Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Taqobbalallahu minna waminkum.
Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.
Belated. Kekangan masa dan tenaga nak buka blog. Kami beraya di Putrajaya. Plan bertukar last minute sebelum 10 Zulhijjah. Adik2 dan anak solehah tak boleh balik beraya di Kuantan. Cuti cuma Sabtu dan Ahad. Pujuk mak beraya di Putrajaya. Alhamdulillah dia setuju. Jumaat petang drive ke Putrajaya selepas Solat Jumaat. Alhamdulillah smooth trip. Tapi miss jugak lah sessi korban di Surau kami di Kuantan ni. Tahun depan lah Insyaa Allah.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Kuah Laksa yang sepupu mak buat awal, dibekukan. Kami bawa ke Putrajaya. Rebus spaghetti. Potong/hiris halus (kerja yang kurang suka haha) kacang dll. Rendang Ayam adik no3 buat.
Lemang Petak beli siap di Kuantan.
Sate pun order awal 2 hari.
Rendang paru hati limpa udang, sepupu mak buat.
Semua masuk freezer dulu.
Nasi impit masak malam Raya. Guna pressure cooker, senang.
Opor Daging (warna hitam tu), second time try, buat Rabu petang. Masak dalam Noxxa. Tak tumis apa pun, spesis nak cepat hehe, blend bawang dll, masuk semua dalam Noxxa dengan daging. HP45. Empuk daging. Masuk santan dan kerisik. Masak hingga kurang sikit kuah, tapi tak kering. Macam pahit je tapi anak2 saudara yang suka Opor, semua kata sedap. Berbunga2 hati Mummy Long. Semua yang masak awal tu kami angkut bawa ke Putrajaya.
Adik no2 bawak. Sedap dan cantik Talam Berlauk. Dia bawa Roti Jala dan Lontong jugak. Penuh dapur, penuh meja. Alhamdulillah.
Jumaat pagi2 lepas Subuh. Buat Brownies, anak soleh request. Tart tu adik no3 bawak.
Lemon Cake pun dia request. Semua angkut bawa balik Putrajaya.
Adik no4 sampai lambat sikit je sebab family mertua buat korban di Ulu Kelang. Adik ipar bawa lontong, rendang ayam, semua sedap.
Alhamdulillah seronok meriah. Tapi sedih jugak tak dapat balik Taiping. Memang tak sempat sebab anak solehah ada class Isnin pagi (tadi). Tak dapat la jumpa biras baru dari Finland.
Asalnya nak beraya di rumah je. Putrajaya pun hujan lebat pagi Raya. Mak suruh call aunty Presint 10. Ajak datang beraya. Aunty P10 kata, aunty Sg Merab ada di rumah, suruh kami semua ke rumahnya. Tinggal semua makanan. Tutup dengan tudung Saji dll. Kemas sikit2 terus konvoi ke Presint 10. Riuh rendah kami.
Siap makan, aunty Sg Merab pulak ajak ke rumahnya. Lepas kemas sikit2 rumah aunty Putrajaya, konvoi pulak ke Sg Merab. Tak jauh pun. Memang havoc. Ehh aunty2 sepupu2 pulak nak beraya rumah kami. Ada Laksa Pahang kan. Pusing2 semua sama tapi venue lain2. Lepas Asar pukul 5 lebih, penuh pulak rumah kami. Semuanya tak plan. Kami anak beranak dah beli awal2 tiket KARATE KID pukul 8pm di IOI Mall. Mak kata pergi lah, tak apa. Tinggal lah mak, adik dan cousin2 di rumah. Pukul 10.30pm sampai rumah, tak habis borak dan sambung makan lagi. Memang meriah.
Ahad lepas Zohor dan lunch, kami hantar anak solehah balik campus. Kemudian beraya rumah aunty di Ampang. Alhamdulillah dapat jumpa cousin, wife dan anak2. Lama tak jumpa sebab dia di Alor Setar. Aunty Ampang busy dengan program korban di Surau Taman. Bawa balik Sup Daging. Alhamdulillah rezeki kami.
