Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G*Z*.
Lunch kami order HOT POT CHICKEN + E LEAVES, rasanya macam tu lah nama menu.
Anak soleh order Kuetiaw Ladna.
CHICKEN HOTPOT ni, makan dengan nasi dan telur dadar. Alhamdulillah memang sedap. Kami breakfast dan lunch je di Restoran SARAH ni saja sebab jalan kaki dari hotel. Dinner selalu dah kenyang sebab pergi mengopi dan makan buah, snek dan biskut. Lepas lunch selalu kami balik hotel, solat dan rehat sebentar. Jam 2.30pm baru Mr. Quan akan datang.
HAPPY HILL COFFEE
Anak2 soleh solehah yang ajak pergi. Ikut je. Nak masuk kena bayar VND100,000 @ RM18 seorang. Harga ini untuk masuk keseluruhan kawasan HAPPY HILL yang super besar ni dan untuk 1 coffee seorang, apa2 jenis pun. Unless kalau nak tambah, beli lain lah. Murah kan. Banyak juga baca, charge masuk ke cafe viral ni Vietnam, harga sebegini. Bayar untuk masuk dan harga satu minuman. Outside food tak sure, lupa tengok tapi macam tak boleh dan tak nampak pulak orang lain hangat ber-picnic bawa makanan sendiri. Maybe snek ringan dibenarkan dan ada cafe, juga ada restoran kot berdekatan atau dalam kawasan HHC ni. Besar sangat kawasannya.
Subhanallah seriously cantik sangat HAPPY HILL COFFEE ni. Kawasan bercerun landai. Layan lah ya foto2 di bawah. Kami memang bersantai je di sini. Borak anak beranak. Tak ada time limit pun.
Yang ni anak solehah geram sebab tak dapat port mengopi atas pokok. Tapi kan, kalau dapat pun, diorang je lah naik. Mummy gayat haha.
Happy Hill Dalat merupakan tempat yang menarik ramai pelancong baru-baru ini. Mari ketahui di mana Happy Hill Dalasis dan perkara yang menjadikannya tempat yang menarik.
Happy Hill ialah tempat panas di Da Lat yang ramai pelancong cari baru-baru ini. Tempat ini ialah sebuah studio filem yang baru muncul dengan banyak sudut menarik untuk mengambil gambar. Terletak betul-betul di sebelah Tasik Tuyen Lam, tidak jauh dari pusat bandar, studio Happy Hill menarik ratusan pelawat setiap hari berkat keindahan semula jadi dan karya buatan manusia yang mengagumkan.
Terletak betul-betul di kawasan eko-pelancongan - restoran Da Tien - tasik Tuyen Lam, kira-kira 12km dari pusat bandar. Ia mengambil masa kira-kira 20-30 minit untuk bergerak dari pusat dengan motosikal atau kereta.
Klik -->> SUMBER HAPPY HILL COFFEE
Alhamdulillah dapat port tepi TASIK TUYET LAM
Coffee dan smoothies dia memang sedap. Ada Matcha dan lupa dah order apa.
Tasik Tuyền Lâm ialah sebuah takungan di bandar Da Lat, wilayah Lâm Đồng, Vietnam. Ia kini merupakan salah satu daripada 7 kawasan pelancongan negara yang diiktiraf oleh Perdana Menteri Vietnam. Kuil Trúc Lâm boleh dikunjungi dengan kereta kabel. (Wikipedia)
Berbagai rupa port mengopi nya.
Alhamdulillah anak solehah battle cop port lepak atas pokok ni, kena lalu mini jambatan gantung aduiiiii lah.
Hari Ahad so memang ramai pengunjung tapi tak lah sesak sangat.
Yang atas jambatan tu beratur tunggu kami siap. Kami pun bukan boleh lama.
Tinggi nya dan betul2 tepi tasik.
Ada yang lepak membaca.
Lagi tinggi...!!
Rasanya elok datang time musim bunga ni kot. Sebab bunga sedang mekar berkembang. Tapi tak sure pulak exact time bila betul2 lagi banyak bunga. You all check lah nanti.
Ini lah port waiter waitress tunggu pengunjung di entrance untuk pastikan yang masuk, bayar RM18 seorang tu.
Entrance nya. Dan juga jalan keluar. Jumpa lagi. Memang best Alhamdulillah.
Tak sempat nak ke area sana, untuk saksikan sunset sebab kesuntukan masa.
