Monday, June 09, 2025

AIDIL ADHA PENUH WARNA

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Taqobbalallahu minna waminkum.
Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

Belated. Kekangan masa dan tenaga nak buka blog. Kami beraya di Putrajaya. Plan bertukar last minute sebelum 10 Zulhijjah. Adik2 dan anak solehah tak boleh balik beraya di Kuantan. Cuti cuma Sabtu dan Ahad. Pujuk mak beraya di Putrajaya. Alhamdulillah dia setuju. Jumaat petang drive ke Putrajaya selepas Solat Jumaat. Alhamdulillah smooth trip. Tapi miss jugak lah sessi korban di Surau kami di Kuantan ni. Tahun depan lah Insyaa Allah.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.


Kuah Laksa yang sepupu mak buat awal, dibekukan. Kami bawa ke Putrajaya. Rebus spaghetti. Potong/hiris halus (kerja yang kurang suka haha) kacang dll. Rendang Ayam adik no3 buat. 


Lemang Petak beli siap di Kuantan. 
Sate pun order awal 2 hari.
Rendang paru hati limpa udang, sepupu mak buat. 
Semua masuk freezer dulu.
Nasi impit masak malam Raya. Guna pressure cooker, senang.

Opor Daging (warna hitam tu), second time try, buat Rabu petang. Masak dalam Noxxa. Tak tumis apa pun, spesis nak cepat hehe, blend bawang dll, masuk semua dalam Noxxa dengan daging. HP45. Empuk daging. Masuk santan dan kerisik. Masak hingga kurang sikit kuah, tapi tak kering. Macam pahit je tapi anak2 saudara yang suka Opor, semua kata sedap. Berbunga2 hati Mummy Long. Semua yang masak awal tu kami angkut bawa ke Putrajaya. 


Adik no2 bawak. Sedap dan cantik Talam Berlauk. Dia bawa Roti Jala dan Lontong jugak. Penuh dapur, penuh meja. Alhamdulillah.


Jumaat pagi2 lepas Subuh. Buat Brownies, anak soleh request. Tart tu adik no3 bawak. 


Lemon Cake pun dia request. Semua angkut bawa balik Putrajaya.

Adik no4 sampai lambat sikit je sebab family mertua buat korban di Ulu Kelang. Adik ipar bawa lontong, rendang ayam, semua sedap.


Alhamdulillah seronok meriah. Tapi sedih jugak tak dapat balik Taiping. Memang tak sempat sebab anak solehah ada class Isnin pagi (tadi). Tak dapat la jumpa biras baru dari Finland. 

Asalnya nak beraya di rumah je. Putrajaya pun hujan lebat pagi Raya. Mak suruh call aunty Presint 10. Ajak datang beraya. Aunty P10 kata, aunty Sg Merab ada di rumah, suruh kami semua ke rumahnya. Tinggal semua makanan. Tutup dengan tudung Saji dll. Kemas sikit2 terus konvoi ke Presint 10. Riuh rendah kami.

Siap makan, aunty Sg Merab pulak ajak ke rumahnya. Lepas kemas sikit2 rumah aunty Putrajaya, konvoi pulak ke Sg Merab. Tak jauh pun. Memang havoc. Ehh aunty2 sepupu2 pulak nak beraya rumah kami. Ada Laksa Pahang kan. Pusing2 semua sama tapi venue lain2. Lepas Asar pukul 5 lebih, penuh pulak rumah kami. Semuanya tak plan. Kami anak beranak dah beli awal2 tiket KARATE KID pukul 8pm di IOI Mall. Mak kata pergi lah, tak apa. Tinggal lah mak, adik dan cousin2 di rumah. Pukul 10.30pm sampai rumah, tak habis borak dan sambung makan lagi. Memang meriah. 

Ahad lepas Zohor dan lunch, kami hantar anak solehah balik campus. Kemudian beraya rumah aunty di Ampang. Alhamdulillah dapat jumpa cousin, wife dan anak2. Lama tak jumpa sebab dia di Alor Setar. Aunty Ampang busy dengan program korban di Surau Taman. Bawa balik Sup Daging. Alhamdulillah rezeki kami. 

Alhamdulillah smooth semuanya, selamat sampai Kuantan tadi (Isnin) pukul 3. Alhamdulillah anak soleh pun tak kerja hari ni, company bagi cuti Isnin.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

68 comments:

  1. Alhamdulillah... Yang penting dapat berkumpul bersama... Selamat hari raya aidil adha buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok dapat kumpul ramai2. Salam Aidil Adha buat Linda.

      Delete
  2. Waalaikumussalam.
    Salam Aidil Adha buat Mulan sekeluarga.
    Meriah sungguh juadahnya, warna-warni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha buat Kak Amie sekeluarga.
      Alhamdulillah seronok dan meriah.

      Delete
  3. wahhhh bestnyaaa meriahhh dpt bkumpul ramai-ramai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang ramai di KL, Selangor

      Delete
  4. salam eidul adha utk mulan sefamili! meriah betul juadah raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha buat MZ dan family. Alhamdulillah memang meriah.

