Belek2 hard disc tengok foto2 lama. Trip to Europe pada July 2011 banyak sangat kenangan manisnya.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Kami plan perjalanan, mana nak pergi, nak stop di attracions pilihan. Baru buat route memandu. Then pilih tempat menginap yg berhampiran, dalam linkungan route tersebut. Switzerland, memang mahal tempat penginapannya. Sebab kami memandu so kami rela mencari tempat menginap yg murah, yg radiusnya 20km dari route utk drive.
Semestinya bukit ini ditarah sebahagiannya utk kemudahan membina jalan.
Waahhhh terpegun sangat dengan kedudukan & lokasi hotel ni.
Ferienhaus Wasserwendi, Hasliberg
(Foto dari website tripadvisor)
Ni bilik kami. 1 bunk bed & 3 single beds. Ada locker & meja tulis. Bilik air di luar, umpama dorm/hostel. Tapi awesome & cool, the kids excited sangat. Kalau menginap di Interlaken, memang mahal. Kami suka cara ni, bagi exposure pada anak2. Jimat pun jimat. Asal tempat bersih, family friendly, memadai lah.
Seronok kemain tengok bunk bed.
Spacious. Tolak katil dapat tempat solat yg selesa.
View dari balcony.
Subhanallah.
Rasa tak nak masuk bilik tapi sejuk sangat though Summer masa ni.
Breakfast included. Makan roti, jem & butter. Susu, kopi & teh. Kenyang sangat.
Tak puas duduk luar restaurant ni. View nya, Subhanallah cantik sangat.
Foto dari luar restaurant. Gatal main2 SD card, banyak foto hilang. So hubby kena beli software rasa nya dlm USD20 utk retrieve balik foto2. Sebahagian foto jadi mcm ni. Takpe lah janji ada & tak hilang selamanya.
Breathtaking.
Dwarf. Banyak patungnya di sini. Ada sejarah nya. Di post full trip dulu ada rasanya.
Semua angle pun cantik.
Time Summer, Ski Center memang tak buka tapi ski lift masih berjalan.
Woowww..
Memang sunyi sepi time Summer ni.
Asal ada playground, dah seronok sangat dah. Kami enjoy view sekeliling je. Tak puas langsung. Boleh duduk tenung sepanjang hari..
Last but not least.
Zoom sikit. Wooowww.
Dalam sky lift turun ke bawah.
Memang ada signboard tulis safe to drink, air dari gunung gitu..
Kami duduk 2 malam di Hasliberg. Next day stop asal ada tempat cantik, on the way to Interlaken & Jungfrau.
Cantik kan senibina rumah di sini. Kita pun tak kurang jugak, rumah di Malaysia pun cantik.
On the way selepas check out. To next destination.
Subhanallah cantik sangat sangat.
BRUNIG PASS
Laluan Brünig, pada ketinggian 1,008 m (3,307 kaki), menghubungkan Bernese Oberland dan pusat Switzerland, menghubungkan Meiringen di kanton Bern dan Lungern di wilayah Obwalden. Ia berada di daerah aliran sungai antara hulu Aare, yang mengalir melalui Tasik Brienz dan Tasik Thun, dan Sarner Aa, yang mengalir ke Danau Lucerne.
Laluan itu dilintasi oleh landasan kereta api Zentralbahn Brünig, antara Lucerne dan Interlaken, dan stesen Brünig-Hasliberg di garisan itu terletak di laluan tersebut. Laluan ini juga dilintasi oleh lebuh raya A8, antara Lucerne dan Spiez. Kedua-dua landasan kereta api dan jalan raya biasanya dibuka sepanjang musim sejuk. (Wikipedia)
Next destination adalah Dornbin. Kami lencong sikit ke BRUNIG PASS ni. Alhamdulillah smooth semuanya.
Perjalanan kami ketika itu. Dari Brussels ke Paris (tapi kami tidur di Chelles, 20km dari Paris sbb murah & dapat jalan2 tengok bandar kecik lain). Then to Geneva, Hasliberg, Dornbin, Frankfurt, Amsterdam & balik ke Brussels. Banyak tempat kami stop dalam perjalanan, menikmati keindahan Ilahi, stop kat playground yg awesome dll lagi. Alhamdulillah smooth semuanya.
Wow!, indah betul view pemandangan gunung dari lokasi hotel ..., seperti lukisan ya.
ReplyDeletePermandangan yang luas, cantik dan bersih. Udara pun pasti segar. Beruntung berpeluang sampai ke sini.
ReplyDeleteHimawan: Ya benar memang indah sangat
ReplyDeleteFizah: Subhanallah memang cantik. Insya Allah nanti Fizah akan sampai sana
x dinafikan Swiss mmg lawa...lawaaaa sangat2... bila laa ada rezeki lagi nk kembali ke sini? cepat laa covid surut...
ReplyDeleteAnies: Mmg lawa sgt kan.. Insya Allah Anies akan sampai sana lagi nanti :)
ReplyDelete