Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FOCACCIA. Antara request dari anak solehah cuti semester ni. Extra happy dan busy sikit bila complete family kat rumah ni, nanti free kita BW ya.
Booster RAJIN especially bila lengkap ahli family di rumah, cepat je buatnya. Make up Focaccia guna apa yang ada. Tak ada nak kaup tepi ke tengah pun. Adun macam cekodok, tunggu naik, tuang dalam loyang square. Tunggu naik dan hias tepek focaccia tu.
Klik --> RESEPI FOCACCIA
Mushroom Soup. Nanti free kita share lagi resepi.
Alhamdulillah elok jadinya.
Focaccia cicah Mushroom Soup. Yummm Alhamdulillah.
Antara corak dan idea Focaccia yang digugel.
WANTAN & DUMPLINGS MEE SOUP.
Kulit wantan dan dumpling dah setahun lebih dalam freezer. Ada assistant kat rumah so kita buat lah.
Dumplings masuk dalam sup. Guna kulit udang frozen, kisar ambil air dibuat sup.
Wantan digoreng. Sawi silap termasuk awal.
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN. Derhaka resepi, kurang naik membukit. Dah tau sebabnya tak naik, gatal tambah itu ini, tapi sedap Alhamdulillah.
Breakfast pagi tadi. Lama tak goreng Kuetiaw.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.
Seronok ada yang nak makan bila dah masak...lega bila dalam periuk x ada baki...
ReplyDeleteBetul tu Alhamdulillah
DeleteSeronoknya pandai masak...sedapnya jadi tukang makan je..hihi..kalau Linda surrender bab masak, selalu offer untuk mengemas je
ReplyDeleteSuka masak sebab suka tolong mak dan arwah arwah dulu2. Tapi yang senang dan menu yang suka hehe
DeleteAlamak datang sini nampak sedap Mulan masak. Cantiknya Focaccia Mulan tu. Wantan tu pun suka betul saya. Dumpling pun suka.....
ReplyDeleteFocaccia tu tepek je apa yang ada. Wantan dan dumpling memang favorite semua di rumah ni.
Deletedari dulu sis memang suka tengok focaccia ni.. design dia cantik2.. tapi sis xde skill bab baking ni.. risau pulak jadi roti bantat pulak nnt.. hehehehe..
ReplyDeleteDulu2 memang selalu tak jadi buat resepi guna yis, Alhamdulillah cuba banyak kali, elok Insyaa Allah
Deletecantiknya idea-idea Focaccia tu , hat Mulan buat pun cantik sangat dah.. Alhamdulillah atas setiap rezeki yang di nikmati dariNya...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteFocaccia…saya tak pernah makan. Macam roti ya? Makan dengan mushroom soup.
ReplyDeleteCantik dihias macam lukisan bunga.
Betul macam roti sebab guna yis. Anak solehah ni ajak try buat dulu.
Deletecantiknya corak-corak focaccia tu
ReplyDeleteTepek je sayur yang ada hehe
DeleteSama! Kita suka masak untuk anak-anak kita. Sabtu Ahad time tak kerja tu memang kita stay dapur je, cooking and baking while watching kids play games or tengok TV. Best :) Kita pun ada kongsi resepi foccacia: https://www.ceritamak.com/2023/08/simplicity-at-its-best-no-knead.html. Nak resepi Mulan juga please.
ReplyDeleteThanks for sharing. Resepi saya guna -->
Deletehttps://sallysbakingaddiction.com/garlic-rosemary-herb-focaccia/#tasty-recipes-71139
Telan ailio SA dibuatnya tengok masakan akak ni..berseni betul..kalau SA yang baut ntah jadi apa Focaccia tu...wantan dan dumpling soup to buat drooling gak....
ReplyDeleteMemang banyak kali cuba resepi guna yis ni Alhamdulillah semakin ok. Wantan dan dumpling memang favorite kami.
DeleteCantiknya hasil kejadian Focaccia tu. Seronok anak soleh solehah ada kat rumah, buat makan-makan. Makan bersama dan ada pembantu. Buat dari scratch tu dumpling tu. Terbaiklah. Confirm sedap dan berselera semuanya makan. Menu dapur kat sini dah macam dapur hotel gayanya.
