Friday, December 19, 2025

DAY 13 : RONDA2 ALMATY, KAZAKHSTAN LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua yang terkesan dengan apa jua dugaan, konflik dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik. 

Sambung semula travelog holiday baru2 ni. 


24/11/2025. Hubby kerja, meeting online sebelah pagi. So kami keluar lepas Zohor. Pagi tu breakfast dengan food yang beli di mini market berdekatan, sambil2 bermalasan dan menonton berita Malaysia.


Paling berdebar berita banjir, sebab mak di Kuantan. Alhamdulillah anak soleh ada dan ketika itu, tidak terjejas.


Intai2 riuh di bawah, playground di apartment area ni. Macam di Malaysia jugak. Rasanya foto ni dah termasuk entri sebelumnya. Biar lah.


Siap meeting, siap solat Zohor, kami gerak khas, keluar lah. Apartment pun tak jauh dari metro station.



Cantik kan. 


Posing lah kejap.



Zhibek Zholy Metro Station.

Paling hampir dengan apartment. Kalau lah di negara kita boleh buat seumpamanya. Mesti cantik kan.


Memang nun tinggi escalator nak keluar.



ALMATY, CITY OF APPLES

....penuh dengan arca epal yang meraikan warisannya sebagai tempat kelahiran epal, dengan lukisan ikonik besar yang sering muncul semasa perayaan, menampilkan reka bentuk Kazakhstan atau mercu tanda seperti Hotel Kazakhstan, yang terdapat di taman (Koktobe) atau di jalanan (Arbat), berfungsi sebagai tempat bergambar popular yang melambangkan identiti bandar. 


Mendekati apple sculpture ni, rupanya family dari Malaysia yang sedang berfoto. Berborak lah sekejap.


Arbat Street (Walking Street)

(secara rasminya Zhibek Zholy Street , yang bermaksud "SILK WAY") ialahJalan pejalan kaki dan hab budaya paling terkenal di Almaty. Diinspirasikan oleh namanya di Moscow, zon bebas kereta ini berfungsi sebagai pusat seni, hiburan dan membeli-belah yang meriah.


TSUM MALL

Scroll TikTok jumpa info nak cari souvenirs di Tsum ni. Ok lah tapi kena bargain. Tak sure kami beli atau tak.


Jalan2 di luar TSUM.



Singgah makan. Late lunch. Sedap kebab ni, tak sempat nak intai kebab customer lain. Order 2 kebab, makkk air besar, terpaksa tapau yang tak habis. Kedai makan ni opposite Tsum saja rasanya.


Yang best, semua area ni dalam radius walking street, memang tak ada kereta. Aman damai berjalan.


Jumpa supermarket dalam Tsum. Survey dulu apa yang boleh dibawa balik. Biskut diorang ni, menarik sangat sebab semua buatan local. Packaging cuma transparent plastic. Punya la banyak jenis, rambang mata.


Geram je kan. Dah lah halal.


Sunset. Keluar dari TSUM. 


Masih dalam radius ARBAT WALKING STREET 

Jiwa Artistik: Jalan ini merupakan ruang khusus untuk seniman, pelukis dan karikatur tempatan yang mempamerkan dan menjual karya mereka. Ia sering menganjurkan ArtBatFest , festival seni kontemporari tahunan yang menampilkan instalasi arca dan flash mob.

Hiburan Secara Langsung: Penghibur jalanan dan pemuzik jalanan membuat persembahan sepanjang hari, memainkan pelbagai jenis muzik daripada alat muzik tradisional Kazakhstan seperti dombra hinggalah set akustik moden.

Pusat Beli-belah: Ia menempatkan TsUM (Gedung Beli-belah Negeri Pusat) yang bersejarah dan pusat membeli-belah Silk Way dan Passage moden , yang menawarkan gabungan jenama mewah dan butik tempatan.

Tempat Makan & Kehidupan Malam: Jalan raya ini dipenuhi dengan kafe, bar dan restoran yang menyajikan masakan tradisional Kazakhstan (seperti shashlik dan beshbarmak ) dan makanan antarabangsa. 




Hubby kesejukan. Lupa bawak cap. Cuaca di Almaty memang lebih sejuk dari Uzbekistan dan Kyrgyzstan. Juga menghampiri musim sejuk.


Memang menarik perhatian reka bentuk playground ni. 


Sunset.




Jumpa apple lagi..


Cantik kan dinding di siling metro station ni. 


Gayat kadangnya, nun sayup ke bawah, station nya.


Ke mini market berdekatan cari bekalan makanan. 


Rambang mata, mostly ada logo halal. 


Baiknya orang2 sekeliling. Dibuatnya tempat beeteduh kucing, siap dengan blanket yang tebal. Dengan makanan sekali.

Alhamdulillah smooth semuanya. 

Alhamdulillah juga rumah mak tak teruk sangat banjirnya. Memang masuk rumah cuma selut tak setebal sebelumnya. Half day hari ni Jumaat kerahan tenaga berdua dengan hubby. Cuci bilik mak, ruang tamu + makan di depan.  Bilik kecik, ruang dapur, stor dan lantai belakang dapur, panggil cleaner sebab tenaga dah kaput. Longgar semua organ badan. Otot pun terkeluar tanpa sangka haha. Alhamdulillah ada cleaner free sebelah petang.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.


No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com