Monday, November 04, 2024

KAWIN.KAWAN.MAKAN.JALAN.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.


RABU petang sebelum DEEPAVALI, balik rumah Mak sebab adik no4 baru sampai dari KL. Nak ke airport pun ya. Mak cakap, cari barang lain jumpa kotak "ada HADIAH KAWIN awak". Wahhh lama tu, siap dengan kasut kawin sekali. Yesss masih muat. 


6.30pm ke AIRPORT KUANTAN, ambil hubby. Dekat je dengan rumah mak di Taman Guru. Cantiknya awan Subhanallah. Patutnya Selasa ke KL, Rabu balik, dia ada meeting tapi takut jem dan penat travel dan drive, hubby pun kata naik flight je lah. 


KHAMIS (CUTI DEEPAVALI) pagi lepas Subuh. 
Breakfast di KUANTAN PICKERS lagi, sebab buka awal 7am. First time ke belakang tengok ruang tambahan luar kedai, beratapkan langit. Blogger CARNEYZ ada mention di entri cuti Pantai Timur nya. Pagi masih sejuk, boleh try next time lah, lupa actually. Kami order Kopi O, Nasi Lemak Kerang, Roti Jala dan Cekodok Pisang. 


Lama tak brisk walk di sini. Suka tengok sunrise. HOTEL MEGA VIEW Kuantan ni dulu2, suram je tapi sekarang memang rancak meriah sebab penambahbaikan sepanjang BENTENG SUNGAI KUANTAN. Memang cantik view nya. Tiap kali lalu, parking lot memang penuh. Location bagus, tapi review untuk hotel, tak pasti. 


Pukul 12pm , kami ke TIMORRA VENUE TANJUMG LUMPUR. Menghadiri majlis perkahwinan anak kawan, pengantin nya pula kawan baik anak soleh. Jumpa kawan2 lama  di KERTEH. 

Sebelum sampai tu, ada macam notification tayar kurang angin. Alhamdulillah ada kedai tayar berhampiran. Nah, duduk di kedai tayar dengan baju kurung. Alhamdulillah tak lama. 


Balik rumah, ada parcel sampai hehe terjebak jugak. Asal barang rumah, memang suka nak try. Dah guna dua2, memang PEACH lagi wangi. 


JUMAAT hubby kerja half day. Ke KL lagi ada jemputan majlis perkahwinan. Junior di sekolah menengah, satu dorm dan satu rumah sukan, RUMAH BIRU. Siapa di sekolah dulu rumah BIRU? Kami semua semangat kuat tapi selalu kalah. Kalau menang, selalunya bahagian berkumpulan. Team work kami kuat. Yeah tengok lah Ketua Rumah SUKAN (Perempuan) nya ni. Hehe. Juga ada ayah Leona. Superman rumah kami. Johan Rumah untuk merentas desa.

PUTRA GLASS HALL.
Memang riuh malam tu, senior junior kami semua rapat. Kami semua pemalu, blurr lah gitu hehe.


SABTU pagi lepas Subuh ke FOOD COURT PRESINT 8. Lama betul tak ke sana. Alhamdulillah dah ada kedai yang buka pukul 7. Asalnya nak makan Nasi Kerabu tapi bau Nasi Lemak nya, mak aiihhh tak menahan. Dengan hubby pun sama kami order Nasi Lemak, memang sedap. Sebab nak brisk walk, kami makan yang biasa saja tanpa lauk ayam dll. Kedai ni rasanya dulu beratur panjang kalau nak beli Nasi Lemak. Sebelah nya ada kedai minuman dan kuih muih.


Jalan2 4000 steps, drive balik rumah. Sebab hubby nak lari 21km, training untuk IRONMAN katanya. Bior bebenor yop..!!. Alhamdulillah selamat dia sampai rumah. Dapat 21km jalan dan jognya.


Lepas Zohor kami ke STAR AVENUE MALL ada majlis perkahwinan lagi. Lauk nasi macam biasa tapi yang best ada UBI REBUS SAMBAL BILIS + CENDOL & LAKSA PENANG
(Foto Ubi Rebus : zalinah blogspot)


POPIA BASAH tu favorite kami, beli berdekatan ANDORRA PRIVATE HOSPITAL. Rasanya area SERI KEMBANGAN. Memang sedap. Ramai pun kata sedap.


