Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Alhamdulillah terjadi akhirnya HOMEMADE HOTDOG.
Lama bread machine ni tak gerak. Brand Samu Giken. Nak sangat yang warna hitam, harga below RM300 dan tak besar. Saiz normal roti sandwich. Dah 3 tahun kot.
Follow la IG CheTa Sintok ni. Resepi dia semua awesome especially roti. Memang belajar sendiri ikut resepi dia, step by step. Tapi CheTa buat ada step. Kita yang rajin ni, masuk je semua dalam bread machine, bahan cecair dulu baru bahan kering. Aiihh.
Frust asalnya sebab bila cukup 1 jam setengah, doh naik sikit je.
Biarkan dalam tu 45 minit lagi, Alhamdulillah naik elok penuh mesin.
Oh doh ku, Alhamdulillah gebu gebas.
Ni screenshot dari IG CheTa. Bulat2 kan doh, saya buat 6.
Roll kan memanjang.
Gulungkan bentuk roti hotdog.
Picit2 bahagian yang hujung tu, termasuk bahagian tepi.
Bahagian dipicit supaya tak terbuka nanti. Bahagian tepi tu, picit2 dan lipat sikit ke dalam, untuk dapat bentuk roti hotdog tu.
Bahagian dipicit tu belah bawah ya. Susun dalam apa jua loyang yang ada. Loyang French bread ni pun lama tak guna, kena soal nanti. Griskan dulu dengan baking spray atau sapu dengan butter. Tutupkan dengan kain bersih. Make sure cover semua roti ni.
Baru beli 2 bulan kot. Hand blender + processor brand Samu Giken jugak. Banyak function set ni. Nak warna hitam dan handy, tak besar, just nice untuk 2-3 orang. Yang ada tu, agak besar. Nak basuh tu kan, hmmm tak terkata rajinnya. Yang ni best sangat sebab tak sampai sejengkal saja mangkuk blend tu.
Resepi campak2. 2 dada ayam, 1/2 bawang besar, 2 garlic, lada hitam, oregano, thyme, basil apa2 lah, serbuk cili, garam, 1/2 cawan air ais (air dan ais), satu sudu besar minyak. Nak guna daun sup tapi tak ada.
Foto dari official Store Samu Giken dan beli di Shopee. Tadi tengok harga RM66 lepas guna voucher. Love sangat hand blender/processor ni.
Ada beberapa cara nak masukkan adunan ayam dalam plastik aiskrim ni. Battle dan struggle jugak mula nya. Last2, letak dalam plastik bungkus lauk, potong hujung jangan besar, sumbat ke dalam plastik aiskrim dan picit je. Paling mudah antara 2 cara yang sebelum nya. Malas nak share sebab tak jadi hehe. Abaikan saiz yang lain2 sebab bukan mesin yang buat hehe. Kukuskan sampai masak.
Alhamdulillah 45 minit naik elok. Kena tutup dengan kain tau sebelum tu, lupa snap foto. Sapukan dengan bancuhan egg wash iaitu 1 telur + 3 sudubesar susu yang dipukul bersama2.
Bakar 160'C bergantung pada oven masing2. Alhamdulillah elok cantik flawless. First time ni buat elok jadi.
Sausage ni dipanaskan atas kuali dengan sedikit butter.
Mummy punya, kena ada Sweet Relish dan sos cili.
Anak soleh punya ada cheese dan sos Sriracha. Hubby punya kena ada sos Honey Mustard. Tak sempat snap, hubby punya dah habis dimakan. Aihhh.
Hubby tu penat sebab baru balik laut. Alhamdulillah dapat 2 ekor ikan agak besar, kepala je dah sejengkal. Kita tengah struggle dengan roti dan sausage, tak sempat snap foto ikan sebelum disiang hubby.
Alhamdulillah dan seronok rasa sebab roti elok jadi, sausage pun dapat buat. Anak soleh ada ajak buat tapi asyik tangguh. Kami suka makan, juga suka masak. Tapi level rajin tu, berubah2 ikut mood dan semangat hehe.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.
impressed sgt!! bestnya sbb dpt buat versi homemade so terjaminlah bersih lah bahan2 nya!
ReplyDeleteAlhamdulillah keluar semangat rajin kali ni, moga terus rajin 😍
DeleteWahhh ni lagi sihat sebab buat sendiri. Puas hati sebab gemuk sausage tu....
ReplyDeleteInsyaa Allah, buat sendiri macam2 saiz boleh buat kan.
DeletePuas makan tu Mulan.....
