Thursday, July 23, 2020

CHIFFON CAKE.. YES JADI ALHAMDULILLAH..

Bertahun2 nak cuba tapi tak terbuat2. Alhamdulillah 2 minggu lepas terlaksana jua.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Tadaaa.. Seronok tengok.. Elok jadi lembut gebu walaupun rupa luaran kremetmot sikit.. Kena study cara keluarkan elok2 nanti.


Merasmikan loyang 6 inci.. Tak sabar tu kertas label tak habis cabut..


Fuuhhhh naik dia..


Alhamdulillah tak membuak keluar..


Loyang ni ada telinga tepi so boleh telangkupkan terus.. Tapi silap sikit patut kena sendal lubang tengah tu jugak..


Kek kedua hari esoknya.. Hahahaa anak solehah komplen dapat sejuring kecikkk je. Ayah soleh makan banyak sbb kek kurang manis. Loyang kecik 6 inci memang la kecik sikit. Senang rupanya buat kek ni cuma lepas bakar tu amik masa utk telangkup & tunggu sejam..


Cantik jadi Alhamdulillah..


Buat kali kedua ni, siap bakar, telangkup kan loyang & sendalkan lubang tengah tu dgn gumpalan aluminium foil bagi ngam2 je support loyang tu so that acuan dalam tu tak turun.. 

Resipi dari IG cheta_78

6 comments:

  1. cantik dan gebu elok kejadiannya.. saya tak reti kek2 ni..
    pandai makan je heheh..

    ReplyDelete
  2. Cantik yg pakai bunga tu.

    ReplyDelete
  3. Nohas: Chiffon cake mmg sedap

    Siti: Sini limited sikit, kalau nak makan kena cuba buat sendiri.. Alhamdulillah jadi elok

    Diana: Alhamdulillah better yg first, terasa nak make up sikit hehe

    Cik TK: Hehe tetiba terasa nak sprinkle koko

    ReplyDelete
  4. Menjadi betul keknya kak. cantik pulak topping kek buat macam tu

    ReplyDelete
  5. Fizah: Hihi nak tutup yg kremetmot tu

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com