      Delete
  5. Suasana ni yang SA rindukan sangat...sejak Mak dah xde..susah dah semua nak berkumpul...sedapnya semua menu kakak...lemon kek tu buat SA terliur..Salam Aidiladha kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha buat SA dan family. Betul mesti sedih, macam kami arwah ayah dah tiada. Spend lah masa dengan yang masih ada.

      Delete
  6. Selamat Hari Raya Aidiladha utk sis Mulan dan keluarga..meriah juga raya Putrajaya yea..Hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha buat sis sekeluarga jugak. Alhamdulillah meriah sebab memang ramai di area sana.

      Delete
  7. meriah menu-menu raya Mulan sekeluarga.. alhamdulillah.. tapi dalam banyak2 tu terliur kak ana tengok talam berlauk tu Mulan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah. Talam Berlauk tu cantik kan, sedap tau.

      Delete
  8. Meriah suasana raya Mulan. Macam raya puasa, saling kunjung mengunjung.
    Menarik lemang petak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah sebab adik2 mak dan adik2 semua di KL, Selangor. Lemang Petak tu beli di Kuantan bawak ke Putrajaya.

      Delete
  9. Seronoknya. Kami beraya di rumah saja. MIL datang dengan BIL tp BIL balik kg mertua, tinggal kami kami sahaja anak beranak. Tapi dari malam bawa ke pagi raya sampai esoknya, stesen kerja di dapur saja. Bila semua balik baru terasa penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok sebab aunty2 dan adik2 tak dapat balik Kuantan, so kami Raya di Putrajaya. Penat tapi seronok kan.

      Delete
  10. Begitulah kami, pusing² beraya rumah sama sendiri je... love sgt set pinggan mangkuk akak... brand apa tu? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rumah dekat2 je ni hehe pusing2 muka sama, rumah lain2. Pinggan tu beli di Ikea dulu.

      Delete
  11. meriahnya. terliur tengok laksa tu dengan talam berlauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah. Laksa dan kuih Talam memang sedap.

      Delete
  12. Bestnya, nampak meriah bila baca entri ni. Beraya di beberapa lokasi berbeza. Makanan pun nampak sedap-sedap belaka. Rajin sungguh, banyak hidangan. Alhamdulillah, tumpang seronok. 😋👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah. Lokasi berbeza tapi orang nya sama hehe. Makanan sedap2 Alhamdulillah, potluck bawak sikit sorang, ada yang beli.

      Delete
  13. Selamat Hari Raya Aidiladha Puan Hajah dan keluarga.
    Cuti tak panjang hari raya kali ni, itu yang ramai juga yang tak balik kampung. Tapi di pantai timur sesak betul. Ada hikmahnya juga beraya di Putrajaya tu.
    Senang kerja bila dah ada kuahnya, tinggal siapkan apa yang perlu je. Sedapnya menu-menu raya di Putrajaya. Semua dapat angkut dari Putrajaya. Alhamdulillah.
    Meriah juga tu raya di Putrajaya dapat berkunjung di rumah saudara mara.
    Bersyukur kita dapat meraikan Aidiladha seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha buat Fiza sekeluarga. Jangan lah ber Puan Hajjah. Kekok rasa. Betul cuti cuma Sabtu Ahad ramai tak balik kampung. Jadi kami pun balik Putrajaya bawa mak beraya dengan adik2 dan anak2. Siapkan food awal2, beku kan lagi mudah. Tak lah kalut nak masak malam Raya. Rumah aunty di Putrajaya dan Sg Merab dekat2 je Alhamdulillah senang berziarah.

      Delete
  14. Ya Allah mesti sedap kan Lemon Cake tu?....

    ReplyDelete
  15. Uishh meriah semua lauk dan berkumpul sanak saudara! Senang lauk dan masak siap2 dari rumah dan bekukan. Sampai putrajaya tinggal panaskan je. Takyah berkecah kat dapur

    Laksa pahang tu rasa camne? Saya tau 3 laksa je kat malaysia ni huaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul senang siapkan makanan awal2 dan bekukan, nanti tak penat nak masak malam Raya.

      Laksa Pahang tu kan, ads beza sikit Laksa Johor tapi tak reti nak cakap. Makan je pandai hehe, jenis tak kisah apa beza nya pun.

      Delete
  16. Lauk pauk penuh warna... Tapi set pinggan tema hitam gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kan suka hitam. Pinggan pun hitam.

      Delete
  17. fuh, meriah mata memandang, meriah lagi pertemuan di tangki perut hehehe..
    meja penuh makanan tanda kita meraikan hari kebesaran dengan kesyukuran

    bukan hari hari..spesial day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah dengan keluarga dan sanak saudara especially mak ada bersama.

      Delete
  18. Selamat merayakan hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.
    Berbagai hidangan yang tersaji dengan aneka warna dan keluarga yang berkumpul semoga menambah semarak dan bahagia di hari raya ini Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Pak. Alhamdulillah seronok dan meriah bersama keluarga dan juadah nya.