Sampai hotel, lepak kejap. Makan buah dan apa2 yang ada. Masing2 dah tak nak ke Restoran. Lepas Maghrib, jalan2 kaki keliling bandar.
Jeng jeng...... CROCS.
Bestie JL yang cucuk2 suruh singgah kedai CROCS ni. Anaknya kata CROCS murah. Bila gugel rupanya memang madeinvietnam. Kilang nya di Vietnam. Maka kita pun santai2 tengok. Hubby dan anak solehah berkenan. Mummy dan anak soleh tak nak pun. Rasanya dalam RM60 kot sepasang, tengok design lah.
Memang dia perlukan sebab kalau hujan nak ke kelas, elok sangat pakai CROCS ni.
Seberang kedai CROCS ni, alahai kedai favorite mummy dan anak solehah.
Tepuk dada banyak kali mintak bersabar. Asal tengok bracelet dan bangles, boleh lupa benda lain. Koleksi pun dah banyak.
Memang ralit tengok semua ni.
Bye bye dulu. Anak solehah beli postcard dan apa entah, yang kecik2 je.
THE CHOCO
Ohh memang kaki macam magnet kena tarik masuk ke kedai chocolate ni.
Info terperinci, klik & translate ya -->> THE CHOCO
Boleh try berbagai perisa chocolate nya, FOC.
NAMA CHOCOLATE. Kami beli BITTER NAMA,
Yumm memang sedap.
Foto dari website THE CHOCO
Screenshot dari website THE CHOCO
Antara produk NAMA CHOCOLATE dijual di website THE CHOCO.
Sumber Foto : TwoPlaidApron
NAMA CHOCOLATE ialah sejenis coklat Jepun, khususnya truffle gaya ganache, terkenal dengan tekstur lembut dan baldu. Ia dibuat dengan coklat, krim segar dan selalunya mengandungi bahan-bahan seperti minuman keras atau rempah untuk rasa yang berbeza. Istilah "nama" diterjemahkan kepada "mentah" atau "segar" dalam bahasa Jepun, merujuk kepada penggunaan coklat bahan-bahan segar yang berkualiti tinggi.
Berikut ialah pecahan yang lebih terperinci:
Bahan-bahan:
Coklat nama biasanya menggunakan coklat cair, krim segar dan kadangkala mentega. Minuman keras seperti Kahlua atau brendi, atau rempah seperti serbuk teh hijau, boleh ditambah untuk variasi rasa.
Proses:
Campuran coklat dicairkan bersama krim, kemudian dituangkan ke dalam kuali untuk menyejukkan dan memejal. Setelah padat, ia dipotong menjadi segi empat sama atau kepingan yang lebih kecil, dan selalunya ditaburi serbuk koko.
Tekstur:
Hasilnya ialah coklat lembut, hampir berkrim, yang cair di dalam mulut anda.
Perisa:
Profil perisa berbeza-beza bergantung pada bahan khusus yang digunakan, tetapi ia biasanya dicirikan oleh rasa coklat yang kaya dan dekaden.
Asal dan Jenama:
Nama coklat adalah ruji syarikat coklat Jepun ROYCE'.
Penyimpanan:
Disebabkan penggunaan krim segar, coklat nama perlu disejukkan dan dimakan dalam masa beberapa hari selepas membuat atau membeli.
Sumber : Carian Google
Ada cookies juga.
Interior kedai pun memang cantik.
Jalan2 balik hotel. Esok nya nak fly balik. Tenang suasana bila dibandingkan dengan Ho Chi Minh City.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Bestnya lepak minum kopi atas pokok gitu!
ReplyDeletePemandangan pun cantik mmg ralit la kan...
Memang best kan dan cantik.
DeleteKuetiau ladna dia meriah. Kenyang makan tu. Wahhh banyak port bergambar menarik di Happy Hill Cafe ni. Paling penting permandangan dia tu. Seronok dapat port tepi tasik tu kan.
ReplyDeleteRambang mata nak memilih crocs. Banyak design. Murah-murah tu yang menarik lagi nak membeli.
Sedap Kuetiaw Ladna tu. Tak sangka Happy Hill cantik sangat Subhanallah. Tepi tasik juga.
DeleteCrocs tu walaupun bukan first grade tapi export quality.
Cantiknya pemandangan ...
ReplyDeleteSubhanallah memang cantik
DeleteCantik betul view kat Happy Hill tu..perfect spot for ootd..and crocs tu murahnyaaa kat msia if kat butik crocs, average harga rm250+ sepsg
ReplyDeleteMemang cantik sangat, apalagi dapat mengopi.
