Thursday, June 08, 2023

QUICHE BROCCOLI TUNA MUSHROOM SEDAP

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Bila anak2 soleh  solehah ada sama2, memang seronok masak2.


Anak2 request Quiche. Ikut resepi dari blog Sis Zila Norazila. << KLIK

Memang jadi elok sedap Alhamdulillah. 


Sebenarnya merasmikan quiche/tart pan tu. Beli di Ikea (as is section) dah bertahun2. Nak cepat & tak ada foil + apa2 kacang, so saya bakar terus. Blind bake, cucuk sikit pastri dengan garfu supaya tak gelembung pastri nanti.


Ada tuna, broccoli, mushroom. Bahan & resepi asas ikut resepi blog Sis Zila Norazila. 

Saya copy paste dari blog zila4ever.blogspot seperti di bawah :-

Short crust pastry

250 gram tepung gandum
125 gram unsalted butter sejuk-dipotong dadu
secubit garam
1 biji telur kuning
2-3 sudu besar air ais

Caranya

  • Satukan tepung, butter garam didalam food processor berserta pisau pemutar dan putar sehingga menjadi serbuk roti.
  • Masukkan kuning telur dan putar sebentar tambahkan air ais sehingga menjadi doh.keluarkan dari food processor dan canai sebentar.balut dengan plastic wrap sejukkan selama 1/2 jam didalam fridge.
  • Keluarkan dan canai nipis.masukkan kedalam acuan tart kemaskan bahagian tepi dan bakar secara blind bake pada suhu 180' selama 20 minit.kemudian keluarkan bahan blind bake dan bakar lagi dalam 15 minit.
  • Keluarkan dari oven dan masukkan filling bakar lagi sehingga masak.

filling
Sekeping dada ayam dipotong kecil
seikat bayam - guna daun sahaja
1 biji bawang besar - dipotong dadu
capsicum merah - didadu - saya guna lada besar merah sebatang
3 biji telur
200 ml susu cair/cream
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
3 sudu besar butter
sedikit cheese - untuk tabur - saya guna cheddar

Caranya
Panaskan butter,tumis bawang besar hingga layu dan masukkan ayam dan biarkan ayam masak.masuk bayam dan capsicum merah masak sehingga layu.perasakan dengan garam/maggi secukup rasa tutup api dan ketepikan.
pukul telur dan susu cair sehingga rata.masukkan filling kedalam pastry dan tuangkan campuran telur dan susu tadi.taburkan cheese kegemaran dan bakar sehingga masak.
sedia dihidang.

p/s
Blind bake
adalah teknik bakar kulit tart dengan cara meletakkan kertas baking dan kekacang diatas tart.tujuannya untuk mengelakkan tart menggelembung semasa proses membakar.
contoh kekacang - kacang merah /kacang hijau. simpan semula kekacang selepas digunakan.next time boleh guna lagi.


Ya, ada hari memang rasa down sangat2. Allah is the best planner. 

14 comments:

  1. mengenyangkan...boleh ganti piza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul memang kenyang mcm pizza Alhamdulillah :)

      Delete
  2. Org bijak ni kan mulan, ada kayu batu pun menjadi tau. hehehe.. apa2 pun cantik kejadiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bi iznillah. Alhamdulillah elok jadi, suspen jugak lama tak buat pastri tu :)

      Delete
  3. Kalau uncle bentuk macam ni ingat pizza ja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer tengok betul2 foto lain tu jugak la uncle kan ada pie crust tu haha

      Delete
  4. my fav ni!! tapi tak reti nak buat hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut step by step In syaa Allah. Dulu pun tak reti jgk hehe.

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah utk makan anak beranak :)

      Delete
  6. sedapnyaaaa xpt makan panas2👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul makan panas2 memang sedap Alhamdulillah

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com