Alhamdulillah smooth semuanya, selamat sampai Kuantan tadi (Isnin) pukul 3. Alhamdulillah anak soleh pun tak kerja hari ni, company bagi cuti Isnin.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Alhamdulillah... Yang penting dapat berkumpul bersama... Selamat hari raya aidil adha buat akak sekeluarga
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok dapat kumpul ramai2. Salam Aidil Adha buat Linda.
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteSalam Aidil Adha buat Mulan sekeluarga.
Meriah sungguh juadahnya, warna-warni!
Salam Aidil Adha buat Kak Amie sekeluarga.
DeleteAlhamdulillah seronok dan meriah.
wahhhh bestnyaaa meriahhh dpt bkumpul ramai-ramai!
ReplyDeleteAlhamdulillah memang ramai di KL, Selangor
Deletesalam eidul adha utk mulan sefamili! meriah betul juadah raya
ReplyDeleteSalam Aidil Adha buat MZ dan family. Alhamdulillah memang meriah.
DeleteSuasana ni yang SA rindukan sangat...sejak Mak dah xde..susah dah semua nak berkumpul...sedapnya semua menu kakak...lemon kek tu buat SA terliur..Salam Aidiladha kak...
ReplyDeleteSalam Aidil Adha buat SA dan family. Betul mesti sedih, macam kami arwah ayah dah tiada. Spend lah masa dengan yang masih ada.
DeleteSelamat Hari Raya Aidiladha utk sis Mulan dan keluarga..meriah juga raya Putrajaya yea..Hehehehehe
ReplyDeleteSalam Aidil Adha buat sis sekeluarga jugak. Alhamdulillah meriah sebab memang ramai di area sana.
Deletemeriah menu-menu raya Mulan sekeluarga.. alhamdulillah.. tapi dalam banyak2 tu terliur kak ana tengok talam berlauk tu Mulan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah. Talam Berlauk tu cantik kan, sedap tau.
DeleteMeriah suasana raya Mulan. Macam raya puasa, saling kunjung mengunjung.
ReplyDeleteMenarik lemang petak.
Alhamdulillah meriah sebab adik2 mak dan adik2 semua di KL, Selangor. Lemang Petak tu beli di Kuantan bawak ke Putrajaya.
DeleteSeronoknya. Kami beraya di rumah saja. MIL datang dengan BIL tp BIL balik kg mertua, tinggal kami kami sahaja anak beranak. Tapi dari malam bawa ke pagi raya sampai esoknya, stesen kerja di dapur saja. Bila semua balik baru terasa penat.
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok sebab aunty2 dan adik2 tak dapat balik Kuantan, so kami Raya di Putrajaya. Penat tapi seronok kan.
DeleteBegitulah kami, pusing² beraya rumah sama sendiri je... love sgt set pinggan mangkuk akak... brand apa tu? hihi
ReplyDeleteSebab rumah dekat2 je ni hehe pusing2 muka sama, rumah lain2. Pinggan tu beli di Ikea dulu.
Deletemeriahnya. terliur tengok laksa tu dengan talam berlauk
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah. Laksa dan kuih Talam memang sedap.
DeleteBestnya, nampak meriah bila baca entri ni. Beraya di beberapa lokasi berbeza. Makanan pun nampak sedap-sedap belaka. Rajin sungguh, banyak hidangan. Alhamdulillah, tumpang seronok. 😋👍
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah. Lokasi berbeza tapi orang nya sama hehe. Makanan sedap2 Alhamdulillah, potluck bawak sikit sorang, ada yang beli.
DeleteSelamat Hari Raya Aidiladha Puan Hajah dan keluarga.
ReplyDeleteCuti tak panjang hari raya kali ni, itu yang ramai juga yang tak balik kampung. Tapi di pantai timur sesak betul. Ada hikmahnya juga beraya di Putrajaya tu.
