4.40 pagi.. Dengar bunyi roof tiles bergerak2. Kalau musang selalunya di atas siling saja. Check anak2 di bilik sebelah. Ternampak ada pergerakan dari tingkap bilik air anak2. Kejut hubby. Bawa anak2 ke bilik kami. Hubby check, katanya maybe ada orang sedang memotong wayar bumi lama untuk rumah ni. Yang ada sekarang adalah yang baru.
Hubby buka lampu. Keluar rumah dengan lampu picit. Saya call polis tapi terlalu lama tunggu untuk di-transferkan. Call postguard, nombor tak digunakan lagi. Call kawan, suaminya ke postguard untuk membuat laporan. Seketikanya tiba guard & suami As, namun pencuri dah lari. Guard kata suami patut jangan buka lampu. First time kena, memang agak panik, lampu dibuka dulu. Guard kata memang wayar2 bumi tu jadi idaman. Sebab memang terjuntai tak digunakan lagi. Apapun Alhamdulillah kami semua selamat.
neeza cukup takut kalau orang masuk rumah. Ye la kan... outsiders kat rumah kita.. macam macam boleh jadi.. elok jugak mulan tak keluar..
ReplyDeletetapi, betul la kan.. tak malu ke mak bapak pencuri tu.. tapi yang herannya.. camana kes boleh lepas pulak kan?? agaknya bila ada orang mati baru nak take serious action kot.. entahlah kan..
wow!seram saya membaca nya mulan..nasib baik curi wire copper aje ... tak kejo lain mencuri pulakkkkkkkk.
ReplyDeleteAlhamdulillah hubby you ada rumah, bagus kalau report , at least taklah pencuri tu bermaharajalela mencuri sedap hati diaorang..ingat dulu rumah akak habis wayar letrik dan talipon ditariknya masa akak di Jordan,nak balik baru ganti beribu-ribu jugak kosnya, geram betul dengan pencuri jahat ni.
ReplyDeletealhamdulillah orang semua selamat.
ReplyDeletemasaalah kecurian cabel ni dah berluluasa..tapi belum ada kaedah nak menghentikan nya..
ReplyDeletesebenarnya mudah je.. bila ada yg nak beli ada le yg nak jual.. yg nak jual tu pegi curi dari org yg tak nak jual .. so yg patut di kawal kat org yg nak beli tu..
tokei2 kedai besi buruk tu.. dia org ni la penyangak sebenar.. kerajaan kena fikir peraturan pasal berniaga besi buruk ni..
zino dah lawat negara jiran dia kata tempat dia tak ada pun kes curi2.. ni pasal dia org kawal yg berniaga besi buruk tu.. sesiapa nak jual kena register.. so maklumat org menjual ada kat syarikat dan polis boleh pantau
kat sini ada ke? kalau ada pun kena pantau ke?
alhamdulillah tak ada apa2 kan...
ReplyDeleteseronok jumpa mulan dan asiah malam tadi...
Mulan...betul kata zino tu...kat tempat akak ni aje ada 4-5 tempat jual besi buruk...
ReplyDeleteApaler punya postguard...ada pun tak guna...seb baik tak jadi apa2...takut jugak kalau hubby mulan keluar...bahaya tu...
Salam, tak habis2 kes kecurian kat Rantau ni, ingatkan dah senyap, rupa2 masih ada lagi eventhough ada security pun. Nasib baik curi kat luar, kalau masuk dlm rumah, kecut perut jugak
ReplyDeleteneeza: kesina mak bapak kot depa kena tangkap nanti kan.. seram jgk tu..
ReplyDeletekak elle: nasib tak kena kejutan letrik kat atap tu. takut saya..
kak rina: kesiannya kak rina.. tu la nasib hubby ada masa tu. ni 1 week dia takde..
ummi365: alhamdulillah..
zino: polis tu dah tau mana nak cekau buyer. sini tempat kecik je..
maklang: alhamdulillah takde apa2. kenyang betol makan mlm tu..
kak lady: kesian jgk guard2 tu sbb tak ramai pun yg keje malam. 2-3 orang je tapi kena cover tempat punya lah luas..
kak na: guard tu kata kes2 ni bermusim.. harap2 takde dah lepas ni..
mulan....
ReplyDeleteseram !!!
kiranya ur hubby tu berani la....boleh nak keluar lagik!
nasib baik lah semua selamat.
pp
alhamdulillah yang penting diri selamat. seram dengar, malaysia ni kat mana-aman pun kes jenayah banyak sangat. minta dijauhkan ujian tu semua.
ReplyDeleteSaya pun kalau tel kampung, tak da orang angkat, memang tau wayar tel kena curi, dah banyak kali jadi
ReplyDeletepp: gaduh mulanya, geram betol saya. nak jadi hero kena bertempat.
ReplyDeletezany: tu la, duduk dalam compound ada guard pun jadi camni..
kamato: entah ke haper la budak2 sekarang ni. kot kena sambar dek kilat, baru nak sedar kot..