Thursday, August 14, 2025

IKAN KEKEK MAK ILOI ILOI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Alhamdulillah stok ikan banyak lagi. Kita cuba ikan kan semua waktu makan selagi boleh.


MIANG PLA PAO
Dinner petang Selasa. Air fry je ikan tu, malas goreng nanti merecik minyak, kena lap dapur. Sos tu blend jus limau nipis, garlic, daun sup, sos ikan, gula, cili api secukup rasa. 

Makan dengan suhun dan sayur2 seperti dalam gambar. Alhamdulillah licin. Tulang ikan je tak habis.


Rabu, semalam.

Tumis garlic dengan butter, masukkan jus lemon, oregano, cili powder dan susu. Masukkan ikan. Bukan berkuah, macam gravy pekat je. Senang masak dalam periuk favorite ni. Tak merecik sangat.


Kentang ada sebiji je. Potong dadu, sprinkle oregano, olive oil, garam dan chili powder. Air fry, sebab malas goreng. Roti ada 3 keping. Potong dadu bakar dalam air fry. Jadilah crouton instant. Yang lain2 tu lettuce, tomato, timun, carrot. 


CREAMY BUTTER GARLIC BAKED FISH DENGAN TOMATO LETTUCE TIMUN CARROT KENTANG & CROUTON 

Panjang nama menu kali ni hehe. Tuang sos dari dalam periuk, lebihan masak ikan. Salad tu kami makan dengan Roasted Sesame dressing. Crouton terlebih gelap tapi still ok.


Siap je creamy butter fish, basuh periuk. Tumis herba campur, daun kari frozen, mayang bawang besar dan garlic. Lupa letak sedikit hirisan buah tomato.


Masukkan bawang besar blend dan serbuk kari ikan, suka guna Adabi. Dulu, kini dan selamanya. Tumis sampai naik minyak 2 kali. Agak2 je lah berapa banyak bawang dan serbuk kari tu.


Masukkan kepala ikan.


Bila terbalikkan ikan, kira dah hampir masak, masukkan sedikit santan kelapa, kotak pun tak apa. Tambah asam jawa, garam gula secukup rasa. Dah masak petang semalam, bila sejuk, masukkan periuk dengan ikan dalam fridge. Kari Kepala Ikan ni makan untuk breakfast pagi tadi. Panaskan Kari, goreng Prata frozen. Tangan ni masih bau Kari.


KIMCHI JJIGAE (STEW)

Sup Ikan Korea dengan kimchi dan pes Gochujang. Letak Enoki mushroom dan potongan timun. Sepotong ikan lagi, air fry je. Marinate ikan dengan minyak bijan, sos tiram dan lada putih. Menu lunch minggu lepas. 


Pulasan ni sedap, manis. Rupanya alahan sikit sebab tekak jadi gatal dan tak selesa. Orang kata maybe getahnya. Ya lah. Badan kita lain2 kan. Rasa badan macam nak batuk, rupanya perasan selepas makan pulasan. Makan je dulu, habis musim tak ada dah la. 


 Rendam sekejap ikan ni. Nak buat MI CALONG Insyaa Allah untuk dinner petang ni. Mi Calong ni, mi sup homemade bebola ikan. Mihun, mi kuning, kuetiaw pun boleh.

Kena update cepat sebab guna hotspot hp. Unifi problem. Esok baru technician diorang free boleh datang. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.

34 comments:

  1. Memang betul-betul Mulan ikan kan semua waktu makan!
    Sedap-sedap olahan ikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perah otak jugak nak masak ikan2 ni. Kena cari menu yang ahli rumah ni makan.

      Delete
  2. Banyak betul idea lauk kak Mulan nak habiskan stok ikan di rumah 👍🏻 Saya pun suka makan roti canai cicah kari ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kari ikan sedap dengan roti canai jugak kan.

      Delete
  3. Bestnya lauk serba ikan semuanya. Saya suka ikan lagi berbanding dengan ayam dan daging. Setiap minggu restock ikan kembung banyak-banyak. Menu-menu semuanya macam makan kat hotel/restaurant mewah dah rupa parasnya. Best betul tengok. Kecur tengok menu kimchi campur pes Gochujang letak enoki mushroom. Tambah ikan macam kimchi jjagae mewah pulak.
    Saya suka buah pulasan daripada rambutan. Suka memulas buahnya. Agaknya kena basuh dulu baru makan, baru ok kot tak sakit tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kena masak ikut selera ahli rumah. Jarang2 keluar, kita hidang macam di luar. Kimchi jjgae tu memang sedap. Sama lah kita, suka pulasan jugak. Maybe la kena basuh tapi rambutan tak pulak kena sakit tekak.

      Delete
  4. Salah timing baca post ni. Hari ni cuma sempat breakfast. Jadinya terus la lapar tergedik-gedik bila baca post ni. Adoi haruskah KSarie cari makan malam-malam buta ni😅

    ReplyDelete
  5. wah macam masuk dalam restoren ikan pelbagai jenis menu. Yang kimchi tu sedap kalau sekarang tgh hujan makan panas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada stok ikan, kena cari idea masak nya. Kimchi jjgae tu memang sedap.

      Delete
  6. saya suka ikan! tapi kalau mkn kat kedai, menu ikan semuanya mahal2 harganya berbanding ayam. pulasan tu saya tak pernah mkn..teringin nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ikan lagi mahal kan. Pulasan memang sedap MZ.

      Delete
  7. sedapnya ikan itu apabila dimasak. Dah tua2 ni sy lebih suka makan ikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan lebih elok dari ayam dan daging kan.

      Delete
  8. Akk mungkin jemu menu ikan, kami ni pulak jemu menu ayam hihi..
    Anak² suka betul ayam, kita ni sampai dah takde idea nak masak ayam 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa budak2 ni sekolah memang ayam la selalu nya jugak.

      Delete
  9. menu sepanjang masa ikan namanya ni...kat rumah SA menu mesti ayam, ikan...ikan...ayam...daging....ikan semula...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selang2 dengan ayam atau daging jugak ni hehe.

      Delete
  10. Fuh! Kuali dia siap ada awan larat!

    ReplyDelete
  11. Kari ikan tu nampak sedap Mulan....pekat.....

    ReplyDelete
  12. Sambil nyanyi baca tajuk. Hihi. Sedap2 semuanya tu.

    ReplyDelete
  13. Pandai olah, jadi macam-macam menu ikan.
    Kalau saya mau ketandusan idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ikut selera ahli rumah ni, kalau buat yang pelik2 takut tak makan.

      Delete
  14. Freshnya nengok ikan tu..
    Itu memang ikan kekek kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah fresh dari laut tapi kena simpan freezer jugak dulu sebab banyak. Hehe tu tajuk lagu je.

      Delete
  15. pelbagai resipi ikan...semua yummy!!

    ReplyDelete
  16. Makan ikan bagus, ada omega3. Sedap tengok menu-menu yang Mulan masak. Bagus juga masak dalam periuk, jadi kurang merecik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ikan ada omega3. Masak menu yang ahli keluarga ni makan je. Hehe malas lap kan, guna periuk kurang sikit merecik.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com