Senang kerja bila dah ada kuahnya, tinggal siapkan apa yang perlu je. Sedapnya menu-menu raya di Putrajaya. Semua dapat angkut dari Putrajaya. Alhamdulillah.
Meriah juga tu raya di Putrajaya dapat berkunjung di rumah saudara mara.
Bersyukur kita dapat meraikan Aidiladha seadanya.
Salam Aidil Adha buat Fiza sekeluarga. Jangan lah ber Puan Hajjah. Kekok rasa. Betul cuti cuma Sabtu Ahad ramai tak balik kampung. Jadi kami pun balik Putrajaya bawa mak beraya dengan adik2 dan anak2. Siapkan food awal2, beku kan lagi mudah. Tak lah kalut nak masak malam Raya. Rumah aunty di Putrajaya dan Sg Merab dekat2 je Alhamdulillah senang berziarah.
DeleteYa Allah mesti sedap kan Lemon Cake tu?....
ReplyDeleteAlhamdulillah licin hehe
DeleteUishh meriah semua lauk dan berkumpul sanak saudara! Senang lauk dan masak siap2 dari rumah dan bekukan. Sampai putrajaya tinggal panaskan je. Takyah berkecah kat dapur
ReplyDeleteLaksa pahang tu rasa camne? Saya tau 3 laksa je kat malaysia ni huaa
Betul senang siapkan makanan awal2 dan bekukan, nanti tak penat nak masak malam Raya.
DeleteLaksa Pahang tu kan, ads beza sikit Laksa Johor tapi tak reti nak cakap. Makan je pandai hehe, jenis tak kisah apa beza nya pun.
Lauk pauk penuh warna... Tapi set pinggan tema hitam gitu
ReplyDeleteKita kan suka hitam. Pinggan pun hitam.
Deletefuh, meriah mata memandang, meriah lagi pertemuan di tangki perut hehehe..
ReplyDeletemeja penuh makanan tanda kita meraikan hari kebesaran dengan kesyukuran
bukan hari hari..spesial day
Alhamdulillah meriah dengan keluarga dan sanak saudara especially mak ada bersama.
DeleteSelamat merayakan hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.
ReplyDeleteBerbagai hidangan yang tersaji dengan aneka warna dan keluarga yang berkumpul semoga menambah semarak dan bahagia di hari raya ini Mbak.
Salam,
Salam Aidil Adha Pak. Alhamdulillah seronok dan meriah bersama keluarga dan juadah nya.
DeleteSeronok dapat berkumpul...
ReplyDeletebelum terlambat nak ucap selamat hari raya aidiladha....
Alhamdulillah memang seronok. Salam Aidil Adha buat Nieyl juga.
Deletebuka2 je blog mata sy terus nampak kek oren
ReplyDeletesedapnyaaaaa kalau makan dgn coklat cair ;-)
Alhamdulillah
DeleteSalam Aidil Adha Kak
ReplyDeleteMeriahnya raya akak... Juadah pun meriah as usual...
Salam Aidil Adha PH dan keluarga.
DeleteAlhamdulillah meriah especially mak ada sama2 dengan aunty2 dan adik2.
Selamat hari raya mulan. belated gak ek. hehehehe.. meriah raya kan. yg best sekarang banyak benda boleh dijimatkan waktu dgn cara frozen.
ReplyDeleteSalam Aidil Adha Kak Yan. Betul senang masak atau prepare awal bekukan, tak kalut malam Raya semua nak masak hehe.
Deletebla dah berkumpul ramai2 tu... meriahnya tak terkata.... sesekali berjumpa...ada je agenda masing2 ;-)
ReplyDeleteBetul
DeleteSalam aidiladha
ReplyDeleteMeriahh juadahnya
Salam Aidil Adha. Alhamdulillah meriah.
DeleteYa ampun, itu menunya lengkap banget. Ada brownis juga
ReplyDeleteSaya suka opor .