DeleteBetul memang puas
DeleteBestnya kak kalau SA pandai buat semua ni...SA pandai buat lauk je...hahahaha....cekodok pandai la buat kak..ni ada plan esok nak bawak cekodok pi opis...muahahahaha
ReplyDeleteSA pandai dan rajin masak lauk lagi lah best jugak. Goreng cekodok tu kita suka tapi malas, camna tu hehe.
DeletePernah juga buat sosej homemade .rase dia memang lain..juicy sangat...tapi, sampai sekarang belum pernah repeat buat lagi, M lagi besar dari r... Hahaha
ReplyDeleteTakpe takpe Insyaa Allah sampai lah R tu tak lama lagi.
DeleteWow, kagum sangat. Saya tumpang happy juga. Menjadi flawless rotinya dan dapat buat sosej yang sihat juga. Kalau tengok doh naik elok tinggi memang menjadi lah tu rotinya kan. Bab roti ni saya memang tak cukup pandai, tahu beli je lah. Tapi sedap betul kalau dapat buat roti dan sosejnya sendiri kan. Berbaloi penat lelah bila menjadi.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat ikan besar-besar juga. Bertambah stok ikan dalam kulkas.
Alhamdulillah elok jadi hotdog bun dan sosej. Memang happy. Alhamdulillah jugak hubby dapat ikan baru2 ni.
DeleteBread maker tu dh lama teringin...bukan keperluan dan x ada masa nk godek benda tu nanti...
ReplyDeleteBetul tu, antara sebab cari yang kecik dan tak mahal.
DeleteWow sangat ni Mulan 👏🏽
ReplyDeleteRoti dan sosej semua buat sendiri. Sosej beli tu saya kurang suka makan sebab rasa masin sangat, ni kalau buat sendiri boleh buat ikut cita rasa sendiri.
Alhamdulillah dengan izinNya. Betul sosej yang beli tu agak masin kan. Buat sendiri boleh adjust rasa.
DeleteWah..sedapnya.. saya masih belum rajin nak buat sosej sendiri. sebenarnya kalau buat sosej sendiri tu lebih baik sebab kalau beli tu ntah..ntah banyak lemak je dalamnya kan.. saya pun follow ig che ta sintok, selalu buat donat dia yang sangat lembut tu, memang menjadi. Anak-anak sangat sukakannya.. diorang cakap donat ibu lagi sedap dari donat kat sekolah..hihi..
ReplyDeleteSebenarnya senang buat sosej ni tapi tu lah, kena kejar rajin tu. Best kan IG CheTa Sintok, macam2 resepi dia ajar.
Deletewahhhhh boleh bukak kedai...cantik gebus kejadiannya hasil air tangan mulan
ReplyDeleteKedai dalam dapur ni je hehe.
DeleteBestnya Mulan. Rajin sungguh. Terpesona KSarie tengok hasil akhir kejadian sosej dan roti tu. Boleh buka cafe dah Mulan ni😊Bila agaknya saya nak ada kerajinan macam ni kan😅Rajin makan macam-macam aje la setakat ni
ReplyDeleteBoleh boleh, bukak cafe kat dapur ni 😍😍. Rajin ni nak kena kejar jugak KSarie.
Deleteingatkan buat sosej je, rupanya buat sekali dengan roti. ni tahap rajin sangat dah ni
ReplyDeletememang gebu mulus rotinya. saya paling failed bab2 baking haha
Resipi semua senang tapi tu lah, semangat ni lari2 je.
DeleteMenarik sangat tgk hasil kejadian nya.. alhamdulillah toti dan sosej buat sendiri.. mmg another level.. sosej tu boleh la cuba tpi bab buat doh roti ni alahaii.. selalu tak jadi jer huhuuu
ReplyDeleteAlhamdulillah elok jadi. Mesin tu yang uli doh roti. Semangat nak buat kena kuat 😄
DeleteTerbaik Kak!
ReplyDeleteBole buat frozen sosej tu...
Roti & kek sy surrender awal2, fail bab timbang menimbang ahaha
Alhamdulillah elok jadi. Nak jugak try buat frozen sausage. Memang resepi tak timbang, semua guna cawan.
DeleteRasa2nya saya nak beli lah bread makers biar bisa masak roti tiap hari 🤣. Sosis pun bikin sendiri ya kak 👍👍👍. Dulu saya nak buat sosis sendiri, dah niat beli pembungkus sosis yg edible . Tapi tuhlaah, hanya niat 😄.
ReplyDeleteNtah kapan nak buat hahahahha.
Kalo dah roti, ini makanan fav anak sulung. Dia memang lebih suka roti drpd nasi.
Beli lah Fanny, bread maker yang ini simple dan tak besar. Juga tak mahal. Sausage senang buat nya, tapi itu lah, mau dipaksa buat nya. 😍😍
DeleteOrang dah pro campak2 pun jadi....
