Wednesday, April 30, 2025

RIANG RIA BERAYA HUJUNG SYAWAL



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@.

Akhir2 Syawal, baru terasa meriahnya Raya semula, apa lagi dah selesai puasa 6 nya. 


SUGAR CANDY EVENT SPACE
Jumaat baru ni, lepas solat Jumaat kami drive ke KL. Birthday Party anak cousin + Open House Raya. Ajak adik2 join, 8-11pm lepas kerja Jumaat memang agak jem tapi Alhamdulillah diorang sampai on time.


Sedap kek nya.


Syok sangat sebab ada cousin yang kami tak jumpa masa Raya.


3 generasi. Ada uncle dan aunty dari Jerantut. Siap makan, 9.30pm, kami balik awal ke Putrajaya. Esoknya nak ke Ipoh.


GALASA CALDWELL, IPOH

Sabtu, lepas breakfast kami berdua ke Ipoh. Meraikan perkahwinan anak2 sahabat Haji. 2 beradik naik pelamin sekaligus. Foto keluarga besar group Haji kami. Semua sporting dan masih rapat ukhuwahnya hingga kini. Alhamdulillah.


Bersama bonda pengantin, kawan sebelah tilam di Mina dan Arafah ketika mengerjakan Haji tahun 2022. Kelakar W ni, ada je cerita lucu dia. Kalau duduk lama, macam2 cerita ketika Haji akan keluar. Terlupa berapa kali tawaf lah macam2 lagi.


Ada JAMAL ABDILLAH. Macam konsert Jamal lah pulak. Pengantin 2 beradik dengan pasangan masing2 diabaikan sebentar hehe. 



Macam biasa di mana2 kenduri kawin, mak pengantin memang sibuk.


Kami berfoto di luar saja. Memang ramai tetamu di dalam dewan, meriah sangat.


FOOD COURT PRESINT 16
Ahad, sebelum brisk walk. Hubby makan Nasi Kerabu. Saya makan Putu Mayam gula melaka dan Medu Vada. 


Alhamdulillah cuaca elok. Badan macam dedar. Ajak hubby buat 5k steps saja. 


Balik brisk walk, basuh baju di Laundry Mall. Kemudian ke Mydin cari bahan rendang. Daging korban masih ada. Lama betul tak buat rendang.


ISNIN. Menanti tetamu. Geng Minyak Angin Kerteh.


Lemang Petak (4 segi) bawa dari Kuantan. Rendang Daging saya terlebih sikit masin. Nanti nak alter yang lebih tu, simpan dalam freezer dulu. Nasi Dagang + Gulai Tongkol dan Nasi Kerabu order dari Nasi Kerabu Moksu opposite INSPEN BANGI.  Foto Nasi Kerabu tak ada pulak.


Kek Marble Chocolate Cake saya buat. Tenggelam sikit tengahnya. Chocolate berat kot haha. Kek Lapis, beli di Kuching hari tu. Serunding dari Kelantan, adik no2 bagi.


Lemon Cake saya buat, macam kering tapi diorang yang tapau kata dah moist, elok. Crack sikit2 di tengah, abai je hehe.


Banyak nya food Alhamdulillah. Ada yang bawa Cucur Udang, Serawa Durian (ada Pulut dan Roti Gardenia hehe), Pulut Panggang.


Ada ketupat palas, rendang ayam, mangga manis dll jugak.


Semua sedap, macam2 juadah. Alhamdulillah. Makan tak banyak mana, borak gelak borak gelak. Memang tapau la makanan semuanya. Sessi curah perasaan macam biasa. Comfort each other. Cerita kelakar sedih gembira anak2 dan keluarga. Kongsi pengalaman dan ilmu bagi yang dah melalui beberapa situasi. Moga ukhuwah kami dari Kerteh dulu kekal selamanya. Kami semua ni, semua pernah bekerja tapi jadi surirumah bila terpaksa ikut suami pindah randah. Bukan sekali pindahnya. Berkali kali kali.  Kadang barang kami masih dalam kotak2, malas nak kemas sebab takut kena pindah lagi, selagi suami belum pencen haha. Ada juga antara kami, parents kurang setuju jadi surirumah. Perjalanan hidup kita, lain2 lenggoknya, semua ketentuan Yang Maha Esa. Plan lah macamana pun dulu2 masa muda, Allah berkuasa sepenuhnya. Hidup ni keras, jiwa kena kental. Redha, kena paksa jiwa walaupun kadang sukar rasanya. Bukan semua memahami. Kebalkan hati.

Pukul 1.30pm semua bersurai, kemas rumah cepat2. Kak S pun nak balik Ipoh. Siap semua pukul 3, drive ke KLCC ambil hubby yang dah siap meeting. Dia drive balik Kuantan, ma'am macam nak demam, panas kepala dan badan. Hari ni Rabu, hidung soksek berair, tapi tak rasa sakit kepala dan badan, tak pulak suhu naik, Alhamdulillah. Baik la nanti Insyaa Allah.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

48 comments:

  1. Subhanallah banyaknya juadah..x tau nak pilih mana satu ni..lemang segiempat tu rare la kak...x pernah jumpa lagi..orang lain semua dah settle sambutan raya, company SA baru nak buat hari ni..kejap lagi SA nak ke M Resort..hari ni nak makan menu raya puas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akan cerita lemang petak tu hehe. Wahh bestnya di M Resort. Mesti seronok dan meriah.