ReplyDeleteMemang seronok Alhamdulillah. Masak apa yang diorang suka dan dah biasa masak.
Deletekita suka muffin yg tak naik camtu, hahaaa...
ReplyDeleteya ALLAHuuu cantik dan berseni sangat corak atas tu, kakMulan.
suka tengoknya, nak buat memang tak tercapai dek akal.
Oh ya ke, muffin memang selalu membukit kan. Corak2 tu kita copy je lah hehe.
Deletefocaccia tu dh mcm art work laaa...terliurrr sbb comel dan sedappp
ReplyDeleteSenang actually macam adun cekodok cuma kena tunggu naik.
DeleteHoih... Ini makanan ke painting?
ReplyDeleteCantik kan corak kat gugel tu.
DeleteSaya pun sama, kalau tiga-tiga anak ada di rumah, tambah sibuk, kerja masak je. Hehe.. cantik sungguh kejadian focaccia. Masya-Allah, mushroom soup buat from scratch je, tak perlu beli dalam tin. Suka saya menengoknya. Mesti sedap. Muffin chocolate pun, dan mi wantan. Yummy.. 😋
ReplyDeleteBetul memang busy kalau anak2 semua kat rumah, seronok sangat masak apa diorang suka dan makan sama2
DeleteSelamat pagi Mulan.
ReplyDeleteTengok gambar pertama saya ikut rasa gembira. Cantiknya kejadian Focaccia.
Eh, skrol ke bawah nampak banyak corak focaccia dari Pak Google. Masya Allah. Cantik-cantik semua.
Ini yang buat saya teringat-ingat dan sudah tentu akan rasa gembira sepanjang hari.
Selamat Pagi Kak Amie. Moga ceria tenang selalu. Kalau gugel memang lagi banyak coraknya, geram tengok. Take care tau, moga dipermudah kan semua urusan Kak Amie
DeleteRumah sebelah ada kosong Kak? Haha ..
ReplyDeleteDah la tengah lama, tengok semua makanan ni bertambah lapar 🤭
Focaccia tu lawa² la... Boleh buat niaga Kak... Rasa tak dengar lagi org jual focaccia tu
Hehe takde kosong tapi datang lah bagitau awal. Kalau gugel memang banyak2 lagi coraknya
Deletehuiiishhhh orang kalau dah pandai masak plus tgn kreatif ni... buat apa je nampak sedap lg menyelerakannnn
ReplyDeleteAlhamdulillah dengan izinNya
Deletex naik x pe janji sedappppp
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletecantiknya focacia tu. nampak mcm bentuk fireworks pun ada jugak
ReplyDeletealaa takpe muffin tak naik pun, yg penting sedap dan licingg
Betul kan hehe macam fireworks. Alhamdulillah muffin tak naik tapi sedap.
DeleteKalau dah liat foccacia kakak, langsung sukaaaa lah. Cantiiiik sangat hiasannya 😍😍😍. Memang sedap lah nih makan dengan sup kental yg creamy 👍👍👍👍.
ReplyDeleteLangsung teringat masih ada kulit dumplings . Tapi saya simpan di kulkas bawah, yg bukan freezer. Sebaiknya di freezer biar awet yaa? Nanti nak buat dumpling lagi laah.
Anak2 suka sangat focaccia dan mudah buat nya. Memang sedap makan dengan mushroom soup.
DeleteKalau apa2 yang belum guna, memang disimpan di freezer sebab lagi tahan lama.
Bila Mulan mention kulit wantan dalam freeze dah setahun, baru teringat kat freezer sendiri pun ada sebungkus😅.
ReplyDeleteMacam nak buat juga lah.
Hehe tak apa dalam freezer tahan lama
Deletesedapnya dumpling dlm sup tu...pelbagai design Focaccia
ReplyDeleteKena buat sebab kulit dumplings dah lama dalam freezer hehe.
DeleteCantik kan design focaccia tu.