jemaah Haji kumpulan besar kami.
Haji2 conquer swimming pool.
Siapa paling lama tahan nafas dalam air. Ehh hubby kita paling lama rupanya, 50 saat. Diorang ni main dalam air, wife2 semua dah ke bilik, packing dan ready untuk check out.
Lunch.
Ada Ikan Singgang & Ikan Goreng.
Dan budu...!!!
Last but not least menyantuni jemputan Tuan Haji Harun untuk Majlis Aqiqah di rumah nya di Chendor. Moga ukhuwah kami kekal selamanya.
Semalam sampai rumah, keluarkan semua barang dari kereta, tertidur hampir 2 jam. Slow2 kemas, memang agak penat tapi seronok. Pagi tadi hubby pergi brisk walk, kita dah cakap awal2 tak mau ikut, penat. Settle kain dll, hubby balik bawak makanan untuk breakfast dan lunch. Siap makan, terlelap sejam setengah hehe.
Nanti body system dah elok sikit, kita BW ya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.
Alhamdulillah..seronoknya ukhwah terjalin sehingga kini..siap ada reunion .semoga terus berukhuwah.. aamin
ReplyDeleteAlhamdulillah, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Deletemeriahnyer uoolss., hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSalam singah ya..meriahnya saling kerjasama erat persahabatan
ReplyDeleteSalam dan Terima kasih singgah sini
DeleteSeronoknya reunion. Semoga haji dan hajjah sentiasa sihat, dapat bertemu lagi untuk rapatkan ukhuwah.
ReplyDeleteMemang seronok. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin dan Insyaa Allah
DeletePernah sekali je rasanya makan puding raja. Mungkin orang tu buat tak sedap terus Cie jadi tak minat pun nak repeat makan lagi.
ReplyDeleteYa betul kadang macam tu lah kan.
DeleteBergambar sambil posing pegang duran tu yang paling mahal tu....
ReplyDeleteHehe memang mahal
Deleteseronoknya..ada reunion...tempat tidur style di Arafah & Mina paling win...overall, bestlah..siap ada aktiviti CSR...terbaik barisan AJK, tahniah!
ReplyDeleteAlhamdulillah semua sporting dan terus berukhuwah. Ya betul tempat tidur tilam macam di Arafah dan Mina paling best.
Deletealhamdulillah.. tertarik dengan puding raja tu.. dah lama tak makan.. ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah. Try la buat Puding Raja tu, senang je cuma kena ada jalamas lah.
DeleteMasing2 sporting...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteBestnya Kak! Kami geng haji dah lost contact tapi dgn geng Sahabat TH masih berukhuwah tapi di alam maya je, sesekali je jumpa ikut lapang masing2..
ReplyDeleteMenggoda betullah puding raja tu kak... yummy!
Alhamdulillah semua masih berukhuwah. Senang je buat Puding Raja ni cuma kena ada jalamas tu lah.
Deletebestnya dpt gathering2 gini ! puding raja tu nampak sgt sedap laa..terliurrr
ReplyDeleteAlhamdulillah. Puding Raja memang sedap
Deletewahh reunion geng haji ye. unik betul tidur macam style tilam di mina' tu. mesti terkenang memori masa kat sana
ReplyDeletekalau mak saya jumpa geng haji dia time kenduri jelah. takde pulak reunion besar2 camni. yang penting ukhuwah nya tetap terjalin
Alhamdulillah pihak resort dapat buat tempat tidur umpama di Mina dan Arafah. Group kami ni ramai yang sporting Alhamdulillah
Deletewah siap ada tmpt tido ala2 musim haji gitu..mmg unik...best dpt gathering mcm ni..makan2, aktiviti pantai
ReplyDeleteTu lah Alhamdulillah pihak resort dapat buat tempat tidur umpama di Mina dan Arafah. Memang best makan borak dan beraktiviti.
Deleteseronoknya....Tahniah kerana berjaya menyusun itinary untuk majlis reunion, kagum dengan 100 org jemaah .... berjaya membuat dan menyusun program yang sangat menarik.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok dan semua sporting.
DeleteMoga ukhuwwah berpanjangan.
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin
DeleteBestnya bonding macam ni... siap ada reunion lagi... semoga ukhwah berkekalan kak
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin. Memang best.
DeleteSporting semua ikut tema dan ramai dapat sertai perjumpaan. Ramai dapat datang.
ReplyDeleteBetul semua sporting,
DeleteSeronoknya gathering dengan rakan- rakan masa buat haji...ramai jugak ye kak...semoga ukhwah terus berpanjangan ye...SA tumpang seronok
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin. Memang seronok.
DeleteAlhamdulillah...Seronok dapat menjayakan gathering macam ni. Selain aktiviti makan-makan dan sembang ada juga aktiviti yang lain. Memang best. Salutelah dengan semua yang terlibat. Semoga silaturahim terus terjaga.