AHAD pagi, breakfast di FOOD COURT PRESINT 11, sebelum tu ambil anak solehah di kolej. Tak banyak kedai yang buka. Maybe awal lagi. ROTI CANAI BANJIR memang sedap. Kuah Kari, Dal dan Sambal semua sedap. Hubby makan Nasi Lemak bungkus, sedap katanya. Beli juga KUIH ANGKOO & DONUT untuk tapau. Sedap.


TAMAN SAUJANA HIJAU.
Biasa lah kan, hubby ajak brisk walk juga. Lambat sikit sebab ambil anak solehah. Cuaca dah panas 8pm. Tapi cantik sangat langit biru. Subhanallah.


Tak larat ke atas, hubby je naik. Macam di oversea kan.


RAMEN SEIROCK, IOI PUTRAJAYA
TORIPAITAN Ramen, lupa nama penuh ramen ni.
Lunch lambat. Anak solehah nak makan ni. Hubby dah kenyang sebab pergi wedding anak kawan sekolahnya. Kami tak ikut. Memang sedap.


Cantiknya sunset, on the way balik Putrajaya lepas hantar anak solehah.


ISNIN. BERIANI & SALAI, TAMAN MELATI. 
Lunch tadi, lepas ambil hubby meeting. Dia dah pesan, bawa baju extra takut kena attend meeting. Second time di sini, memang sedap. Makan lauk ITIK SALAI MASAK LEMAK. Senang makan di sini sebab terus ke TOL GOMBAK. Blogger TIME TRAVEL AFIF, pernah share. Siap makan, terus drive balik.


Hubby mengantuk halfway, penat meeting, so tukar driver macam biasa. Alhamdulillah cuaca terang di LPT. Sebelum nya dari KL hujan agak lebat. Alhamdulillah smooth semuanya.

Alhamdulillah atas segala nikmat ALLAH.
Take care semua. Stay strong+safe+sweet.

Till later, dairi seorang Mulan untuk kali ini. 
Penat, padat, nikmat.
Thanks for dropping by.

30 comments:

  1. Saya kalo sepatu kawin juga masih muat kak, tp baju nikah dah wassalam lah 🀣🀣🀣. Dipaksa pakai, takut lepas pula kancing πŸ˜‚

    Kuantan pickers ini memang estetik sangat tempatnya. Betul2 teringin saya makan di sana nanti 😍

    Wangi peach itu memang segar lah. Kemarin saya beli sabun wangi peach dan vanilla, tp menurut anak2 JD macam wangi mangga. Tp sukaaa. Fresh sangat rasanya. Saya pun kalo sabun, suka tergoda dengan yg wangi2.

    Ubi rebus sambal bilis, walo saya tak pernah coba, tp bisa bayangkan rasanya. Apalagi ubi pun bisa dibilang karbohidrat. JD pasti sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis 🀀🀀

    Kalo roti canai favorit saya kuah asing kak πŸ˜„πŸ˜„. Jadi saya celup2. Kalo banjir nanti rangup dari roti canai hilang hahahahha. Masalah selera saja πŸ˜πŸ˜„

    Ramen seirock Ya, ini ada juga di jakarta. Saya sukaaa sangat. Kuahnya memang creamy sedap. Dah lama tak makan. Nantilah kalo ke aeon lagi nak makan di sana.

    Kuliner salainini awalnya saya penasaran. Tp akhirnya dibawakan yg instan oleh Carneyz. Dan saya sukaaa. JD ternyata dagingnya di asap yaa. Ada juga di sini, tp hanya beberapa daerah yg jual. JD saya pun jarang makan.

    Nanti kalo ke KL nak cari beriani dan salai itu😍😍

    Lagi musim hujan di sana ya kak? Tempat saya jakarta timur akhirnya hujan juga. Kalo jakarta selatan memang dari dulu hujan 🀣🀣. Ntah kenapa yg kawasan timur memang kering sikiit 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny kasut masih muat, tapi baju kawin sudah diwakaf lama dulu πŸ˜„πŸ˜„
      Nanti datang Kuantan ya, boleh makan di Kuantan Pickers ni.
      Bau peach memang kuat dan wangi daripada bau mango tapi masih sedap baunya.
      Ubi rebus memang sedap, banyak dimakan zaman dulu ketika petang, cerita nya nenek2 dulu2.
      Roti Canai yang sudah banjir memang hilang rangupnya tapi sedap 😊
      Ramen Seirock ni favorite anak2 tapi bila makan, memang sedap. Beza dari ramen yang lain.
      Memang sedap daging, itik salai, sebab rasanya smoky begitu. Ya Fanny nanti datang KL boleh makan di Beriani & Salai.
      Sekarang cuaca tak menentu, kadang panas dan hujan. Di Kuantan sepatutnya musim hujan tapi belum lagi. Masih panas.

