Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Mood sangat ke laut........
10 hari ni jiwa dihampari kesedihan. Bermula dengan perginya seorang sahabat/kakak yang dikenali dengan peribadi sangat baik dan helpful. Juga arwah adalah sahabat sepejabat hubby sebelum kami berkahwin lagi. Berkait2 ukhuwah dengan arwah. Rupanya mak sepupu kepada kawan baik hubby/kami, juga mak saudara kepada seorang sahabat blogger satu ketika dulu.
Warded few weeks tapi tiada yang tahu sebab tidak kritikal. Hanya keluarga terdekat dimaklum. Senang perginya.
Tak kenal secara peribadi. Hanya melalui IG dan social media sejak tahun lepas. Tabah dan semangatnya melawan kanser, tanggungjawab sebagai seorang anak serta ikhlas ceria menyantuni tetamu Allah.
Beberapa hari lepas juga sangat dikejutkan dengan berita pemergian blogger KAK ELLE dari Singapore yang kenal dari mula ber-blogging tahun 2006. Pernah 2 kali ke Singapore tahun 2008 & 2013 ketika uncle bekerja di Kedutaan Malaysia, Alhamdulillah sempat ke rumahnya. Dijamu macam2, arwah suka masak dan menjamu tetamu.
Ramai bloggers yang mengenalinya, kalau ke Singapore memang akan singgah ke rumahnya. Setelah muncul nya Facebook, ramai juga bloggers dulu, sudah kurang aktif ber-blogging termasuk Kak Elle juga saya, suatu ketika dulu.
Bila buka blog KAK ELLE ni, dapat lihat semula LIST FRIENDS OF THE BLOGLAND suatu ketika dulu.
Subuh tadi, hubby sampai kan berita yang sangat tak nak didengar. Sahabat se-officenya yang dikenali dari mula kerja selepas grad, pergi buat selama2 nya. Wife nya saya kenal sebelum kami kawin, ukhuwah hampir 20 tahun. Sempat ziarah di HKL 2 minggu lepas bawa Kek Oren. Yang sedih, kami baru saja sampai Putrajaya petang semalam. Tak dapat saya ziarah wifenya. Jenazah dibawa pulang ke Kuantan pagi tadi. Hubby terus balik selepas breakfast tadi, untuk ziarah dan sama2 solat jenazah buat sahabat baiknya di Kuantan.
Penyakit diketahui hanya pada hujung tahun lepas. Baik sangat orangnya. Sakitnya tak lama. Mudah perginya.
Mati itu memang pasti. Umur tak lah pasti.
Bagaimana kita nanti.
"Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka,
maafkanlah mereka, dan sejahterakanlah mereka."
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.







0 comments