Saturday, August 16, 2025

HAPPY WEEKEND

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

MI CALONG, dinner petang Khamis.


Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bawang putih diketuk2. Masukkan air, sup punjut dan tulang ikan (isi ikan diguna buat fish ball). Biarkan menggelegak lama.


Isi ikan, bawang putih, daun sup, lada putih, garam, tepung ubi, air ais. Saya guna hand blender (processor) SAMU GIKEN. Nak tumbuk dalam lesung pun boleh.


Bila dah lama menggelegak (bila dah siap buat fish ball), tangguk keluar semua di dalam sup. Tinggalkan sup punjut saja. 


Sambil sup menggelegak, bulatkan doh fish ball dan masukkan ke dalam sup. Saya, ter-over rajin. Guna sudu dan jatuhkan ke dalam sup. Tadaaa, makhluk yang rajin.


Tak apa walaupun tak cantik jadi fish ball, jadi fish disudukan, juga boleh makan.


Masukkan hirisan fish cake, potongan keropok lekor dan tahun bulat goreng. Juga garam.


Yang kelabu gelap tu, potongan keropok lekor. Stok frozen memang wajib ada.


Makan dengan mihun, hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan lettuce (salad) dan kicap cili sambal brand ENAQ. Yang pandai dan rajin buat kicap sambal, memang champion. Ada balance, anak soleh sambung makan untuk breakfast Jumaat. Hubby makan sorang2 di luar lepas turun bukit. Mummy makan roti sebab rindu lama tak makan roti dengan peanut butter + jam.


Jumaat, lunch. Ada akak geng Haji bagi telur itik minggu lepas. Kita masakkan lemak cili api, ikan sekeping tu air-fry garam kunyit + daun salad. Pelakon tambahannya SAMBAL HITAM dan SAMBAL PENYET (hilang dari radar). Aduii, menambah nasi. Diet tak cemerlang.


Jumaat dinner. BEEF WRAP.


Tumis bawang besar dadu, masukkan minced beef, 1000 island, sos cili, lada hitam dan serbuk cili. Perasakan ikut sedap masing2.


Buat 3 portion, guna 3 telur. Letak minced beef dalam kuali leper, tuang telur yang dipukul.


Tekapkan dengan tortilla. Sapukan butter pada tortilla.


Bila agak2 telur dah masak, terbalikkan.


Letak cheese slice dan daun salad di sebelah bahagian tortilla.


Flip kan jadi separuh. Angkat bila cheese dah mencair.


Alhamdulillah sedap sangat. Combi 1000 island dengan sos cili memang sedap dalam minced beef tu.


Sabtu, breakfast pagi tadi. Mihun goreng sawi + keropok keping. Breakfast sebelum hubby masuk hutan. Dia, kalau tak masuk lautan, dia masuk hutan.

HAPPY WEEKEND SEMUA. Alhamdulillah atas semua nikmatNya.
Tunggu anak soleh balik kerja, nak drive berdua ke KL ambik anak solehah cuti semester. Moga dipermudah kan segala urusan kita semua. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.

28 comments:

  1. Mi Calong tu tak pernah try lagi tapi kalau tengok bahan2 tu memang saya akan suka la.

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak makan mi calong. Kalau ke Kuantan baru la dapat makan. Nak buat sendiri kurang rajin. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bahan ada, agak senang sebenarnya tapi tu lah kadang malas jugak.

      Delete
  3. Selamat berhujung minggu Mulan.
    Sedap kan mi calong. Pernah makan sekali, tapi tak ingat di mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kak Amie masak mesti lagi sedap.

      Delete
  4. Mi calong, macam mudah nak buat..tapi kita tak rajin nak buat fish ball sendiri. Hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada bahan dan mesin kecik tu, senang jugak sebenarnya. Tapi tak selalu rajinnya hehe.

      Delete
  5. Nak try la mi calong tu kak, nampak senang je nak buatnya...

    ReplyDelete
  6. Ohh macam ni buat mi calong, macam tumis sup ayam biasa tu jugak. Kena tangguk bahan tu untuk dapatkan sup yang plain dan makan tanpa gangguan kena asingkan bahan-bahan tu. Kalau tergigit boleh buat patah selera juga tu. hihi..
    Apa ada pada rupa kalau rasanya dah cukup sedap kan. Untung juga ada food processor. Nak tumbuk guna lesung pun ambil masa juga tu.
    Meriah sup calongnya banyak rencah yang kita suka boleh masukkan.
    Beef wrap tu tebal betul banyak isinya, kenyang dan puas makan. Ada cheese tu yang buat kita tergoda tu.
    Sedapnya bihun goreng macam tu, ada kicap-kicap sikit. Lagi sedap makan bersama keropok keping. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak senang kalau cukup bahan. Kalau tak tangguk, kacau selera kalau tergigit rempah tu. Beef wrap tu, combo thousand island dengan sos cili memang sedap. Bihun goreng memang sedap dengan keropok goreng

      Delete
  7. Pertama kali tengok mi calong.. nampak sedap tambah² lagi ada fishball homemade.
    Husband Mulan masuk lautan bawa balik ikan, tu masuk hutan mungkin bawa bawa balik sang kancil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Calong ni asal Kuantan. Hehe diorang tak berani cari kancil.

      Delete
  8. sedapnya mi calong...byk bahan2nya...ada kepok lekor...nice!

    ReplyDelete
  9. Meriah makanannya...dah la gambar closed up..

    ReplyDelete
  10. Mee calong tu la paling sedap kak... tapi rajinnya lahai akak buat. pastu gulai telur itik tu alahai sedapnya. pastu beef tortilla tu macam nak cuba jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap buat kami. Gulai telur itik memang sedap. Try la beef tortilla tu. Dana masak lagi sedap.

      Delete
  11. tak pernah tahu kewujudan nama mee calong tu , tp saya memang terliur tgk gmbr tu! saya noodle lover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Calong ni asal Kuantan. Kami pun noodle & sup lover hehe.

      Delete
  12. Mee calong ni masakan negeri mana kak?
    Pandai akk masak memasak... Biasa belajar mana?
    Kena sedut semangt kak Mulan utk memasak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Calong ni asal Kuantan. Tak pandai sangat masak tapi minat, ada kala dulunya terpaksa masak sebab bila tak ada yang halal. Bukak YouTube, IG masak2 memang seronok tau.

      Delete
  13. Sedapnya mee calong...SA nak belajar buat la...beef wrap tu pun SA nak belajar buat...sesuai untuk diet SA tu...dapnyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Mee Calong sebab jenis sup kan. Beef wrap pun senang dan sedap. Boleh tukar filling apa2 kita suka.

      Delete
  14. Tak pernah terfikir saya, potongan keropok lekor, boleh masukkan dalam sup. Saya ingat, meatball bakso, masa first tengok gambar. Mihun goreng tu nampak sedap! Feveret saya, mihun goreng. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 ada jugak mak guna potongan keropok lekor untuk letak dalam lauk sayur air. Mihun memang favorite kami jugak.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com