Tuesday, April 29, 2025

PANGGILAN YANG DINANTI

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@.

Semalam 29 Syawal kan. Tiada 30 Syawal tahun ni. Semalam pun pelepasan jemaah Haji KT 01 yang pertama untuk tahun ini. 

Namun begitu, 30 Syawal akan sentiasa dalam kenangan. Throwback, tahun 2022, petang nya 30 Syawal 1443H bersamaan 31 Mei, jam 6 petang, baru saja sampai foldable bike yang hubby order online. Baru je bukak kotak, terima panggilan dari Rayhar Travel. Kami dapat pergi HAJI. Namun begitu, pilihan yang kami request tak dapat dipenuhi sebab dah fully booked. Hubby tanya camna, saya kata, NAK PERGI JUGAK. Staff Rayhar kata, flight 10 Jun, 10 hari lagi. Kami kata OK, Insyaa Allah. Dalam hati nak pergi dengan Muassasah, tapi kata ustaz, pergi lah walaupun dengan PJH (Pengelola Jemaah Haji). 

Foldable bike terus bawa masuk rumah dengan kotak2 nya. Call mak sambil menangis cakap dapat pergi Haji. Mak tanya boleh ke siap 10 hari. Mak kata hotel yang kami dapat tu kecik biliknya dan hotel sangat lama. Cakap mak, Insyaa Allah dan mintak mak doa banyak2 moga dipermudah kan. Bertahun2 kami merayu. Alhamdulillah. Sambil menaip ni pun airmata jatuh. 

Esoknya, bermula lah segalanya. Ke office Rayhar, ke Tabung Haji, ke Bank Islam, ke klinik gigi, ke klinik untuk check status kesihatan & vaccination, ke kedai gambar, dll lagi nya. BP tinggi sikit 150/80 masa jumpa doktor, kali ke tiga nurse check, baru turun 135/70 Alhamdulillah. Apa tak nya, macam lipas kudung kami ke sana sini.

Siapkan yang wajib diselesaikan dulu. Tahun kami pergi, tahun yang baru dibuka selepas COVID. Maka bermacam2 restrictions dan proses yang wajib dilalui. Paling suspen, COVID Test yang wajib diambil 48 jam (atau 72jam kot, lupa dah) sebelum dari waktu flight berlepas. 

Bayangkan, semua proses di atas dah dibuat. Yang final ni, COVID Test, akan menentukan dapat berlepas, naik flight atau tak. Memang kami tak bagitau pada sesiapa kecuali mak dan adik beradik saja. Result pulak dapat dalam masa 24-36 jam rasanya. Mintak mak tolong doa non stop. Kami pun sama2 doa dan doa. Tapi ustaz kata banyak kali, apa pun semua ketentuan Allah.

 Dapat je result COVID Test, memang syukur tak terkata, Alhamdulillah semua OK. Kurang dari 48 jam saja sebelum pergi, baru lah kami inform saudara mara terdekat dan kawan2, mohon doa banyak2, moga ibadat kami dipermudah kan dan diterima Allah. Mak siap pesan pada ahli keluarga, jangan jumpa kami. Takut ada yang kurang sihat. Sedih sangat tapi kami pun akur dengan wabak ketika itu. Dapat jumpa mak je sebab kami di Kuantan. Adik beradik, ipar duai, aunty uncle, sepupu2 mostly di KL, Selangor, Perak, Kedah. 

Persiapan kami, Alhamdulillah mudah. Telekung, baju2 semuanya yang biasa kita ada. Kain ihram lama ada, beli extra 2 untuk hubby. Order pant suit dari Shopee, mesej elok2 minta pos cepat2 sebab nak pergi Haji, Alhamdulillah sampai laju dan ngam2 elok saiznya dan material nya. Murah pulak tu. Tudung labuh lama masa Umrah 2016 dulu masih ada tersimpan dan elok sebab tempah special dengan kawan di Kerteh dulu. Mak pun pesan ambil guna mak punya apa yang dia ada. 

Kisah Haji memang panjang. Seawal mulanya kita buka akaun dengan TABUNG HAJI dan MENDAFTAR HAJI. Alhamdulillah arwah papa dan mak mula menyimpan untuk kami adik beradik sejak kami kecil. Mak kata RM5 sebulan seorang, tolak gaji papa. Lepas papa meninggal, mak tolak gaji dia. Kemudian lepas bertahun2, baru naik RM10 sebulan. Hingga lah mak pencen 2007. Sedih sebab arwah papa dah tiada untuk saksikan kami menunaikan ibadat Haji dengan sebahagian duit simpanan TH adalah dari nya. Kami pun sama buka akaun TH anak2 dan buat simpanan untuk mereka. 