      Delete
  19. Seronok dapat berkumpul...
    belum terlambat nak ucap selamat hari raya aidiladha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Salam Aidil Adha buat Nieyl juga.

      Delete
  20. buka2 je blog mata sy terus nampak kek oren
    sedapnyaaaaa kalau makan dgn coklat cair ;-)

    ReplyDelete
  21. Salam Aidil Adha Kak
    Meriahnya raya akak... Juadah pun meriah as usual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha PH dan keluarga.
      Alhamdulillah meriah especially mak ada sama2 dengan aunty2 dan adik2.

      Delete
  22. Selamat hari raya mulan. belated gak ek. hehehehe.. meriah raya kan. yg best sekarang banyak benda boleh dijimatkan waktu dgn cara frozen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Kak Yan. Betul senang masak atau prepare awal bekukan, tak kalut malam Raya semua nak masak hehe.

      Delete
  23. bla dah berkumpul ramai2 tu... meriahnya tak terkata.... sesekali berjumpa...ada je agenda masing2 ;-)

    ReplyDelete
  24. Replies
    1. Salam Aidil Adha. Alhamdulillah meriah.

      Delete
  25. Ya ampun, itu menunya lengkap banget. Ada brownis juga
    Saya suka opor .
    Selamat berkumpul dan selamt iduladha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dapat berkumpul dan meraikan Aidil Adha, terima kasih.
      Oh tau opor ya. Menu nya ikut selera mak sama anak2.

      Delete
  26. Salam iduladha
    meriah sambutan
    meriah hidangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Wak. Alhamdulillah meriah.

      Delete
  27. First time dengar menu opor daging
    Hari raya pon Cuya beraya bersama adik beradik
    Walaupun tak semua balik. Yang bestnya kak ipar dah sediakan
    Lauk semua. Alhamdulillah syukur ada kak ipar rajin masak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opor daging memang biasa kami di Pekan dan Kuantan ni. Seronok beraya dengan adik beradik kan.

      Delete
  28. Sambut hariraya di Putrajaya jadi adik beradik boleh datang berkumpul ya tambahan emak pun ada sekali.
    Siap beraya rumah aunties lagi tu. Memang meriah lah kalau gitu.
    Juadah raya pun macam-macam. Senang juga ya siapkan awal dan frozenkan. Ingat lepas ni nak buat camtu lah. Takdelah kalut malam raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lagi ramai di KL, Selangor dan Putrajaya, tu sebab meriah. Rumah aunty2 pun dekat. Senang masak awal dan bekukan, tak kalut masak malam Raya.

      Delete
  29. Salam Hari Raya Aidiladha... Meriah lain macam betul ni.. penuh hidangan.. mau makan sampai berkali kali tambah sebab nak cuba semua hidangan yg ada hihi.. walau masa tak izinkan dan keadaan yg singkat tapi bila dirancang dgn baik insyallah hasilnya mmg membuahkan senyuman.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha. Bila dekat, senang nak beraya apalagi mak ada sama2. Alhamdulillah seronok dan meriah. Makanan pun bawak sikit sorang jadi lah banyak.

      Delete
  30. Menariknya talam berlauk tu. nak carilah resepinya nanti

    ReplyDelete
  31. Aiiiish menarik yaaaa semua menu2 raya kak Mulan dan keluarga 😍😍😍. Paling sukaaa lihat Talam berlauk itu kak, memang cantiiiik lah, jadi sayang nak makan hahahahah.

    Oh ada yg menikah dengan orang Finland kah?

    Saya pun tak bisa lihat kurban saya kak, Krn dilakukan di Sibolga, kampung papa. Saya hanya transfer uang, papa yg urus semua 😄. Tapi sebenarnya saya memang tak kuat lihat kurban lengkap dengan darah2nya. Tak sanggub lah. Lemas langsung lihat darah begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny. Ya Talam Berlauk tu memang cantik, juga sedap.😍😍
      Ya adik ipar menikah dengan orang Finland tapi kerja di Malaysia.
      Dulu di area rumah mak, boleh lihat terus proses sembelihan tapi di area kami, sembelih di kawasan lain, kemudian dibawa ke Surau. Lain tempat lain cara, bergantung pada kawasan masing2.

      Delete
  32. sedap2 menu tu...talak berlauk biasa tgk 4 segi ..ni versi bentuk yg mcm kaswi gedik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul talam tu lembut sikit macam kaswi gedik.

      Delete
  33. Alhamdulillah....silaturahim dipupuk erat. Makanan penuh semeja. Kunjung mengunjung. Vibes family yang jarang semua orang dapat. Alhamdulillah. Sejuk hati KSarie baca entri ni. Terserlah kebahagiaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah seronok kumpul beraya dan makan2 sama2.

      Delete
  34. Cantiknya talam ni, susun atur pun kemas. Tak sangka boleh nampak se-excited ni tengok lauk!”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan cantik kuih talam ni. Alhamdulillah.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com