DeleteCrocs ni export quality tapi bukan highest grade.
Waalaikumussalam.
ReplyDeletePagi-pagi singgah sini, ikut rasa happy tengok view di Happy Hill.
Memang happy kat situ Kak Amie
DeleteCantik betul pemandangannya, mashaaALLAH!
ReplyDeleteNama-namanya begitu payah utk disebut- nangis.
Memang cantik Subhanallah. Hehe nama asing bagi kita kan.
DeleteSyok mengopi sambil menikmati keindahan alam di Happy Hill.
ReplyDeleteKalau saya pun gayat nak ngopi di pelantar tinggi kecik tak ada pagar keliling.
Coklat Nama, nak beli masa ke Jepun haritu. Tapi yang halal dah habis atau saya yang tak jumpa.
Memang syok sangat sebab kita di keliling pokok2 dan bunga2. Post ngopi yang tinggi tu memang gayat.
DeleteChocolate Nama ni memang sedap. Masa di Jepun, tak jumpa pulak.
subhanallah..cantik sungguh kat happy hill, jatuh cinta MA dgn Dalat ni.leh masuk dlm list kot..in sya Allah
ReplyDeleteMemang cantik, Insyaa Allah MA sampai Dalat nanti.
DeleteBestnya, boleh mengopi atas pokok. Pemandangan pun cantik. Pertama kali saya dengar, masuk cafe, kena bayar. Menarik sungguh kedai-kedai di sana.
ReplyDeleteMemang best, mengopi atas pokok. Permandangan cantik.
DeleteMasuk cafe kena bayar tu maybe sekali dengan entrance fee sebab itu private property.
Tiket masuk + minuman lah kiranya. Nak kawal dari minuman luar dibawa masuk.
memang cantikkan Dalat nih, anak kak ana dah sampai duk cerita kalau ibu pi mesti ibu suka katanya, tengok entri Mulan ni comfirm sangat vibes kak ana suka , semoga ada rezeki sampai sini satu hari nanti, in syaa allah
ReplyDeleteMemang cantik. Insyaa Allah Kak Ana sampai Dalat nanti.
DeleteMusim bunga ke? Lawa betul view ada bunga tu.
ReplyDeleteDalat ni tanah tinggi maybe bunga sentiasa cantik subur macam Cameron Highland kot.
DeleteMemang berbaloi sangat dgn bayaran RM18 dpt masuk kawasan tu dan dpt segelas cawan coffee.. view cantik sngt mmg kena duduk take a moment layan pemandangan.. bila la nak sampai Dalat ni.. moga ada rezeki suatu hari nanti insyallah..
ReplyDeleteMemang berbaloi sebenarnya. Lepak lama pun best. Insyaa Allah Afif sampai Dalat nanti
DeleteCantiknyaaaaa...kat sini banyak bunga hydrangea ye kak...choc tu allahu...nampak sedap betul..terliur SA
ReplyDeleteMemang cantik. Hydrangea memang banyak di Dalat. Nama Chocolate tu memang sedap.
DeleteLihat tempatnya, saya langsung ingat Takengon, kota di Aceh yg penghasil kopi Gayo. Banyak bunga begitu. Itu saja belum musim bunga ya kak, tp menurut saya dah banyaaak yg mekar. Apalagi sedang musim.
ReplyDeleteCantik sangat pasti.
Coklat gaya ganache ini memang dah banyaaaak sangat dijual. Saya juga suka. Di jakarta pun dah banyak toko lokal yg menjual. Suka Krn dibuat kotak2, dan varian rasa pun Macam2. Saya pernah coba yg salt caramel. Sukaaaa lah 😍😍
Oh ya ke Fanny. Kalau begitu, kena pergi Aceh lagi untuk ke Takengon. Mungkin Dalat di tanah tinggi maka bunga sentiasa mekar cantik.
DeleteNama Chocolate (Royce) ini memang sedap. Di Malaysia belum banyak tapi tak tau di KL mungkin ada. Rindu betul Nama Choc ni. Di airport mahal sangat.
kalau gitu nnt gi vietnam boleh laa cari kasut buaya tu hehehe
ReplyDeleteBoleh hehe
Deletetgh2 tasik tu pulau kecik ke cam ne?
ReplyDeleteboleh berenang ke tak sini?
hehehe
Rasanya ada signboard no swimming
DeleteBestnyeee Happy Hill Coffee tu... rugi tak pegi
ReplyDeleteMemang best
Delete