      Delete
  2. nk hujung syawal sangat dah nih.. hehehe

    ReplyDelete
  3. meriah mcm2 juadah...jamuan raya skali birthday...wah ada retis kt wedding..2 beradik skali dlm 1 wedding ..cantik tmpt weddign tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah dengan makanan dan tetamu. Galasa Caldwell tu memang besar cantik. Kami pun terkejut ada artis.

      Delete
  4. meriah aktiviti Mulan, ewah ada DJA tu, majlis wedding, birthday dan raya ,kenyang.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah di hujung Syawal. Tengah2 Syawal sunyi sangat hehe. Seronok la tetamu ada DJA menyanyi.

      Delete
  5. Wahhh siap ada jamal abdillah tu..kek lemon tu my fav laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la terkejut kami ada Jamal Abdillah. Kek Lemon ni suka buat sebab senang hehe

      Delete
  6. Meriah semuanya. Semua nampak sedap2 tu. Habis dah Syawal.

    ReplyDelete
  7. roti gardenia juga yang win..hehehehehe

    ReplyDelete
  8. wahhh ada Dato Jamal Abdillah! meriahhhh betul! sedapnya kek oren!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah ada Jamal Abdillah. Kek Lemon tu resepinya sedap.

      Delete
  9. tuuu diaaaa ada raja pop malaysia tuuuu
    hebat punya majlis!

    ReplyDelete
  10. kalau sy ada ni dlm byk2 makanan yg terhidang
    sy terkam dulu kek lapis tuuuu
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Cantiiiik birthday cake nya kak 😍😍😍

    Pelaminan nya nampak mewah ❤️👍, memang estetik sangat lah.

    Acara kumpul2 dengan teman ini yg paling seru kan. Apalagi dah kenal lama. Bawa makanan masing2, memang jadi banyak . Lemon cake tuh lah yg menggoda sangat 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan sedap kek nya.
      Betul pelaminnnya memang nampak cantik dan mewah.
      Kami selalu begitu, potluck saja supaya tak susahkan hos. Makan pun sikit, borak yang banyak 😍😍

      Delete
  12. Meriah betul. Lawa pulak tengok backdrop birthday tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah. Backdrop tu event space tu yang buatkan semua.

      Delete
  13. Cantik betul pelaminnya. Wahhh Jamal Abdillah menyanyi la. Mahal nak panggil Jamal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan pelamin. Tu la kami pun terkejut ada Jamal Abdillah. Ada dengar juga memang mahal.

      Delete
  14. Lupa nak komen pasal kek birthday tu cantik betul la.....

    ReplyDelete
  15. Wah! Ini kira makan2 penutup le ni...

    ReplyDelete
  16. lemang petak tu rare...x pernah jumpa...semua nampak sedap...

    ReplyDelete
  17. First time tengok lemang petak tu... Mesti acuannya bukan buluh la kan...
    Kalau Sy mmg rambang mata Kak, banyak betul juadah Akk sediakan tu 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun first time beli. Kita buat kek dan rendang daging, termasin la pulak hehe. Nas,i kerabu dan nasi dagang, order grab.
      Yang lain kawan2 bawak. Hehe.

      Delete
  18. Kuih muih dan kek tu menarik perhatian sangat aih!
    Meriah hidangannya, meriah perjumpaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah dengan makanan dan perjumpaannya.

      Delete
  19. Meriahnya penghujung Syawal 1446H!
    Kami pun tak menang kaki tangan memenuhi undangan raya di saat-saat Syawal hendak berlalu pergi. Dari Jumaat hingga Ahad, gantung periuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah di hujung Syawal. Walaupun tak banyak hari beraya namun memang seronok dan meriah.

      Delete
  20. Meriahnya makanan. Nampak sedap je semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok, meriah dan juadah semua sedap2

      Delete
  21. Banyaknya juadah. Pertama kali tengok lemang petak. Serawa durian? Masya-Allah, sedapnya, cicah roti! 😋 Bestnya, ada kawan² sekepala, boleh kongsi cerita. Rezeki juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun first time jumpa lemang petak ni. Serawa Durian memang sedap kan. Alhamdulillah rezeki kawan2 sekepala.

      Delete
  22. Meriah majlis semuanya.
    Semuanya berkerjaya sebelum memgikut suami pindah randah ya... pasti pada awalnya agak sukar untuk buat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang meriah. Masing2 ada cerita masing2 sebelum berhemti kerja.

      Delete
  23. Bestnya makan-makan sambil sembang-sembang dengan besties. Betul tuh Mulan setiap orang ada ceritanya yang tersendiri. Walaupun ada banyak drama ayaq mata ke apa hidup perlu diteruskan begitu ye. Geram tengok semua makanan yang ada atas meja tuh. Jamal Abdillah ni memang favourite corporate event apa semua. Versatile. Suara mantap tidak berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KSarie, kita semua lain2 perjalanan hidup. Kat luar nampak lain, dalam hati lain. Hehe bila potluck memang macam2 la juadah ada Alhamdulillah. Jamal Abdillah memang evergreen lah semua minat dia kan.

      Delete
  24. Dah hujung Syawal tetap meriah dengan macam-macam hidangan. Seronok dapat jumpa ahli keluarga di majlis birthday dan kenduri kahwin. Nampak kesibukan mak pengantin tu. Wahh siap ada jemputan artis lagi.

    Kalau dah jumpa begitulah. Makan sambil bersembang tak ingat nak berhenti. Inilah masanya untuk kita spend masa bersama. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Sekalimp macam konsert ada artis. Betul kalau berjumpa macam2 cerita berebut nak bercakap.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com