Friday, July 25, 2025

JALAN JALAN MAKAN MAKAN

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Salam Jumaat Penuh Berkat. Pahang cuti hari ni, Jumaat.


Lepas Subuh, 6.50am kami keluar cari breakfast. Mana lagi yang buka awal, kalau tak KUANTAN PICKERS ni.


Pilihan yang tak terpilih. Lupa snap foto makanan kami. Borak makan tengok sekeliling kedai, sampai lupa. Lama tak ke sini. Hubby makan Nasi Lemak Kerang. Anak soleh makan Nasi Daging Kicap. Mummy nya ambik Popia Basah & Kek Pisang. 2 cawan Kopi O & 1 cawan Kopi Susu. Semua sedap. Alhamdulillah.





Semua yang antik2. 


Masa kami tiba memang tak ramai. Pukul 7 lebih dan ke atas memang semakin ramai.


Kedai ni 2 pintu. Yang ni, bahagian makan sebelahnya.


Lintas jalan. Lengang sebelah kiri jalan.


Lengang juga sebelah kanannya.


HOTEL MEGA VIEW KUANTAN 

Letaknya di pinggir Sungai Kuantan. Top pick.


Brisk walk di Benteng Sungai Kuantan. Powerboat Championship, woww nak tengok rasanya.


Pesta Kuantan 188 2025

 Akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 - 27 Julai ini, bersempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pada 30 Julai serta 5 Ogos depan.


Mendung cuaca. Moga terbit sinar mentari nanti.


Beberapa perahu untuk Pertandingan Dragonboat nanti.


Laluan belakang kedai, rare betul kaktus ni. Ada bahagian laluan benteng yang ditutup. Tempat parking Powerboat. Ya lah, boat mahal kan. 


Terjumpa Pegawai Pesta yang bertugas (kiri). Friendly betul, bagus PR nya. Warwarkan itinerary dll. Terus introduce kami pada seorang BASE JUMPER ni. Otai sangat. GERAK KHAS dulu nya. Tengah melipat parachute. Kecik je parachute nya.


Nak jadi BASE JUMPER, kena ada lesen SKYDIVING dulu katanya. Umur dah 60-an ni. 


Yang berbaju putih, juga Otai BASE JUMPER. Seronok nya dapat berborak, macam wartawan pulak tadi. Dan diorang ni layan je kami soal macam2. Imagine, paling rendah base jump, 17 meter saja. Wowww. Moga dipermudah kan semua urusan mereka. 

Dan pulak dah, ada orang ni macam berminat nak ambik lesen SKYDIVING pulak nya. 


Sunrise, Subhanallah.


Brisk walk sambil training la konon.


Hubby akan join esok Insyaa Allah. Larian naik tangga Kuantan Tower. Anak soleh kena kerja. Tak boleh nak join. Mummy nya, lagi lah tak boleh join. Banyak sebab, panjang tak tertulis. Hehe.



Spot untuk Base Jumper terjun nanti. 


Antara powerboat yang akan bertanding nanti. Ada beberapa dari luar negara.


KUANTAN PICKERS dari seberang jalan. Kami parking berdekatan nya.


Eh dah nak balik baru keluar PARAMOTOR ni.


SUP TULANG MERAH 
Balik rumah, bawak keluar tulang lembu dari freezer. Terpaksa rendam, lupa keluarkan awal. Sambil tu basuh kain. Siap kain, terpaksa bawa ke kedai untuk keringkan, sebab cuaca sangat mendung. 

11.30 pagi. Lerai2 kan tulang lembu, rupanya tak terlerai. Tak tau lah bahagian apa. Seketul besar, punggung lembu kot.

Masukkan tulang dalam Noxxa (penuh 3/4 periuk) + 2 pes sup, 4 sup punjut, 1/2 cawan sos tomato dan 1/2 cawan sos cili, juga air secukup nya ikut berapa banyak tulang dan 2 sudu besar gula. Kemudian set HP50. 


Ini lah pes rempah sup. Senang tak perlu tumis2 percik minyak. Hehe.


Siap HP50 tu, tunggu sebentar dan bila boleh buka penutup Noxxa, set kan STIR FRY. Terbalikkan tulang sebab besar. Supaya rasanya sama rata bila terendam dalam sup nya. Masak hingga sup pekat, ikut citarasa masing2. Sambil tu tambah apa yang kurang. Sup ni masam manis, pedas sikit je dan berempah. First time makan Sup Tulang Merah ni di Singapore. Cicah french loaf. Kedai Mamak di Newton Circus Food Singapore. Aunty uncle yang recommend. Malaysia tak ada, kita try buat lah sendiri.


SUP TULANG MERAH tapi tak merah. Cicah roti. Pagi dah makan nasi, so lunch no nasi. Alhamdulillah lembut elok isi daging. Sup nya dalam mangkuk bulat sebab susah nak kerjakan isi pada tulang ni. 

Tambahan : Buang kulit 1 lemon, blend dengan serat2 nya dengan 2 cawan air, kongsi 3 beranak. Makan daging kan. 

6 comments:

  1. Waalaikumussalam.
    Kenyang dapat jamu makan di sini.
    Rajin Mulan cuba masak sup tulang merah. Puas dapat menikmati hasil air tangan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Sup tulang tu nmpk mcm kari sbb warna gitu..yg pastinya nmpk sgt sedap!!

    ReplyDelete
  3. Incik husband naik tangga hingga atas menara Kuantan tu? Linda yang naik tangga 2 tingkat je pun dah gigil kepala lutut ..kikiki

    ReplyDelete
  4. serononya macam-macam jenis makanan ada, rambang mata 😀bestnya morning walk, bila angin tiup kemuka rasa nyaman dan sejuk jerk....

    ReplyDelete
  5. Wahhhhhh .. sup tulang merah😋😋Menariknya Pesta Kuantan yang mula hari ni. Sure meriah tu

    ReplyDelete
  6. Meriahnya menu sarapan kat situ. Nanti kalau pi Kuantan boleh la try sarap kat situ. Cuti panjang weekend ni meriah la Kuantan ada program kat Menara 188 tu.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com