2021 dah pergi dengan pelbagai memori.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Taman Guru, Kuantan. Rumah mak. Rumah kami membesar sejak 1987. Dikelilingi sanak saudara. Ya, rumah mak naik air paras atas lutut saja dalam rumah. Atas pinggang paras di luar rumah. Tilam, sofa dan banyak lagi terendam berbau. Sikit je. Tinggal video je, adoi foto semua terdelete.
Ya, rumah mak tak seteruk rumah orang lain. Kami simpan sebagai kenangan. Rumah uncle, aunty, tok2 saudara & lainnya terkesan juga. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terkesan. Cuti suami 2 minggu terakhir tahun 2021 memang sangat bermanfaat. Alhamdulillah, sebab memang plan tak ke mana2 pun, cuma nak visit anak soleh di Terengganu.
Alhamdulillah smooth semua kerja2 cuci walaupun cuma bertiga dgn hubby & anak solehah. Mak memang kami dah pesan cuma cari & tengok barang penting. Penat jangan cerita lah. 100 Plus je sedap kat tekak untuk teruskan mencuci, Alhamdulillah. After a week, adik sekeluarga nak balik jugak utk tolong bahagian dalam cabinet. Padahal rumah sendiri (dua beradik tinggal berdepan) di Klang pun first time naik air paras buku lali, cecah jugak sofa2, fridge dll. Alhamdulillah semua redha.
Take care & stay safe semua. Stay strong. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
Semoga sejarah banjir besar 2021 tidak berulang
ReplyDeleteWarisan Petani: Insya Allah & Aamiin
ReplyDelete