      Delete
  2. Meriahnya... jalan, makan, kenduri.. mmg padat jadual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang padat tapi seronok

      Delete
  3. Semua port makan akk pilih sedap² belaka :D
    Beriani & Salai tu belum try lagi. Parking susah betul la area situ 🫣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada tempat lama, ada yang baru. Beriani Salai tu, parking memang susah sikit kan,, Insyaa Allah ada nanti.

      Delete
  4. Cantiknya ur wedding shoes🀩🀩🀩 taman saujana hijau tu memang very nice lah..saya pernah gi situ sekali..perfect sgt if nak photoshoot😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😍😍 tq tq, nak cari yang tak tinggi Alhamdulillah jumpa.
      Taman Saujana tu memang cantik, banyak juga photoshoot wedding dan graduation

      Delete
  5. Taman Saujana Hijau tu memang cantik kan.....untuk orang sakit lutut kena jalan gostan bila menurun kat area membukit..hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Sama lah kadang gostan jugak hehe

      Delete
  6. Comelnya kasut kahwin. Masih tersimpan elok.
    Saya pun suka yang wangi-wangi dan suka try aroma yang berbeza. Kadang-kadang beli beberapa jenis, sampai tak tahu bau apa dalam bilik mandi hahahahaa.
    Makanan semua sedap Mulan... ubi rebus sambal bilis, cendolnya, laksa penangnya....yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari yang tak tinggi, Alhamdulillah jumpa. Lupa masih ada kasut tu, baju kawin dah wakaf ke sepupu2.
      Tu la geram je kan kalau jumpa wangian ni, macam2 nak beli.
      Memang sedap Alhamdulillah especially ubi rebus tu.

      Delete
  7. Lama tak pergi Taman Saujana Hijau. Bila tengok gambar first Mulan, saya dah kata cantik dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kami dah jatuh cinta dengan Taman Saujana hehe

      Delete
  8. Pergh…kasut kawin masih muat tu πŸ‘πŸ½
    Saiz badan tak banyak berubahlah ya walau dah sekian lama.

    Nak masuk Ironman kena berlatih berenang berbasikal sekalilah nampaknya kan? πŸ’ͺ🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut tu material nya macam kain, boleh expand sikit Alhamdulillah muat tapi tak tau la nak pakai ke mana hehe. Saiz dah berubah sangat ni haha.
      Tu la hubby ni saja je nak try katanya.

      Delete
  9. Untunglah boleh tukar pilot... kalau aunty... malas dah nak pegang stereng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kini dan selamanya hehe Insyaa Allah

      Delete
  10. Padat sekali jadwalnya ya...

    ReplyDelete
  11. cantik tmpt wedding jenis glass gitu....beriani salai ni slalu gk tgk..tk pernh try lg....taman saujana hijau tu slalu tgk org photoshoot..cantik tmptnya ala2 overseas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan glass hall. Second time kami ke Beriani Salai ni.
      Taman Saujana memang cantik macam oversea kan.

      Delete
  12. Memang ya, momen-momen sederhana dengan keluarga dan sahabat ini yang bikin hidup jadi berwarna. Seneng baca cerita hangat dan penuh nostalgia seperti ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah di blog saya. Betul, momen2 begini memang buat hidup meriah.

      Delete
  13. nak masuk ironman? wow weee
    bleh laa nnt joint KJ ke alif satar ke syed sadiq ke nnt😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga capai impian dia nanti, Insyaa Allah

      Delete
  14. popia basah tu gerai tepi jln ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya gerai tepi jalan, dekat Andorra Hospital

      Delete
  15. Kuantan Pickers masuk wishlist...Food Court Presint 11 tu ntah bila la SA nak sampai agaknya...Kedai Beriani Salai tu..aduhai...dah la SA tengah craving Itik...ngencessss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah SA nanti. Itik memang sedap kan.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com