Selamat berkumpul dan selamt iduladha
Syukur dapat berkumpul dan meraikan Aidil Adha, terima kasih.
DeleteOh tau opor ya. Menu nya ikut selera mak sama anak2.
Salam iduladha
ReplyDeletemeriah sambutan
meriah hidangan
Salam Aidil Adha Wak. Alhamdulillah meriah.
DeleteFirst time dengar menu opor daging
ReplyDeleteHari raya pon Cuya beraya bersama adik beradik
Walaupun tak semua balik. Yang bestnya kak ipar dah sediakan
Lauk semua. Alhamdulillah syukur ada kak ipar rajin masak hehe
Opor daging memang biasa kami di Pekan dan Kuantan ni. Seronok beraya dengan adik beradik kan.
DeleteSambut hariraya di Putrajaya jadi adik beradik boleh datang berkumpul ya tambahan emak pun ada sekali.
ReplyDeleteSiap beraya rumah aunties lagi tu. Memang meriah lah kalau gitu.
Juadah raya pun macam-macam. Senang juga ya siapkan awal dan frozenkan. Ingat lepas ni nak buat camtu lah. Takdelah kalut malam raya.
Memang lagi ramai di KL, Selangor dan Putrajaya, tu sebab meriah. Rumah aunty2 pun dekat. Senang masak awal dan bekukan, tak kalut masak malam Raya.
DeleteSalam Hari Raya Aidiladha... Meriah lain macam betul ni.. penuh hidangan.. mau makan sampai berkali kali tambah sebab nak cuba semua hidangan yg ada hihi.. walau masa tak izinkan dan keadaan yg singkat tapi bila dirancang dgn baik insyallah hasilnya mmg membuahkan senyuman.. 🤗
ReplyDeleteSalam Aidil Adha. Bila dekat, senang nak beraya apalagi mak ada sama2. Alhamdulillah seronok dan meriah. Makanan pun bawak sikit sorang jadi lah banyak.
DeleteMenariknya talam berlauk tu. nak carilah resepinya nanti
ReplyDeleteMemang menarik
DeleteAiiiish menarik yaaaa semua menu2 raya kak Mulan dan keluarga 😍😍😍. Paling sukaaa lihat Talam berlauk itu kak, memang cantiiiik lah, jadi sayang nak makan hahahahah.
ReplyDeleteOh ada yg menikah dengan orang Finland kah?
Saya pun tak bisa lihat kurban saya kak, Krn dilakukan di Sibolga, kampung papa. Saya hanya transfer uang, papa yg urus semua 😄. Tapi sebenarnya saya memang tak kuat lihat kurban lengkap dengan darah2nya. Tak sanggub lah. Lemas langsung lihat darah begitu
Terima kasih Fanny. Ya Talam Berlauk tu memang cantik, juga sedap.😍😍
DeleteYa adik ipar menikah dengan orang Finland tapi kerja di Malaysia.
Dulu di area rumah mak, boleh lihat terus proses sembelihan tapi di area kami, sembelih di kawasan lain, kemudian dibawa ke Surau. Lain tempat lain cara, bergantung pada kawasan masing2.
sedap2 menu tu...talak berlauk biasa tgk 4 segi ..ni versi bentuk yg mcm kaswi gedik
ReplyDeleteAlhamdulillah. Betul talam tu lembut sikit macam kaswi gedik.
DeleteAlhamdulillah....silaturahim dipupuk erat. Makanan penuh semeja. Kunjung mengunjung. Vibes family yang jarang semua orang dapat. Alhamdulillah. Sejuk hati KSarie baca entri ni. Terserlah kebahagiaannya
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah seronok kumpul beraya dan makan2 sama2.
DeleteCantiknya talam ni, susun atur pun kemas. Tak sangka boleh nampak se-excited ni tengok lauk!”
ReplyDeleteSedap dan cantik kuih talam ni. Alhamdulillah.
Delete