ReplyDeleteMakan satu kenyang sampai malam ni... lumayan banyak!
Campak dalam mesin, campak2 ikut rasa je uncle. Alhamdulillah elok jadinya.
Deletewow! hebatnya adik memasak..guna alat canggih..boleh oder dah ni..sedap.Pasti ramai yang suka makan
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteKagum. Kagum, dari A to Z rupanya. Menjadi dan berbaloi sungguh dapat hasilkan roti dan sosej sebaik ini. Tunggu kejadian lauk ikan tangkap sendiri pula.
ReplyDeleteAlhamdulillah elok jadinya. Ikan tu, kena tunggu semangat lain pulak.
Deletetabik sista, nampak tak kita tgh berdiri tegak ni sambil salute.
ReplyDeletekita baru buat tapiii roti by kedai, sosej by pasaraya, dapat buat 6ketui utk daktiga.
tak sanggup munggah dapor, maunya terbalik ku kerjakan nak buat A to Z.
akak terbaik!
Hehe sis pun tabik semula ni. Dulu2 suka tengok IG yang share resepi, memang ter-inspirasi sangat. Takpe slow2 Insyaa Allah jadi nanti.
DeleteBila menjadi tu kan..rasa happy tuuuu..
ReplyDeletenieyl pun sama juga kalau masak menjadi, happy sampai ke telinga...
mesin ni nieyl selalu buat donat je, tak pernah nak buat benda lain lagi...
Memang happy kan kalau jadi. Donat nak jugak try buat tapi kena roll, kena tunggu naik dan goreng, hehe banyak kerja tu. Bestnya Nieyl pandai buat donat.
DeleteCantik kejadian roti akak.. kalau selalu buat dh boleh open order.. hihi.. kwn sy pernah beli mould utk buat sosej.. tp guna plastik aiskrim pun not bad juga kejadian.. dh macam 1901 pun ada.. tahniah kak 👏👏👏
ReplyDeleteAlhamdulillah. Cari jugak mould untuk sausage tapi kecil saiznya. Plastik aiskrim macam lagi elok saiznya,
Deletemenarik sgt la mulan. gebu tgk dough yg dah diuli tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, awalnya tak naik, suspen jugak.
Deleterasa puas hati yg teramat bila kejadiannya sedap n elok. Selamat menjamu selera, ya
ReplyDeleteAlhamdulillah memang puas hati. Semua dengan izin Allah
DeletePuas hati dapat buat sendiri kan... Roti dan sosejnya pun menjadi dengan elok.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteMasya-Allah, sosej dan bun hotdog buat sendiri je. Barulah tak ada rasa masin atau bahan yang tak elok. Tahniah ye, Mulan, jadi, buat. Seronok tengok, nampak sedap. 😋👍
ReplyDeleteAlhamdulillah diizinkan Nya. Boleh adjust rasa ikut citarasa kita. 🥰
DeleteDana punya BM lama dah tak buat roti kak hahahah... bila tengok akak bt roti terus rasa nak cuba. Sos hijau tu nampak menarik la kak... mesti puas hati dapat menu semua buat sendiri
ReplyDeleteDana dah ada BM boleh la buat. Senang kan ada BM tapi tu lah kena tolak2 bagi rajin. Sos hijau tu relish ada jual kat supermarket. Memang sedap dengan hotdog.
Deletewah dr roti smp ke sosej homemade mmg puas hati la jwbnya
ReplyDeleteAlhamdulillah memang puas hati, semua dengan izinNya.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteCantik sangat kejadiannya. Paling best, sudah tentulah halalan toiyyiban.
Alhamdulillah semua dengan izinNya
DeleteBestnyer boleh buat sendiri.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.
Alhamdulillah
Deleteaihhhh.. ini takde kerja cari kerja ni 😅. buat dari scratch.. hasilnya elok sungguh tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah elok jadinya.
DeleteRasa puas kalau membuat sendiri ya Mbak.
ReplyDeleteBelum pernah nih istri saya membuat hotdog begini.
Melihat urutan prosesnya, sepertinya rumit juga ya membuatnya.
Hasilnya bagus sekali. Mbak Mulan ternyata jago masak-memasak ya...
Salam,
Salam Abah. Alhamdulillah ya memang puas dapat buat sendiri. Saya suka masak tapi dengan cara yang mudah dan pantas. Saya cuba olah sendiri. Tapi bahan2 kena cukup Insyaa Allah
Deletetuuuu diaaaa
ReplyDeletemmg gebu gebassss
gerammmm sy tgk!
Alhamdulillah
Deletesedapnyaaa sosej homemade...
ReplyDeletebyk byk pun tak apa ni hehehe
Alhamdulillah
Delete