Thursday, September 09, 2021

MUSHROOM TUNA QUICHE YANG MUDAH

Alhamdulillah jumpa lagi resipi yang mudah. PKP ni kan memang lama duduk rumah so kita explore lah resipi2 baru & yang lama tak buat.

Resipi dari Blog Zila Norazila (zila4ever), saya copypaste. Memang senang.

Short crust pastry :

250 gram tepung gandum
125 gram unsalted butter sejuk-dipotong dadu
secubit garam
1 biji telur kuning
2-3 sudu besar air ais

Caranya

  • Satukan tepung, butter garam didalam food processor berserta pisau pemutar dan putar sehingga menjadi serbuk roti.
  • Masukkan kuning telur dan putar sebentar tambahkan air ais sehingga menjadi doh. Keluarkan dari food processor dan canai sebentar. Balut dengan plastic wrap sejukkan selama 1/2 jam didalam fridge.
  • Keluarkan dan canai nipis. Masukkan kedalam acuan tart kemaskan bahagian tepi dan bakar secara blind bake pada suhu 180' selama 20 minit. Kemudian keluarkan bahan blind bake dan bakar lagi dalam 15 minit.
  • Keluarkan dari oven dan masukkan filling bakar lagi sehingga masak.

Filling :

Sekeping dada ayam dipotong kecil

Seikat bayam - guna daun sahaja
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Capsicum merah - didadu - saya guna lada besar merah 
3 biji telur
200 ml susu cair/cream
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
3 sudu besar butter
Sedikit cheese - untuk tabur - saya guna cheddar

Caranya :

  • Panaskan butter, tumis bawang besar hingga layu dan masukkan ayam dan biarkan ayam masak. Masuk bayam dan capsicum merah masak sehingga layu. Perasakan dengan garam/maggi secukup rasa tutup api dan ketepikan.
  • Pukul telur dan susu cair sehingga rata. Masukkan filling kedalam pastry dan tuangkan campuran telur dan susu tadi. Taburkan cheese kegemaran dan bakar sehingga masak. Sedia dihidang.
  • p/s: Blind bake adalah teknik bakar kulit tart dengan cara meletakkan kertas baking dan kekacang diatas tart, tujuannya untuk mengelakkan tart menggelembung semasa proses membakar.
  • Contoh kekacang - kacang merah /kacang hijau. Simpan semula kekacang selepas digunakan. Next time boleh guna lagi.




7 comments:

  1. sedapnya kak... dana apa-apa western food memang suka cuma kadang rajin ngn tidak nak buat heheheh

    ReplyDelete
  2. Uncle nak sebut 'QUICHE' pun tak pandai... makan mungkin pandai... hehehe

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing

    visit our website

    ittelkom jakarta

    ReplyDelete
  4. Dama: Buat ;a senang je ni hehe

    Uncle: Isshhh sebut ikut ejaan melayu je haha

    Rere: Noted

    Eranna: Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Terliur tengok.

    ReplyDelete
  6. Syu: Alhamdulillah sedap, cuba la buat ya

    ReplyDelete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.