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

"Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

“Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Bila dapat kerja, arwah papa pesan, first thing simpan di TH tiap bulan. Dia akan check statement. Lepas kawin, dan tak kerja, cakap dengan hubby, tolong simpankan sikit tiap bulan dalam TH saya. Alhamdulillah hubby pun sama2 menyimpan sikit2. 

MENDAFTAR HAJI
Yang ni saya betul2 tak tau. Sebab sebelum nya kami lama di Vietnam. Tahun 2011 borak2 dengan kawan, dia tanya bila giliran saya untuk pergi Haji. Saya kata dah ada akaun TH. Dia tanya giliran tahun berapa, saya kata tak sure nak pergi bila. Dia tanya dah daftar ke, saya kata daftar apa. Bila dia explain kena daftar, terus la saya ke TH dengan suami. Giliran kami tahun 2043 sebenarnya. Namun begitu, staff TH kata, kalau cukup simpanan boleh merayu. Rupanya, walau ada akaun TH, tetap kena daftar Haji. 

Bagi yang belum, moga dijemput menunaikan Haji satu hari nanti.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

Banyak cerita tapi nak update tak sempat. Kuantan - Putrajaya - Ipoh - Putrajaya - Kuantan 3-4 hari ni, badan lemau macam nak demam. Insyaa Allah nak update secepatnya. 

55 comments:

  1. sama macam kami..lambat juga daftar masa tu..huhu. lepas balik malaysia tiap tahun buat rayuan dan mohon quota mil yang mualaf juga masa tu..alhamdulillah 2018 dapat pergi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah Mulan...masa weekend baru ni pergi kenduri doa selamat jiran, dia kata 8 kali merayu baru tahun ni dipermudah. Beliau pun guna pakej swasta sebab nak dekat. Umur suami dan isteri dalam 60an kalau tengok sebab dah pencen. Alhamdulilah Allah dah panggil.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki dapat panggilan Haji.... saya bersama keluarga dapat pergi umrah sudah rasa bersyukur sangat.... moga-moga ada rezeki untuk panggilan Haji pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaa Allah En Taufik akan menjadi tetamu Allah secepatnya.

      Delete
    2. Amin.... terima kasih atas doanya

      Delete
  4. Salam kenal warga Blogger... mari singgah teratak saya yang tidak seberapa.

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah Tabarakallah.. Seronok baca perkongsian ni. Rezeki menjadi dhuyufurrahman. Semoga Allah jemput saya dan keluarga pula menunaikan ibadah haji 🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaa Allah moga Ily dan keluarga akan menjadi tetamu Allah secepatnya.

      Delete
  6. Alhamdulillah....belum giliran kami lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaa Allah tak lama lagi.

      Delete
  7. Alhamdulillah..kenangan yang takkan di lupakan....
    amboi byk nye story nak share...semoga sihat2 selalu...
    terima kasih sbb selalu singgah blog nieyl♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang kenangan sepanjang hayat. Thanks Nieyl moga sihat selalu jugak dan thanks singgah sini jugak

      Delete
  8. Alhamdulillah kerana sis mulan direzekikan utk menjadi tetamuNya

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah...murah rezeki sis dan husband...teruja betul membaca

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki yg kita paling tak sangka itulah sebaik-baik rezeki kan.. seronok membaca kisah-kisah mcm ni.. tumpang gembira :)

    ReplyDelete
  11. Oh Akk pergi dgn Rayhar ye ...
    Sy muassasah. Pengalaman paling manis, paling berharga, paling istimewa semua terpalinglah bila dapat tunaikan haji ni. Alhamdulillah sampai skrg masih terasa nikmatnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH pengalaman dan kenangan paling berharga sepanjang hayat.

      Delete
  12. Alhamdulillah sudah direzekikan untuk pergi.
    Saya masih menunggu.. semoga dapat panggilan juga🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaa Allah tak lama lagi.

      Delete
  13. Alhamdulillah puan sudah dapat menunaikan haji. sy ni je masih menunggu. InsyaAllah ada la tu rezeki sebelum cecah 60 thn. Minta2 dipanjangkan usia. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaa Allah tak lama lagi dapat la panggilan Haji untuk AK

      Delete
  14. Saya baru tahu yang kita kena buat rayuan setiap tahun. Kalau nak tunggu giliran kita, memang lambat la. Seronok baca cerita Mulan, dapat pergi haji. Nanti, ceritalah lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan yang bagitau dulu. Staff TH pun cakap buat rayuan tiap tahun dan pergi kursus Haji.