ReplyDeleteSuasana pantai, siapa je yang tak excited kan. Nampak laut secantik itu tenang je rasa. Saya suka suasana laut sebelah Pantai Timur sana, cantik airnya biru hijau. Kalau belah sini dekat laut selat Melaka tak secantik air laut China Selatan. Belah-belah Kijal ni banyak juga tempat menarik. Sepanjang lalu situ dari Terengganu banyak nampak tempat menarik untuk singgah.
Puding raja tu tak dapat-dapat lagi nak merasanya. Kalau nampak orang jual, kena beli juga ni.
Alhamdulillah memang seronok. Jumpa borak makan dan beraktiviti sama2 apalagi tepi laut. Try la nanti Puding Raja tu kalau jumpa.
DeleteAlhamdulillah....seronoknya dapat berkumpul semua. Ramai yang sporting jadi terjaga ukhwah. Kita pulak yang excited baca entry ni hehehhe..
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok dan semua sporting
DeleteBaca tajuk, suspens juga, ingat kemalangan apa. Rupanya, kek marble yang kemalangan ye. Takpe, masih boleh dimakan.
ReplyDeleteMasya-Allah, masih keep--in-touch ye, sama-sama peserta rombongan haji. Seronok tengok, dapat catch-up cerita dan join pelbagai aktiviti menarik sama-sama.
Tu lah kemalangan nya. Tak apa masih boleh makan. Alhamdulillah diizinkan berjumpa dan ber-reunion untuk kali Ke 3. Memang seronok borak makan dan beraktiviti sama2
DeleteAlhamdulillah walaupun dah 3 tahun berlalu tapi ukhwah tetap terpelihara sampai sekarang. Sporting betul group haji Kak Mulan ramai yg sanggup turun utk acara reunion ni 👍🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah moga semuanya terus berukhuwah hingga ke Jannah. Memang sporting.
DeleteSedapnya nampak puding raja tu, mesti sedap sebab akak yang buat. Meriah kak geng haji dan hajah punya perjumpaan. Aktiviti bersihkan pantai tu memang menarik kak. Moga silaturrahim semua geng tu berpanjangan
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin. Senang je buat Puding Raja tu cuma kena ada jalamas. Memang meriah makan borak beraktiviti sama2.
DeleteAlhamdulillah ukhwah berpanjangan dan ada reunion bersama konco-konco. Meriah dan happening sungguh. Dengan macam-macam makanan. Ada games. Makan durian. Minum air kelapa. Semuanya best sangat. KSarie tumpang happy bila baca coretan ini
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Insyaa Allah. Memang meriah sama2 borak makan beraktiviti.
DeleteKak Mulan, ini semuanya dulu pergi haji di batch yg sama ya? Aiiiih saluuut sayaaa, masih terjaga silaturahmi nyaaa, dan ramaaaai pula. Kalo sebatas keep contact 4-5 orang, masih wajar. Tapi kalo sampai lebih dari 50, two thumbs up lah kak 👍👍👍👍. Bukan mudah untuk mengumpulkan semua .
ReplyDeleteMenariiik sangat resortnya, bisa dibuat tidur bersama ramai yaaa 😄. Memang mengingatkan masa di haji tuh.
Makanan juga sedaaap. Penasaran pula kambing bakar Iraq macam mana rasanya .
Semoga tetep terjaga hubungan sampai kapanpun yaa
Ya Fanny semuanya sahabat yang sama2 pergi Haji dulu. Majoriti nya pasangan suami isteri. Alhamdulillah masih kami semua teruskan silaturrahim. Dan juga ramai yang retired maka mereka ada masa untuk join reunion.
DeleteResort memang menarik, bukan yang 4-5 star, tak besar jadinya senang uruskan reunion. Alhamdulillah pihak resort dapat buat tempat tidur umpama di Mina dan Arafah.
BBQ Kambing Iraq style tu memang sedap. Juicy dan rasanya lain dari Kambing bakar lain.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin moga ukhuwah kekal selamanya
huaaa... respek. ini reunion berskala besar namanya. meriah sungguh penuh dgn aktiviti yg bermanfaat.
ReplyDeletea very goodjob untuk semua penganjur, ajk dan peserta.
Alhamdulillah smooth semuanya dan memang meriah dengan macam2 aktiviti 😍
DeleteBerdebar je baca tajuk.. kemalangan apa tu... rezeki orang di rumah lah nampaknya kek tu.
ReplyDeleteSeronok tu xtvtnya... bukan untuk diri sendiri sahaja.. juga kepada masyarakat setempat.
Betul rezeki yang di rumah. Memang seronok reunion eng Haji ni.
DeleteAlhamdulillah Mbak dapat berkumpul kembali dengan sesama rombongan haji...
ReplyDeleteMenarik juga tempat berkumpulnya Mbak dan,,,ah itu durian banyak sekali...aduh saya sudah lama gak makan durian...
Salam,
Salam Abah. Alhamdulillah memang seronok dapat berkumpul sesama rombongan Haji. Borak dan makan2 sama2. Apalagi ada durian, Alhamdulillah
Delete