Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Sabtu 25/7. Stesen KTM Kajang. Tiket 8.30 pagi ke Segamat.
Berbaju kurung ke Segamat seorang diri. Hubby di Kuantan dah ada plan naik bukit dengan anak soleh weekend ni. Anak solehah ada hal. Ada adik manis tolong snap kan foto, nak update hubby dan anak2, hehe.
Nak naik train sorang2. Jangan mimpi nak pakai sutera, songket, brocade, kebaya, lace berlapis2 yang warna cerah2. Nanti tercalit di baju ayam masak merah, lauk kerutuk, daging hitam dll atau kena berlari kejar train, elok lah pakai cotton loose2 warna gelap je. Sesuai lah sport shoes kita warna hitam calit cokelat. Semua ni peringatan untuk diri saya. Stress free outfit.
Tudung pun tak jadi gosok shawl crepe, pakai instant shawl sarung (baru beli, so comfortable jatuh elok terletak depan belakang, tak perlu guna pin langsung, done meracun hehe)
---> THE CAT OUTFIT - INSTANT SHAWL LYDIA
Ramai juga pagi2 ni.
Skrin TV menunjukkan stesen yang train akan berhenti. Nampak tak, kita rentas dan lintas lalu 3 Negeri terus. Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Hujan dan memang sejuk jugak. Minggu lepas 17'C, kali ni 18'C. Cantik view walaupun mendung kelabu.
Couple Chinese belah sana order nasi lemak atas train, mak aihh menusuk sedap baunya. Aduiii kita ni nak ke kenduri, nak makan lauk orang Segamat. Dah lah hujan asyik terasa lapar. Takkan nak bawak keluar minyak angin, nak tepis bau nasi lemak. Sabar, sabar.
Belek2 bag lah, supaya dapat lupakan bau nasi lemak. Bag dan isi perut nya.
Jumpa tote bag ni di MAX, KUANTAN EAST COAST MALL, awal tahun ini. Memang lah kesukaan sangat2 hingga kini. Shopee pun jual. Organizer yang dalam tu beli di Shopee, memudahkan nak isi/cari barang. Just nice untuk day trip.
Hampir 2 jam perjalanannya, on time. Alhamdulillah dapat tahan bau nasi lemak.
Adik manis yang snap kan foto bila train sampai di Stesen Kajang.
STESEN KTM SEGAMAT
Mengimbau zaman study di UITM Segamat suatu ketika dulu. Semuanya kini baru dan membangun.
Cute nya.
Book Grab ke rumah FN, dekat Stesen KTM, 2 km saja. Kalau dengan hubby, mau disuruh brisk walk manja2 ke rumah kenduri ni, wa imma berbaju kurung. Nasib dia tak dapat ikut.
Menyantuni wedding anak sahabat kami, Geng Minyak Angin di Kerteh dulu. FN ni memang asalnya Segamat. Suami nya berdekatan dari daerah di Johor juga. Kenduri di dalam perkarangan rumahnya.
Cantik simple berbunga pelamin nya.
Foto dari mamarazi, salah seorang ahli geng Minyak Angin, dari atas balcony rumah FN. Kita pulak tengah excited first time sampai rumah FN ni. Orang pun tak ramai lagi, klik klik je lah handphone. Sebelah tu anak sulung FN.
Cik Kak kat atas tu dah sampai hari Jumaat lagi.
Luas tanah nya. Rumah Utama dan lainnya tak dibina sekali harung kata FN. Adik beradik semua sangat berdekatan. Senang ada yang tengokkan ketika FN dan suami berpindah2 randah (ikut tempat posting suami) macam kami dulu2.
Me and An, the mamarazi. Berdua je geng Minyak Angin yang dah sampai. Hujan rintik2 tapi tak lebat. Nyaman sebab sejuk cuaca nya Alhamdulillah.
Bacaan Yasin, Tausiah dan Tahlil serta Maulid Ad Dhiyaul Lami' & Qasidah yang diadakan sesudah Majlis Akad Nikah pada pagi nya.
Kita sampai acara semua dah nak habis.
Alhamdulillah berjumpa setelah sekian lama. WN ni cousin FN rupanya. WN dengan suami serta 4 anak gadisnya juga scuba dive dulu2 dengan KIDS SCUBA ACADEMY. Seronok sangat bersua, rasanya lebih 10 tahun tak jumpa.
11 pagi lebih, dengan An kami join jemputan yang baru start makan, sebab tudung lauk semua dah dibuka hehe. Majlis makan memang start 11 pagi. Kita snap satu foto lauk Johor je. Apa nama lauk yang first tu. Ada suhun, tempe dll. Sedap sangat. Yang lain tu macam lauk kenduri biasa. Semua sedap. Lauk nangka sampai lewat, pinggan dah licin. Apam balik memang sedap masa hujan. Aneka gorengan dengan sambal cili, sedap makan ramai2 sambil membawang lama tak jumpa. Suami2 pun sporting duduk satu meja asing2 dengan isteri.
Alhamdulillah bertemu kami kali ini. Awal tahun berjumpa di majlis perkawinan anak An. Mula berkenal di Kerteh, sejak 2017, moga ukhuwah kami kekal selamanya. Actually ada yang dah lama kenal, ada yang baru. Cuma geng Minyak Angin ni start 2017. Missing few yang tak dapat hadir, sebab ada kenduri anak saudara, ada yang baru dapat cucu. Kini yang masih di Kerteh hanya 3. Yang lain2 dah pencen balik rumah masing2 atau posting ke tempat lain.
Dengan pengantin.
Last foto sebelum balik.
Cantik. Best betul ada tanah luas di kampung buat rumah sendiri. Pokok2 buah pun banyak di tanah belakang. Durian je baru habis berubah kata FN, tak ada rezeki.
Alhamdulillah MM tolong hantar ke STESEN KERETAPI SEGAMAT. Sempat juga solat di Stesen, sebab ada 25 minit sebelum waktu train sampai. Bersih kemas, lupa snap foto sebab nak cepat.
Last week ketika naik train, dah nampak plug point di bawah seat depan. Kita bawak, Alhamdulillah memang boleh charge.
Bila masuk sempadan Negeri Sembilan, banyak bendera merah dan biru berkibaran.
Ketika train hampir berhenti.
Alhamdulillah selamat tiba.
Seronok lah ada train ni, mudah nak ke mana2. Tak penat nak drive.
PONCHO
Lupa pulak item satu ni. Ketika belek2 bag, poncho ni diguna sebagai neck pillow. Dah di-parking belakang leher, macam bantal.
Poncho ni dikirim/dibeli dengan blogger MARYA YUSOF. Ketika itu beliau di Peru, mengikut suaminya bertugas di sana. Rasanya memang ada beberapa blogger yang kenal dengannya.
Beginilah bila digulung. Untuk simpan dalam bag dan alas leher.
Contoh-contoh PONCHO. Nak bawak PASHMINA SHAWL tapi agak nipis takut tak tahan sejuk.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.










































0 comments