      Delete
  15. Syukur sangat2... Kita yang baca ni tumpang gumbira!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan moga uncle dapat panggilan nanti

      Delete
  16. semoga ALLAH kabul kan impian akak pulak nnt.

    ReplyDelete
  17. Semoga doanya dimakbulkan. Amin. 🤲

    ReplyDelete
  18. Syukur sanagt- sangat, baca pengalaman panggilan haji akak 2022 lepas..akak buat SA rasa excited..tapi blom sampai masa SA..tak tau la bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaa Allah tak lama lagi giliran SA jugak nanti.

      Delete
  19. sronok dgr cerita kwn2 yg dh pi haji muda2...kalo dlu2 kebanyakan yg berusia yg pegi haji tp skarang tidak lg....psl kes daftar haji tu ,ingatkan dh ada akaun tabung haji dh auto daftar rupanya tidak...so mmg lama juga la tgu turn tp kalo ada duit extra bole je buat rayuan...smoga di jemput juga utk menunaikan haji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pengalaman dan kenangan sangat berharga. Betul kami ingat dah ada akaun TH so ianya auto lah kan dapat pergi Haji. Insyaa Allah tak lama lagi giliran Mama Tisya nanti.

      Delete
  20. sy pun ingat macam tu juga
    igt dah ada kaun dah kira daftar laa
    rupanyaaaa.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ingat kan dah ada akaun, dah boleh pergi Haji.

      Delete
  21. ex majikan sy dulu gi dgn visa furada sbb dia nak saing suami dia yg dah dpt panggilan. tp pd ms sama dia nak bw emak dia. jd dia pun try apply visa furada dan dapat. bila tanya berapa RM utk 2 org, dia ckp total RM1/2 juta utk 22 hari... telan air liur sy dgr ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Visa furada saya tak tau sangat detailnya. Ada dengar jugak.

      Delete
  22. Oh Ini throwback ya kak... Saya pikir kakak berangkat THN ini. Ternyata sudah sebelumnya... Memang rezeki kan. Saya pula masih 27 tahun lagi 😄😄. Kalo pun tak bisa, nanti biar utk anak saya. THN ini yg berangkat Abang ipar, tapi itupun Krn dia ambil jatah orangtua dia yg sudah meninggal. Memang rezeki dia juga. Banyak2 doa lah supaya bisa dipercepat berangkat haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny throwback tahun 2022 dulu selepas COVID. Moga Fanny dan suami dapat panggilan Haji nanti.

      Delete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Tak perasan ni post throwback hehe. Saya mcm Kak Mulan jugak, masa awal2 bekerja bukak Tabung Haji, tak tau pun yg kena daftar haji. Kiteorang pun buat perkara sama dgn parents Kak Mulan, abis pantang saya terus bukak akaun tabung haji utk anak2 & sebelum resign dulu, mmg tiap2 bulan potong gaji masuk dalam akaun dieorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ya throwback. Tu lah ramai tak tau kena daftar Haji kan.
      Seeloknya begitu, simpankan terus untuk anak2 dari kecil, lama2 banyak simpanan tu nanti.

      Delete
  25. Samalah saya Mulan. Buka akaun TH waktu sekolah tahun 1984. Potong gaji tiap bulan bila dah kerja. Rupanya tak daftar haji! Entah tahun bila, baru tahu rupanya kena daftar haji. Barulah kelam-kabut daftar sekeluarga. In syaa Allah, kami tunggu rezeki panggilan-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie ramai tak tau tentang daftar Haji. Insyaa Allah tak lama lagi panggilan untuk Kak Amie dan suami.

      Delete
  26. KSarie baca perkongsian Mulan ni pun sambil bergenang-genang ayaq mata. Cerita pasal umrah dan haji selalu buat hati KSarie sebak. Semoga semua yang membaca post Mulan ini termasuk KSarie Allah jemput untuk menunaikan umrah dan Haji satu hari nanti in sya Allah. Syahdu sungguh baca post ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Kita semua kan KSarie memang akan tetap sentiasa nak ke Tanah Suci. Insyaa Allah giliran KSarie tak lama nanti.

      Delete
  27. Alhamdulillah dapat menunaikan rukun Islam kelima. Syukur Allah permudah segala urusan. Turut terasa sebaknya tu bila dapat panggilan Haji. Lagilah mencabar selepas COVID melanda.
    Semoga kami semua juga diberikan rezeki dapat menjadi tetamu Allah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Moga Fiza dapat menunaikan ibadat Haji nanti.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com