SALAM JUMAAT PENUH BERKAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Apa cerita WORLD CUP 2026 ni. Mula mengenali negara CABO VERDE (CAPE VERDE) dan goal keeper hebatnya, VOZINHA.
Ok, pass lah. Tak best WORLD CUP tahun ni.
KEK OREN..... Lagi..
Tapi kali ni resepi asal 2 cawan tepung naik sendiri ditukar dengan 2 cawan tepung gandum biasa dengan 1 atau 1.5 suduteh baking powder. Nampak kek lagi cantik texture nya. Buat 2 bekas (loaf), satu untuk aunty Putrajaya. Abaikan ketulan kecil gula icing yang tak larut tu. Nak cepat.
RESEPI DI ENTRI TERAPI YANG SIPI-SIPI
Alhamdulillah setelah sekian lama asyik terlupa, dapat order semua ROTI SOURDOUGH -->> CHOCOLATE BUN, ROTI ARTISAN, ENGLISH MUFFIN & BAGEL. Semuanya sourdough order dari CHE NURUL di Kota Warisan.
Ketika ambil semua stok sourdough ni, Che Nurul ajak jugak mengopi di rumahnya. Dijamu Kopi O dengan MADELEINE ni. Madeleine ni umpama bahulu tapi asalnya dari Perancis. Cicah dengan Kopi O, ohh sedapnya. Kami kenal dari Instagram or maybe dari blog. Dia suka memasak, baking juga buat bekalan bento untuk anak2 nya. Anak dah besar, dah tak buat bento. Fokus kepada sourdough.
Instagram : @nurui_pan
PUDING ROTI WHOLEMEAL
Asalnya loyang loaf kecil ni digris untuk bakar Kek Oren tapi tak digunakan sebab dah cukup adunan. Ada 2-3 keping roti wholemeal, dipotong kecil2. Digaul dengan bancuhan 1/2 cawan susu segar, 1 telur, 1 sudu besar gula perang, serbuk cinnamon, kismis dan 1 suduteh butter dicairkan. Bakar sampai masak, makan dengan ice cream Vanilla, sebab ice cream ada. Boleh juga dimakan dengan sos chocolate atau sos custard.
BLACK THORN di HIGHWAY KARAK
On the way balik Kuantan, Khamis minggu lepas.
HOMEMADE KIMCHI
Hubby request sebab yang lama dah nak habis. Dia nak makan banyak probiotic sekarang. Satu family di-tazkirahnya kebaikan probiotic ni.
APPLE CRUMBLE
Agak2 nya ketika buat di Putrajaya hari tu, anak soleh terbau2. Balik Kuantan disebutnya. Alhamdulillah ada epal hijau. Buat lagi. Memang licin sekali hadap. Sebab yang makan 4 mulut. Bila masak untuk family especially anak2 biarpun dah besar panjang, bila diorang makan dan suka, wajib lah girang jiwa dan raga.
BRAVO BOYS...!!
Balik Kuantan weekend baru ni sebab nak bagi moral support (dari rumah je). Hubby dan anak soleh ni keluar rumah sebelum Subuh lagi sebab flag off untuk kategori 10km, dua beranak ni, pukul 6.30am.
LUNCH @ MS ELLIOT, HOCK BEE, KUANTAN
Kuantan ni limited sikit tempat makannya. Kami ke sini lagi. June celebrations. Father's Day, Anniversary & Birthday. July ke December memang tak ada celebration apa2 dah haha. January, March, Mei dan June saja buat family kecil kami.
Dessert ni very chocolatey. Tak sure sebelum ni ada ke tak. Baru nampak pada poster di dinding. Sedap tak terkata. Chocolate sangat2 yumms.
Dessert lain ni tengok je lah. Anak2 tak mau. Kekenyangan semuanya. Tapau pun tak nak.
LAKSA PENANG
Jumpa laksa frozen dah rebus dengan sebekas isi ikan siap kisar dan rebus dalam freezer. Tambah bawang kisar, ciliboh, asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam gula, masak atas api. Breakfast bila ni ehh Isnin pagi rasanya sebelum balik Putrajaya.
BUBUR ASYURA PANTAI TIMUR LEMBUT VERSI POTONG
Alhamdulillah dapat 2 bekas, mak join tabung kacau asyura di taman berdekatan. Ni versi Pantai Timur. Berempah dan manis sikit. Kami ni, dapat asyura versi mana2 pun, semua makan. Tinggal sebekas untuk hubby dan anak soleh di Kuantan, sebekas lagi bawa balik Putrajaya.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.















0 comments